Bueh hok keruh, ambek hok comey - Bunohan

salam Jumaat! jadual aku sekarang dah kena ubah. lepas Subuh tak boleh tidur nanti kena bebel --' aku mulakan hari dgn mengemas sekitar kawasan katil dan ruang tamu. selalunya aku tak sapu. aku malas sikit nak sapu. itu kerja sabtu ahad. *teringat agihan kerja rumah waktu belajar KH --'

lepas hantar Anas dan Ayin ke sekolah, ayah akan balik dgn menjinjit sebungkus kuih-muih tradisional. tadi pagi aku dah melantak donut ibu, baru ayah balik. jadi muat utk apam soda jelah T^T ingat nak makan lopes, kuih kegemaran aku tu. tapi dah kenyang pula. ye makan sebelum lapar berhenti sebelum kenyang :D

lepas ibu dah pergi gerai, tengok tv tak ada cerita, aku pergi ambil DVD player. buka laci, longgokan DVD menanti utk ditayang. aku capai cerita Fast and Furious, kualiti : rakam-curi2-kat-pawagam. hampeh sangat dgn audio semua aku tukar cerita Bunohan. cerita ni aku yg beli sebab baca ulasan yg positif/negatif tentang karya ni. kualiti : Astro First :D


babak2 awal, dah terasa ngeri bila Ilham "sembelih" orang guna lawi/kerambit. dgn effect darah dan audio yg sangat mantap, memang hidup. aku simpulkan, semua cerita ni bermula dgn Bakar yg tamak dan mahu menjual tanah milik bapanya utk pembangunan resort. dari situ, Adil/Bunga Lalang menjadi buruan 2 pihak - Ilham abang tirinya mencarinya (arahan Taiko Siam) kerana dia meninggalkan gelanggang tomoi dan Bakar abangnya juga yg mahu mendapatkan persetujuan utk menjual tanah 30 ekar (meliputi kawasan perkuburan di pantai/kelab tinju) yg diserahkan kpd Adil.

kemunculan budak lelaki yg berdialog dlm suara orang tua menjadi kepelikan buat aku seketika. persoalan tu terungkai di babak akhir. Pok Eng telah meninggal dunia dan budak lelaki tu terjatuh atas mayat dia. jadi kemunculan budak lelaki tu dalam babak2 awal (babak di mana dia bersuara orang tua dan merintih) merupakan imbasan Pak Eng sendiri (semangat). babak Yah, aku rasa dia macam kosong je --' dialog dia sikit je, tapi macam menyampah pula aku dengar. babak burung2 tu aku perhatikan juga, ada burung bangau yg tidak bergerak. aku rasa babak burung berterbangan di langit lagi sesuai kot *pengarah sambilan.

utk cerita macam ni, aku suka dialek Kelantan itu sendiri. banyak mesej disampaikan dlm dialek yg ringkas tetapi padat. sedih juga Adil mati di akhir perlawanan kerana diracun oleh Jolok aishhh.. *kesat air mata* walaupun dia dah tahu kebenaran bahawa dia anak luar nikah, hajat terakhir selepas perlawanan utk berjumpa ayahnya sangat menyentuh perasaan. begitu juga hajat2 terakhir Ilham yg ingin merantau tidak kesampaian apabila dibunuh oleh Bront Palarea di pantai oleh kerambitnya sendiri. bibit2 penyesalan yg timbul selepas kesedaran itu ditiupkan ke dlm jiwa mereka.

" The man who decided to change on the 12th hour dies on the 11th."

 salam.

Post a Comment

5 Comments

  1. belom tgk lagi bunohan.. ramai yg ckp best.. mau download la.. :)
    p/s: hehe trauma sbb suara mmg kuat, so ble kuat lagi la besar suaranye :) hehe..
    p/s/s: kaunselor kalau ikut act xleh nasihat but client yg kena decide..

    merapu plak kat sini :)

    ReplyDelete
  2. uish...ni lagi best nampak gaya.hoho..saya suko kecek kelate.saya juga suka kuih lopes!!!!my feveret kuih

    ReplyDelete
  3. kak nani - tgok la. tak m'hampakan :D tp jgn expect yg t'lalu tinggi. kna b'sikap t'buka:)
    ahah suara kuat kdg2 kita tk dpt kawal vol kan. kaunselor ni bnyk b'main dgn psikologi kan:)

    bro arelan - haha we're typical Malays :)

    ReplyDelete
  4. tak tengok lagi..so far just tgk iklan dia kat astro..hih..best ek? =) nanti nak try tgk la..hihi

    ReplyDelete
  5. Amirah - bg sy best 8/10 haha. stp org ad view msg2. cer tengok dulu :D

    ReplyDelete