Etika membuat & menjawab panggilan.


salam! huhui.. menonton APA CELOP sampai habis tadi. episod pertama bagi aku, pengarahnya cuba memaparkan "yg salah yg dikritik di filem, diperbetul utk drama". yela macam adegan mengucap tu dipaparkan dengan jelas/lengkap ucapannya dan tidak bercampur dengan perkataan "syaitoooon".. haha. di rumah ni ramai pengarahnya. bagi ibu, pelakon pembantu lagi menyerlah drpd teraju utama iaitu Kamal Adli dan Amanda Misbun. penghayatan agak kureng utk episod 1. episod 2 dah rancak sikit. syabas Ahmad Idham!

gajet telefon bukan lagi satu keperluan tapi satu kemestian. sekurang-kurangnya telefon Nokia 3100 pun kira okelah. telefon pertama aku ialah pada usia 14 tahun. telefon Motorola second-hand tak silap. dah kira masyukkk la tu. masa tu dalam kalangan rakan2 penggunaan telefon bimbit tak meluas, jadi tak ada siapa2 yg nak dihantar SMS mahupun MMS. jadi aku join la chat portal dalam talian menggunakan GPRS haha. telefon aku berevolusi dengan perlahan. hadiah PMR aku Nokia 6700 Classic. 2 tahun tahan. aku tak merasa telefon canggih manggih ni. cuma dapat la "pinjam" gode2 ayah punya haha. sekarang ni, "hadiah" SPM aku Nokia C3, Alhamdulillah.. bagi aku dah cukup canggih dengan wi-fi segala bagai haha XD sederhana cukuplah. aku pun bukanlah pekerja kolar putih, businessman atau artis yg memerlukan akses internet 24/7, aplikasi Windows 7 ataupun kamera bermega-mega piksel.

etika membuat panggilan :-

1. pastikan tujuan panggilan dibuat - rancang dan rangka dulu apa yg ingin ditanya/diberitahu. jangan termangu-mangu pula bila panggilan dah dijawab. gunakan ayat ringkas dan berterus-terang.

2. masa yg sesuai - elakkan membuat panggilan pada waktu lewat malam, awal pagi mahupun ketika waktu solat. ketika waktu ni, ramai yg sedang sibuk atau berehat. hormatilah privasi mereka. hantar pesanan ringkas jika penting.

3. gunakan panggilan yg sesuai - jika menelefon pejabat kerajaan/urusan rasmi, gunakan panggilan cik/puan/tuan. jangan takut utk menggunakan gelaran puan kerana itu tanda hormat - bukan niat memerli status perkahwinan atau sebagainya. gelaran "akak" juga tanda hormat.

4. kenalkan diri dahulu dan bagi salam/ucapan selamat - amat tidak sopan jika pertanyaan "siapa ni?" diutarakan oleh pemanggil. kenalkan diri dahulu baru tanya identiti penjawab panggilan. mulakan dengan salam/ucapan selamat pagi.

5. jangan buat "miscalled" terlalu banyak dengan sengaja - kadang-kala perkara ini mengganggu/merisaukan pemilik telefon kerana beranggapan bahawa anda dalam kecemasan. jika panggilan tidak dijawab, hantar pesanan ringkas sebagai alternatif. tak perlu buat "miscalled" beratus kali sebagai tanda protes ataupun merajuk XD

etika menjawab panggilan :-

1. lihat keadaan sekeliling - pastikan anda dalam keadaan selamat utk menjawab panggilan. jika sedang memandu pastikan anda guna alat bebas tangan/bluetooth. jika sedang berbual dengan rakan, minta izin utk beredar sekejap.

2. jangan bercakap dengan terlalu kuat - ada kalanya kita terlalu teruja menerima panggilan hingga ketawa tersembur air liuq segala bagai dan mengganggu orang sekeliling, terlalu marah ataupun menjerit kesedihan. bercakap dengan nada/intonasi sederhana.

3. hormati pemanggil - jika anda tidak boleh diganggu pada waktu tersebut, minta maaf dan minta pemanggil membuat panggilan pada waktu lain.

4. guna nada dering yg bersesuaian - laraskan nada dering pada tahap yg sederhana. pastikan anda tidak menetapkan nada dering azan, ayat al-Quran dan yg seumpama dengannya kerana telefon mungkin berdering ketika anda di tandas. sensitiviti tu kena ada ;)

etika ni amalan. pluralisme pengguna telefon bimbit indikator kemajuan tamadun, tapi jangan biarkan adab dan sopan tenggelam dalam globalisasi.

salam~

Post a Comment

2 Comments

  1. terasa plak..sebab dya ni selalu miskol2 je..haha

    ReplyDelete
  2. saya nye phone slalu silent je.hahaha...dah masuk form 4 baru pakai hp.tupon 3310 je.

    time kasih sudi follow blog saya.dah follow balik sini.salam perkenalan

    ReplyDelete