PERTAMA.
" Cikgu, kenapa kadang2 time saya tulis karangan saya tak sedar saya buat banyak kesalahan ejaan?"
" Awak ada disleksia ke? tapi selalunya budak kecil je ada, dah besar ni dah tak ada," berlalu pergi tinggalkan aku di muka pintu.
sentap. omongannya bagai menjatuhkan gelas seorang anak kecil yg merintih kehausan yg amat. aku yg ketika itu mahupun penjelasan dan perhatian bagai dipersalah kerana kecuaian sendiri. bergetar aku kerana SPM dah dekat, masalah apa pula ini!
sendiri. aku berbeza. janggal.
aku cari sendiri masalah aku. aku kaji tulisan aku. baru aku sedar aku akan TERSILAP mengeja bila aku terlalu khusyuk dan pantas menulis patah2 ayat dalam esei aku. aku tak sedar aku tersalah mencoret perkataan "makanan" sehingga menjadi "wakanan", "dedikasi" sehingga menjadi "debikasi". hujan idea bagai ribut di atas kertas.
kesalahan ejaan menjadi pantang dalam penandaan. aku risau. namun kerisauan itu yg menjadi kekuatan aku. aku mula berhati-hati dalam menyusun huruf dan akan sentiasa menyemak kembali tulisan aku.
Alhamdulillah~ segalanya dapat diperbetul dgn mudah apabila kita tahu apa yg silap. aku tak tahu aku layak dikategori sebagai disleksia atau apa saja nama bagi mereka yg "sukar" macam aku. disleksia itu mereka kata kesukaran menulis, membaca/bertutur dan mengira. perlukan kreativiti sang guru utk memahamkan dan memahami.
KEDUA.
situasinya di rumah guru ngaji. latar waktunya malam. aku duduk dalam barisan adik2 kecil yg menagih ilmu Kalamullah. aku yg senior. datang seorang anak kecil litup bertudung duduk sebelah. senyum segaris. aku lihat baru alif ba ta. kubiar dia baca dulu, kutala pandangan ke helaian surah al-Baqarah. habis ngaji, aku lihat dia lagi. berkerut dahi tererot-erot mulutnya mahu menyebut huruf2 jawi yg bersusun di muqaddam itu.
" Tho, Zho,"
" Ttt..to.. errr..,"
aku ulang suara. biar kasi jelas dulu. aku ajar balik satu persatu walaupun aku tahu guru ngajiku sudah ajar. bagus boleh ikut.
esoknya. aku suruh dia ulang. bibir mungilnya lagi sekali terlalu sukar utk dibentuk-bentukkan menghasilkan bunyi abjad2 jawi itu.
" Ishhhhh Umairah ni, lambatnya awak baca. ni tho, zho, ain, ghain...,"
" Tengok muqaddam awak, jangan tengok benda lain!"
aku diam. Taare Zameen Par, Aamir Khan's.
aku dapat hidu sesuatu. jika dia telah ditakdirkan begitu, aku ingin membantu.
apa perkaitannya antara PERTAMA dan KEDUA?
aku dan dia hanya perlukan mereka yg mahu mendengar.
salam~
2 Comments
citer ni mmg superb....sgt2...ayu first time tgk sebak, gelak kuat2...nangis..bercmpur baur perasaan...sgt2 worth to watch:)
ReplyDeletebest sgt. legasi Aamir Khan mmg best2, 3 Idiots lagilah! :D
ReplyDelete