Hari demi hari berlalu tanpa disedari, akhirnya tahun 1432 Hijrah menjelma bersama tirai harapan dan azam yg perlu digapai. Aku masih di sini. Berada di bumi Kluang yg bakal aku tinggalkan utk mendaki gunung cita-cita yg telah tersergam gagah di hadapan. Cuma ekspedisi pendakian yg masih belum dimulakan. Aku perlu bersedia drpd segi mental, fizikal, emosi dan rohani.
‘’SPM... not a destiny but a journey..’’
Kata-kata hikmah drpd bakal seorang eksekutif di syarikat gergasi Petronas, memperoleh keputusan cemerlang sewaktu SPM’06. Gayanya, rawaknya persis seorang individu yg pernah aku kenali. Walau pun hanya sementara, aku amat menghargai saat-saat persahabatan kita bercambah. Tidak sempat berputik dan berdaun lagikan utk berbunga harum. Bersyukur utk mengenali seorang hambaMu yg dikurniakan kelebihan dan bakat istimewa daripadaMu.
Aku ada tulis gak azam utk tahun baru ni. Selalunya aku akan berazam utk mencapi keputusan yg cemerlang. Tambahan lagi, tahun penentu sudah tiba di persimpangan. Tinggal lagi beberapa minggu lagi utk tahun 2011 menjelmakan diri. Ada juga la, azam yg berulang-ulang. Bukan sebab aku melepaskan batuk di tepi tangga sewaktu melaksanakan azam-azam 2010, tapi pelaksanaanya belum sepenuhnya. Masih terdapat kelemahan yg perlu diperbaiki. Banyak perkara yg na dilakukan. Tapi aku perlu sedar tanggungjawab dan amanah di bahu ni bakal menyesakkan kehidupan nanti. Ditambah lagi dgn persediaan utk menghadapi SPM, semua ni perlukan masa. Selesaikan dulu apa yg perlu dilakukan utk tahun hadapan, ada masa lagi utk melaksanakan misi-misi yg lain.
Mr Kimmy Khor.. Perkara pertama yg diungkapkan pada awal perkenalan ialah mengenai persamaan nama aku dan dia. Dia.. cina mualaf aku rasa. Tak berniat utk bertanya lebih berkenaan perkara tersebut. Biarlah keluar dr mulut dia sendiri. Yang aku tahu, dia sekolaj kat Alam Shah bla bla... yg aku ingat AsiS tak silap lah.. haha. Okelah budaknya. Boleh layan. Sekarang ni aku nak buat rekod utk tak online utk jangka masa 4 hari. Muahaha. Aku akan online lepas habis tuisyen jek. Bio ni sampai hari Jumaat. Tunggu.... cabaran! Masuk hari ni da 2 hari laa. Malam nanti aku study. Tak mungkin ada keinginanan utk online. Hehe. Sejak cuti sekolah, sehari dua je aku tak online. Itupun sebab penat sangat baru balik dari kampung. Semak balik penggunaan memang hari-hari wajib online. Haha. Walau pun sekejap. Tapi selalunya lama la gak. Haha. Teruk! Baru aku faham kenapa terjadinya ketagihan utk membuka laman sosial ni.
Eksperimen : utk mengkaji punca ketagihan utk bersosial secara maya (internet)
Bahan dan radas : Komputer, talian internet, pelayar tegar.
Keputusan :
pertama : ada peluang (Celcom broadband di rumah) dan masa (cuti sekolah) utk online.
Kedua : ada rakan yg sudi berinteraksi. Sebab sebelum ni member ciput je nak tegur. Huhu. Sedih.
Ketiga : melihat orang yg diminati sedang online dan update status mereka. Ehem.. haha.
Keempat : membalas mesej sahabat. Memang tak sah kalau tak tahu apa yg dia buat hari ni. Haha.
Kelima : saja kacau individu yang tidak dikenali. Haha.
Keenam : update blog :)
Konklusi : Saya suka internet.
Konklusi : Saya suka internet.
Tuisyen Biology start hari Selasa hingga Jumaat. Dua orang cikgu menyertai marathon mengajar kteorang. Ada ke patut Cikgu Ajis hantar Cikgu Izwan yang... nak dikatakan tak boleh ajar tu kejam la sangat. Cuma cara di ajar tak serupa “tuisyen”. Gaya pun nampak cam cikgu praktikal. Sudah. Biology aku ke mana kepala ke mana. Ada gak tertidur tapi tu semua masa “waktu-waktu senggang”. Yelah.. da habis buat latihan. Tak kan nak termenung pandang muka cikgu tu jek. Baik tidur disebabkan mata aku ni tiba-tiba memberat tanpa diketahui sebab-musababnya. Adehh. Minggu depan free, kalau tak ada lagi tuisyen; Math Mode. Tapi tak ada sambutan, aku pula yg jadi mangsa. Dah nak daftar, tiba-tiba dibatalkan pula kelas. Memang. Minggu depan, ada banyak kerja nak dibereskan. Latihan math kena buat sendiri. Kalau fail, memang mengamuk Madam Tee. Haha.
oke laa. may ALLAH bless :)
0 Comments