Jika hidung tiba-tiba berdarah, apa nak buat?

salam.

terbang pergi si bunga Februari
datang menjelma hujan bulan 3..
terbang melayang helaian kertas kumal
membawa khabar berita
ranumnya buah kejayaan di pokok istiqamah
dibajai usaha disirami tawakal
ditemani sang pencinta-Mu
di reranting munajat~

wahai 22 Mac...

---------- prolog.


maaf. terbayu dengan lagu Ho Gaya Hai Tujko Pyaar di blog Brader ni.

berbalik kpd tindakan jika anda terasa ada cecair panas mengalir keluar drpd hidung anda - darah. ye, masa SPM paper apa ntah, tengah syok tekap2 bedak aku dikagetkan dengan kegawatan kawan aku sorang ni yg tiba2...

" Heh heh haaa darah~" 

putih tudung bertompok merah.

langkah mengawal situasi cemas ni -->

1. bertenang dan menenangkan - pastikan anda sendiri tidak panik dan segera mendapatkan pesakit. tenangkan pesakit yg mungkin trauma, histeria mahupun terkejut dgn keadaan hidungnya yg mengeluarkan darah tanpa henti (pesakit mungkin menangis, lap darah kat baju anda dan sebagainya). suruh pesakit duduk mendongak sedikit dan istighfar banyak2.

2. ambil kain bersih/tisu, tekan hidung pesakit dgn lembut selama 10 saat dan lepas sekejap (buat berulang-ulang kali) - dalam kecemasan macam ni, guna tudung/tali leher pesakit. memandangkan kita dah picit hidung dia, suruh dia bernafas menggunakan mulut. langkah ini utk memberhentikan aliran darah drpd kapilari yg pecah dgn memberi sedikit tekanan (blood clotting)

3. ambil beg ais dan letak di dahi pesakit - beritahu sesiapa yg berada berdekatan anda utk membeli/mengambil ais. balut dengan kain/plastik dan letak di dahi pesakit. ini utk redakan suhu badan pesakit.

4.   jika masih berdarah tersembur-sembur bawa ke hospital (kes kecemasan!)

4 langkah di atas boleh diaplikasikan kpd kebanyakan orang dewasa. berbeza sedikit bagi kanak-kanak/bayi yg mempunyai tisu hidung yg masih lembut.

* langkah 1 - jangan suruh pesakit mendongak kerana darah mungkin akan tersumbat di dalam saluran hidung dan menyebabkan sesak nafas/tertelan darah yukks. suruh pesakit menghembus keluar darah secara perlahan-perlahan. teruskan dgn langkah 2-4.

fuhh dah siap, darah dah berhenti. bersihkan tompokan darah dan suruh pesakit berehat. kenapa ye boleh berdarah tiba2 ni???

kawan aku - stress nak exam? mungkin haha.
sebenarnya :-

1. suhu badan tinggi sangat. normal 37'C gitu. kemungkinan cuaca persekitaran, demam dan stress menyebabkan peningkatan degupan jantung, lajunya aliran darah sehingga menyebabkan kapilari darah halus di hidung pecah. dalaman hidung yg kering juga mudah terluka dgn gosokan yg kasar.

2. kalau bab genetik mahupun penyakit spesifik, aku tak bertauliah utk menerangkan lebih lanjut. lepas jadi doktor nanti, bolehlah tanya kat klinik aku XD

sedikit perkongsian tentang ilmu kesihatan yg aku timba dari pembacaan, pertanyaan (akak abg HA), Googled dan pemerhatian. kalau ada alternatif lain yg lebih berkesan dan canggih, silalah kongsi ye :D


hijab hati ada kuncinya~ trimas. salam :3

Post a Comment

2 Comments

  1. slm jumaat!owh anak kembar akak pernah hidung berdarah..panik ngn je dia dari tidur tgk2 sarung bantak berdarah.ingatkan darah dia terlenyek nyamuk ke hahahahha

    kdg2 bdk2 suka sgt kesat hidung kuat2 semasa selesema.atau doktor kata kdg2 kalau korek hidung terlalu dlm hahahaha...

    ReplyDelete
  2. kak alea - haha budak2 kan. adik sy pun sama suka korek hidung sbb dia selalu selesema. risau jg tgok ==' tapelah, y pntg dah tau first aid :D

    ReplyDelete