bila bercakap soal puasa, apa yg terbayang di minda ialah sahur, buka, terawih dan kurma... tahun ke-17 menyambut Ramadan, banyak perubahan yg berlaku. since masuk hostel, aktiviti malam dipenuhi dengan tadarus dan terawih berjemaah. sebelum ni tak ada pun nak buat terawih kat rumah, kalau ada pun tatau pun betul ke tak rukunnya. bersyukur sangat sebab ALLAH bagi peluang untuk berubah di asrama. berubah ke arah yg lebih baik...
esok sahur pertama di rumah, buka pertama di hostel. mesti meriah dgn juadah2 yg mak2 diorang masak. aku bawa makanan yg ibu prepare utk niaga je kot. janji makan buka. tak kisah laa apa2. yg aku tengok budaya diorang ialah makan malam selepas buka tu mesti ada. kalau beli juadah kat bazar, malam la waktunya diorang melantak lagi. bagi aku, makan buka da cukup. kalau nak makan lagi, kuih2 dah cukup kenyang.
aku tak berapa berkenan laa bila diorng suka sangat melafazkan "sial betul laa".. ada kesusahan, kesulitan mahupun di''nganjeng'', tulah yg disebut. nak tegur, sekali-sekala boleh laa. kalau dok hari2 sebut, aku nak tegur, aku tau ada yg tak puas hati nanti. ni nak tunggu buka time puasa sunat, depan aku boleh dia cakap "sial lapar laa, bila nak azan ni..". masyaALLAH... ibadah pun dianggap menyusahkan... macam mana ni...
mencarut dah jadi kewajipan utk dilafazkan. perlu bagi melengkapkan ayat. bagi diorang, aku "baik" sebab tak pernah nak mengungkap ayat2 "bombastik" tu.. masalahnya, bila diingatkan, masih ulang perkara yg sama...
usrah, aku tahu aku gagal utk melaksanakan amanah abang. aku tak mampu utk buat secara formal. aku buat sikit2. itupun ada yg tak puas hati.. ya ALLAH... kuatkan aku utk menghadapi semua cabaran dan dugaan... walaupun ada yg tak merestui, aku tahu lambat-laun mereka akan memahami...
Ramadan ni, aku kena berubah betul2. walaupun orang cakap, "time Ramadan baru nak berubah ke kak?"...
sekurang2nya aku usaha. insyaALLAH... bila aku masuk Maahad Muar, sedih sangat sebab aku jauh sangat nak dibandingkan dgn diorang. jaga aurat, kata-kata, hati... aku? nak jadi "baik"... tapi... aku teringat kata2 seorang sahabat, "nak berubah, buat perlahan-lahan. jangan tamak,"....
cinta akan ALLAH kena lebih kuat...
aku harap aku tak sakitkan hati orang lagi. aku minta maaf kalau akulah penyebab kemusnahan hidup seseorang. tindakan yg aku ambil masa tu, aku cuma fikir utk selamatkan keadaan. tapi apa yg berlaku sebaliknya... aku terima utk dihukum bukan utk dikeji.. aku tak mampu jd yg terbaik... jangan salahkan aku.. jauhkan aku dari sikap hipokrit, kepura-puraan.. tolonglah... aku silap, aku salah. perlu ke nak ungkit lagi? dendam tu, sampai bila?
payungi aku dgn redhamu ya ALLAH......
0 Comments