12 Januari, Asrama, Pengawas, Pantai Teluk Sari, Cinta dan Cita-cita....

Salam... bulan Januari melakar banyak peristiwa, kenangan dan pengalaman yang begitu mendalam bagi diriku. Namun begitu, hanya tinggal beberapa hari saja helaian catatan untuk bulan Januari akan berakhir kerana Februari akan menjelma pula.
3 Januari 2011, permulaan tahun terakhir bagiku di HSK. Tahun yang begitu mencabar, 1 sesi bersama 1480 orang pelajar. Jumlah yg agak ramai utk dikendalikan sebenarnya. Aku ambil sebagai cabaran. Bukan aku seorang yang memikul amanah dan tanggungjawab ni, tapi bersama-sama yg lain. Aku harap (masih berharap...) agar semua pemegang amanah akan bersama-sama berpadu tenaga, berkongsi idea dan berganding bahu untuk melancarkan semua perkara. insyaALLAH semua ni akan berakhir dengan baik dan sempurna walaupun hanya untuk 1-2%.
Minggu orientasi, kenangan terindah! Walaupun dipenuhi tekanan dan rasa sakit hati, namun ia berbekas dengan cara yang berbeza. Tahun lepas, aku tak berpeluang diorientasikan, namun tahun ni aku berpeluang untuk mengorientasikan ‘’freshies’’. Best memang best, tapi pengurusan masih di tahap yang tak memuaskan. Habis diorang kena dengar aku membebel. Haha. Paling tak boleh blah masa tengok muka Sungkek r. Adehh. Memang merah padam muka dia masa aku sound dia kat dewan makan. Kalau aku tak tegur memang tak lancar la program ni. Lantaklah orang nak cakap apa, yang penting apa yang aku buat membuahkan hasil yang bagus. Aku tau ada yang tak puas hati bila dengar aku tiba-tiba nak sound budak aspura (aspuri sekali sebenarnya...), masalahnya masa mesyuarat tak nak serius, apa kerja pun tak jadi. Lepas membebel yada yada, keadaan jadi terkawal dan keputusan dapat dibuat dengan tepat. Haaa.... tu baru betul. Akhirnya siapa yang dapat nama? Pengerusi juga. Mana ada mention nama naib pengerusi. Betul tak? Huhu. Sepanjang minggu orientasi tu, baru aku dapat kenal siapa yang betul-betul nak bekerja, siapa yang hanya nak tunjuk muka. Kalau aku tak tegas, memang ramai yang tak nak bagi kerjasama. Pengerusinya pun perlukan back up, kalau aku buat derk je mesti tak boleh buat. Awal-awal memang penat, sakit hati.. aku tak suka nak gila kuasa, tapi keadaan bila aku tak gila kuasa tu jadi kucar-kacir, nak buat derk juga? Kalaulah aku ikutkan ego, memang kudua-dua pihak rugi. Nasib baik aku buat donno je orang nak cakap apa, yang penting aku tolong seikhlas dan semampu mungkin. How good is i am... haha. Masa majlis penutup, Put jadi mc. Nasib baik oke, alhamdulillah... aku tolong buat skrip. Dia baca pun oke, ada intonasi. Syabas! Trimas kat Syida, Haiqal, Pandan, Rafi, dan ajk  aspura aspuri. Korang memang TERUNGGUL!

                           12 Januari, tarikh keramat! Masa tengah study, tiba-tiba... “ Happy birthday to you, happy birthday to you.... “ wahhh... diorang memang BAIK. Terharu gila sampai menangis. Haha. Tak pernah kot seumur hidup aku, ada orang wish tepat pukul 12. Trimas kat syida, sue, put, fad, ija and the list goes on. Dapat hadiah daripada Aida; pen, Fad; snow glob, Safiah; perfume. Arigato! Hehe. Aku da 17 tahun ler... angka yang agak besar. Aku tak rasa macam dah menginjak usia keramat ni, aku nak SPM! Adusshh. Takut lah plak. Minggu cuti CNY ni memang aku nak siapkan hw, study dan buat paper work pengawas. At least, naik bulan 2 taklah terbeban lagi. Urm... azam.. selalunya orang buat azam masa tahun baru, tapi aku buat masa birthday pun boleh. Hehe. Aku nak banyakkan amal, jaga kesihatan, elak sakitkan hati orang, maafkan semua orang, tak memateri janji kosong dan cakap perlu serupa bikin. You can do it!
Pengawas, majlis penyampaian watikah dan bacaan ikrar kepengawasan pada 17 Januari 2011. Alhamdulillah.. semuanya berjalan dengan lancar. Cuma awal-awal tu tersalah sangka dengan VIP. Cikgu tak sedar yang datang sebenarnya timbalan ketua polis, dah kitorang tunggu ketua polis. Memang tak mula majis la jawabnya. Nasib baik pentadbir turun awal sikit. Dah la tak bagi tahu pengawas, cikgu yang sambut tetamu pun  tak tahu kot. Adehh. Tapi lepas tu, semua berjalan lancar.  Ikrar aku buat sendiri sebab yang lama tak tahu kat mana. Tanya Mr T pun dia cakap tak tahu kat mana. Nasib baik minggu tu minggu balik, boleh la aku taip dan print. Itu pun print kat kedai sebab desktop rosak. Overall, we’re the BEST !

     
19 Januari 2011, 3 buah bas menakluk jalan menuju ke Mersing. Destinasi kitorang ialah Sari Mawar Chalet, perkhemahan 2 hari 1 malam untuk pemimpin setiap persatuan. Aku mewakili PERBAMA dengan hanani. Best! 1 khemah dengan syida, fad dan nani. Nasib baik gang oke. Fuhh. Sebenarnya aku ada risiko tak ada khemah, tapi disebabkan BAIKnya hati si Nad uh, dia usahakan aku 1 khemah ngn dak ppi. Khemah yang nani bawa terpaksa diberi kepada dak pbsm disebabkan salah faham dengan cikgu penasihat. Memang tepatlah keputusan aku untuk bersetuju 1 khemah dengan syidah. Kalau tak memang tidur beralaskan pasir putih beratapkan langit biru. Hahai. Kat sana aktiviti best, kaunselor baru yang uruskan la katakan. Nama beliau ialah Pn Hajarzura. Love her! Banyak perkara yang aku belajar terutamanya dalam membuat kertas kerja dan merancang perjalanan mesyuarat.  Balik singgah kat kedai, beli keropok lekor, tu pun asyraf yang belanja. Aku memang blank gila nak beli apa sebab bawa 10 ringgit je kot. Ada yang aku tengok berduyun-duyun kott beg plastik. Tak apalah, keropok lekor yang aku beli tu aku bagi makan kat dak2 ni. Tu pun da kira cukuplah. 

                                          erkkk!?
gotong-royong asrama, banyak kerja kena buat. kemas lib, kemas dorm (diorang kemaskan sebenarnya, haha..) lepas da basuh kolam, wahhh.. memang ada swimming centre kat aspuri. adehh. boleh diorg main terjun2! kepalanya memang cikgu K laa.


                                 

  
tidur, salam.
                                         








Post a Comment

0 Comments