sekolah baru, subjek baru --- KPP

yehh.. umur 17, status sebagai pelajar lepasan SPM memberi 'lesen' kehidupan yg awal. selalunya orang kata umur 21 baru dapat 'kunci'. apakah itu? hah, the key of freedom. lainlah dah ada ibu bapa yg dah memberikan kunci seawal umur 13 tahun #lepas upsr dapat 5A semua. kalau tak, tak kanlah dapat kebenaran utk mencari pasangan, pergi sekolah naik motor EX5 Kriss bagai. kenapa pula pelajar 14 tahun nak bunuh diri selepas ditinggal kekasih ye ye?



pasca-SPM bermula bila kita sibuk nak daftar kelas memandu, beli barang utk PLKN #ni aku tak rasa la sbb awal2 dah kena blacklisted haha. aku baru daftar lesen motor semalam. ahad ni kelas yg pertama - ceramah 5 jam. haa seronok yee. buku KPP ni pun belum habis khatam ==' yg seronoknya, ada kelas pra-memandu ye bersama bonda tercinta <3 ibu bawa pergi dataran sebelah masjid, prom prem prom la kau kat sana. silibus yg diajar ialah pusingan 8 dan brek mengejut beruk #dari awal ditekankan ni. ujian JPJ lambat lagi tapi tak kanlah nak perabih duit lagi repeat yek. hah, lesen terbang pun ada isu juga. bajet dah tahu semua la ni nak dapat lesen express rakyat. tak ada masa konon, ilmu memandu nol!

aku daftar dekat Ngah's driving school. ni memang turun-temurun dari arwah atuk, ayah dan generasi ketiga, aku ==' siap bercerita lagi tentang salasilah keluarga ni dekat pejabat uishh. yg penting aku nak habiskan ujian lesen motor then proceed ujian lesen kereta pula #masyukk. motor basic dah polish, kereta hapepuntadak. ibu berangan la nak ajar clutch brek gear semua, sekali dia cakap 100% la belajar kat sana. rugi jelah bayar duit beratus-ratus kalau tak belajar betul2 dari trainer kat sekolah memandu ni ye.

teknik asas naik motor ni simple ABC kacang goreng #bukan nak riak ke hape, nak bg semangat sikit bagi yg tak reti2 naik motor tuuhh...

1. keseimbangan ---- ni dapat daripada latihan membawa BASIKAL. dari kecil dah main basikal ni, so jatuh luka masuk semak semua dah rasa dulu. nt naik motor tak adalah nak masuk parit ke langgar tiang ke InsyaALLAH...

2. keyakinan ----- kena yakin la bro boleh bawa. psikologi penting ni; jangan pesimistik, kena optimistik. yakin boleh control handle semua, badan tegakkan #ni ibu tekankan sangat. jangan fikir excident je ==' jangan fikir orang nak ketawakan ke bawa motor ke tepi sana ke tepi sini.

3. ilmu memandu ---- ni penting juga. kena tahu brek tu apa, tukar gear macam mana semua. ni ilmu tidak formal, turun-temurun dari mak abah. tanya je diorang.

4. kekuatan ---- kalau lembik sangat gedik mengada-ngada bawa motor, tak boleh start la jawabnya. aku pun kadang2 nak naik lenguh menyetat, sampai ibu yg tolong T.T #masalah teknikal ni sebab motor atok senang jekk..:P

5. doa ---- nak mula tu bacalah Basmallah :) tutup aurat semua. tak kan nak ngerbang macam faizal tahir, kang pengsan jiran sebelah :P

6. last sekali motor :D ---- janganlah nak try naik motor RXZ ke, scrambler ke.. gunalah motor standard Kriss ke, Modenas ke, paling ringan EX5 la, sempoi je.

oke doakan aku berjaya dapat lesen ni.
selamat memandu menyelusuri lebuhraya kehidupan:)

Post a Comment

0 Comments