Berbilion sperma yg bermarathon dari penis ke vagina terus menerpa ke arah secondary oocyte yg berseorangan di fallopian tube. Sperma yg terkuat berjaya bergabung dengan secondary oocyte. Ovum berkembang menjadi zygote dua sel lalu lapan dan terus berkembang menjadi morula dan akhirnya sebentuk bebola blastocyst. Sampai sahaja di rahim, bebola itu mengimplimentasi dirinya di lembah yg subur itu. Teruslah ia hidup di situ menumpang darah dan nutrisi dari sang ibu dihubungkan dengan tali pusat dan uri. 9 bulan menjadi sesempurna janin, akhirnya menjengah dunia pada 22 Ogos 2006.
Saat bermulanya kehidupan bila ditiupkan roh ke dalam segumpal ketulan daging.
2006, kakak yg diharapkan menjadi tempat menumpang manja hilang dalam kesibukan menghadapi UPSR. Rengekan dan senyuman manja hanya dibalas utk sesaat dua. Bila melangkah ke alam sekolah menengah, barulah sempat berkucup manja dan mengagah-agah biar pecah ketawa. Sang kakak mula sibuk dengan dunia remajanya, hilang dalam kesibukan aktiviti kelab dan kerja sekolah yg menimbun. Susut lagi mungil si kecil yg baru merangkak bertatih menyelongkar segala sudut dunia.
Kehadirannya bagai satu bebanan. Keletahnya yg suka mencuba menjadi cabaran kepada buku2 tulis di atas meja. Amukan ketakutan melanda barangan yg mudah pecah. Jari ini mudah saja menghadiahkan pehanya yg gebu dengan cubitan geram. Mudah saja tangan ini melayang ke pipi montelnya. Sang kakak sudah tidak terbendung amarahnya. Mudah saja melenting suara mengarah si kecil menjauhkan diri daripada zon peribadinya.
Hadir sang abang yg selalu terbuka luas tangannya utk menerima pelukan simpati dari si kecil yg menangis rajuk dimarah sang kakak. Abang yg sebelum ini lubuk kasih sayang kerana menjadi anak yg terakhir sebelum muncul si adik yg mencuri takhta yg bertahan hampir 9 tahun. Rela menyerahkan mahkota raja bongsu kepada sang puteri terakhir. Hidupnya bahagia dengan abang, sesekali menjenguk kamar kakak utk menagih sekuntum senyum kerana jauh sekali bukan kucupan semulus dulu.
Sang kakak mulakan hidup baru. Mencari rumah kedua sebagai tumpangan sementara. Jauh dari rengekan dan lalakan si kecil yg sudah separas peha. Ahhh, puas lari dari rantaian tanggungjawab menjaga tingkah si puteri manja yg keterlaluan. Mahu baju itu, mahu kuih ini, mahu jalan2. Apa saja diminta guna lesen bonda. Mahunya kakak dimarah oleh bonda yg sudah seharian penat kerana enggan menuruti kemahuan puteri kesayangannya. Semua kemahuannya mahu ditunaikan, semua pertanyaan luar logik mahu ada jawapannya.
Akhirnya, tiada lagi bayangan kecil yg berlari-lari di luar kamar. Tiada lagi contengan asing dan koyakan rabak di buku2 kerja. Syukur. Sang kakak melayari bahtera kehidupannya yg berbadai ombak dan berhujan ribut. Dunianya dipenuhi himpitan terma saintifik yg perlu dicari mana fungsinya, formula utk mencari logik masalah dan tugasan guru yg di luar kemampuannya. Ingin saja dicapai telefon utk mengadu kpd bonda. Bukan suara bonda yg menyambut salam sang kakak yg berlelehan air mata, tapi gemersik suara si puteri yg merengek kerinduan yg amat.. Tumpah lagi air mata membasahi gagang telefon di hadapan teratak warden. Suara halus itu memberinya ketenangan. Tak sabar rasanya mahu menerkam pemilik suara itu yg sudah berminggu tidak bersua. Senyumnya, mungilnya, manjanya..
Rindu rupanya bersawang dlm hati sang kakak. Bila si puteri ada diherdik dimakinya, bila si puteri sudah jauh baru rasa kehilangan yg amat. Mereka berkongsi darah yg sama, mana mungkin kebencian itu memisahkan ikatan yg sudah sejak azali bertaut kejap dlm hati. Bila perpisahan menjengah kembali, hati kakak mula berat melepaskan rangkul si puteri. Tak apa, kakak akan kembali. Jangan bersedih puteri sayang.
Bahtera kakak berhadapan dgn musim tengkujuh yg tidak mengenal erti belas kasihan. Tulang empat kerat dibanting-banting utk menyelamatkan layar drpd terkoyak dan tiang2 yg goyah dipasakkuat kembali. Kakak rebah. Tenaganya sudah habis dihirup kepayahan dan kesulitan yg bergulung-gulung menghempas bahteranya. Semangatnya sudah hilang dibawa puting beliung yg menghancurkan dek kapalnya. Lolongan kesakitannya hanya menggegarkan pepohon di pulau tempat terkandas bahteranya, jauh dari pelabuhan yg diorientasikan sebelumnya.

0 Comments