Memori Maulud ~

salam ;] wahh suka buat smiley ni. ni jg :3 *menggedikzz


salam Maulidurrasul 12 Muharram 1433H/2012M

memegang status sebagai seorang bekas pelajar mengajar aku rasa rindu. rindu kpd sekolah~ ini belum lagi terjah ke dunia-siswa-siswi. kenangan maulud terlakar dlm kotak ingatan aku. ohh ye, dah 18 tahun aku mengemis di dunia ini. ya 18 tahun tanpa identiti, hanya entiti yg terawang-awang. terima kasih Kak Fynn. aku mendapat inspirasi drpd bait2 kata beliau, ya aku diorientasi ke arahnya oleh Ya Rabb. aku belajar utk lebih bersyukur dan mencari asbab aku di dunia ini. aku hanya disentuh oleh sastera, biar aku tenggelam dlm sastera aku dan mereka.

berbalik kpd kenangan, aku bersekolah di SA Kg Tengah. nasyid, perarakan, syarahan, kuiz, musolla.. memorabilia yg berterbangan. aku dulu masuk kumpulan nasyid, time2 camni dah sibuk praktis kat musolla. aku pun dah tak ingat apa nama group aku =.=' ustazah yg ajar time tu ustazah paling happening kat sekolah. pedagogi dia memang mantap. yg aku ingat masa belajar azab berbohong, dia suruh sorang student potong "lidah".. macam mana dia campur sirap semua tu aku tk tahu lah. yg penting memang "jadi". lagu nasyid kitorang, mestilah "Rasulullah". yg lain aku tk ingat la tajuknya ap :P aku ni suara latar je, tadelah sedap sgt nyanyi. tak tahu camna boleh terpilih ^__~

perarakan, dulu berarak dr SK Sri Kg Tengah -- SA -- masjid. selalunya ambil line last2 sebab boleh join budak2 kompang *sebab diorang handsome ekeke. cikgu naik motor escort kitorang. dengan baju kurung baju melayu semua sama2 melaungkan selawat, excited gila laa. sampai masjid je, makan! selalunya diorang sediakn nasi beriani la, standard. aku jarang dengar ceramah time2 ni. selalunya lepas makan pergi jumpa kawan2 haha. aku dengar time malam je, time dgn family. sejak sekolah menengah, dah jarang dah join aktiviti kat masjid sebab STK buat kt tempat sendiri. tadenya kolabrasi 3 pihak. kt STK, sibuk uruskan perarakan, nk design banner semua, yg penting mesti MENANG. tulah niatnya. tapi dulu2 tak.. dulu2 memang semangat selawat tu utk Rasulullah. akulah ni... niat terpesong!  

tu lah antara kenangan terindah yg melakari zaman kecil cehh.. *dah besar sgt ke? yg penting sekarang, aku cuba amalkan sunnah2 baginda. berdikit-dikit. cuba adaptasi dlm kehidupan. yg boleh buat, senang nak buat, kita buat. yg berat, start slow2. aku try nak hafal surah al-Mulk. tanya member aku sorang ni, student SMKAS tip2 nak hafal ni. dia siap bagi formula lagi.
1. 3 m/s, 1 jam peruntukan utk 1 m/s.
2. hafal 3 ayat, dah oke teruskan 3 ayat seterusnya sambil ignore ayat sebelumnya.
3. try gabung 6 ayat.
4. jadikan bacaan solat.

quote sikit apa yg ustaz dia cakap;
"menghafal surah ni sama macam menebas hutan. susah tapi ad caranya. kalau tk tebas hari2 dan dibersihkan nanti lalang akan tumbuh kembali..." *sebenarnya lagi cantik ayat dia --'

kalau dah hafal pastu tak baca balik, boleh hilang macam tu je. ilmu tanpa amal, proven!

rindu memang rindu. aku ni satu je, kalau ada geng boleh je on, buat team. pergi ramai2.. masalahnya kawan kt Kg Tengah ni ciput je aku nak buat geng T.T hah, aku ajak pergi kelas taranum pon.. tapelah, lambat-laun terbuka hati diorang utk pergi ;] 

utk penagih ilmu, setiap 2 minggu sekali (18/2 akn datang), boleh hadir di balai aktiviti sebelah Masjid Jamek Kg Tengah, ada kelas taranum, berzanji semua. best! yuran 5 hinggit je, ad breakfast sekali. buku semua 15 hinggit. murah je ;] 

Kak Ajwah suka buat footnote dlm setiap mesej beliau; Allahumma Solli ala saiyidina Muhammad~ 
selalu baca, selalu ingat ;]

biar aku seiring masa, mencari ruang utk menyelinap.till next post xoxo ;3

Post a Comment

0 Comments