Cerita Maulud Kg Paya


salam. entri lewat malam. hari ni projek cat rumah. tema tahun ni ialah merah jambu (main theme) dan warna ungu maroon2 gitulah (i've trouble to describe specificity of colours =,=") aku rasa aku terhidu banyak baham kimia. secara teknikalnya aku perlu pakai mask ke apa ke kan. ni tak. secara kimianya, cat di diperbuat drpd sulphuric acid. aku rasa gas yg terawang-awang ialah sulphur dioxide (penjelasan tahap SPM). sulphur dioxide is one of the lethal pollutants. pehh loya aku sekarang ni bau cat.

ada baca kat paper tadi (Harian Metro) pasal Coca Cola dan Pepsi dilabelkan sebagai minuman yg mengandungi bahan pencetus kanser (carcinogen) di California sebab salah satu preservatives  (pewarna karamel) diwartakan sebagai bahan kimia terlarang di negara itu. kenapa aku cakap pencetus dan bukan penyebab? sebab sejak lahir lagi manusia sudah mempunyai sel kanser dalam badan, yg membezakannya ialah sama ada sel tersebut aktif ataupun tidak. awalnya wujud sebagai tumor dan boleh berkembang menjadi kanser melalui proses mitosis. dari situlah wujud carcinogen (pencetus) dan antioxidants (penghalang/inhibitor).



kat Malaysia sendiri walaupun CAP tak buat kenyataan pasal hal carcinogen ni, janganlah amalkan minum Coca Cola dan yg sewaktu dengannya kerana hal akidah dan kesihatan. tak dapat kanser, diabetes ada. lagi satu kalau makan kat McD ke KFC ke, tukar la ayaq tu tambah berapa sen je (orange juice)

semalam pergi sambutan Maulidurrasul kat Surau Kg Paya. satu famili pergi. berangkat dengan dua motor haha. oke sampai je, melantak dulu nasi minyak ke nasi beriani camtulah * yg penting memang mantop! lepas tu solat Isya' jemaah. sebelum ceramah, macam biasalah pengerusi sambutan berucap dulu. hah sebelum tu ada pasangan kembar ni bawa bacaan surah dan tafsirannya sekali *handsome heh. sejuk je mata. turn pak haji pula bagi ceramah. memang tak bosanlah dengar ceramah 2 jam pak haji. damai di taman syurga menimba perigi ilmu :)

balik cerita ni timbul -->

" Pengerusi berucap tadi bagus tak meleweh-leweh," maknya ulas.
" Tapi bergurau tak kena tempat," abahnya lontar kritikan.
" Yg pasal sebiji zarah tu ke?" soalku menyampuk.
" Orang sebelah ayah dah boring dah,"

ingat aku seorang yg perasan.

imbas kembali.

" .... sedar walaupun sebiji zarah, bukan biji zaharah ye....,"

ayat kontroversi.

ceramah malam tu mantap. sejarah dan fakta diselitkan unsur dramatik dan humor dalam penyampaian ceritanya. menyingkap..

tawarikh hidup seorang penghulu manusia yg cahayanya diciptakan sebelum Nabi Adam AS lagi di syurga. Nabi Adam bukan yg pertama, kerana dia perlu berselawat 3 kali kepada Rasulullah.

lahirnya ke dunia tiada menyusahkan tetapi selalu disusahkan. menyenangkan tunggangan Halimatul Sa'diah yg ketika itu menunggang keldai yg paling lemah. menolak susuan Halimatul Sa'diah sebelum semua adik-beradik susuannya kenyang dahulu baru dijamah susu ibu susuannya itu.

menyediakan makanan lalu menyuapkan ke mulut seorang buta yg selalu mengutuk baginda. makanan itu dihancur-hancurkan menggunakan tangan mahupun mulut lalu disuapkan kepada orang tua di hujung kampung itu.

pengsan 3 kali dalam langkahnya utk solat berjemaah dan mengimamkannya sebelum menyuruh Saidina Abu Bakar menggantikan baginda. saat-saat akhir riwayat baginda...


Subhanallah~

cinta baginda kpd kita, cintakah kita kpd baginda?

salam~

Post a Comment

2 Comments