Menurut maklumat media Indonesia, gempa berkekuatan 8.6 Skala Richter telah melanda Nangroe Aceh Darussalam. Gempa itu berada di koordinat 2.32 LU, 92.82 BT. Kedalaman gempa berukuran 10 kilometer. BMKG mengeluarkan peringatan adanya potensi gelombang tsunami untuk wilayah Provinsi Aceh, Sumatera Utara, Bengkulu, dan Lampung.
Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Gegaran tersebut turut dirasai di Melaka, Pulau Pinang dan Selangor. Jadi kita semua perlu berjaga-jaga dan elakkan dari berada berdekatan kawasan pantai. Ini kerana ada maklumat mengatakan Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9.11pm dan Port Dickson pada 2.10am. Takut sekiranya berlaku kejadian tsunami.
amaran Tsunami juga telah ditarik di P. Pinang, Melaka dan Selangor.
walaupun aku yg berada di Kluang ni tidak mengalami impak gegaran, namun ada kesan yg mungkin berpunca drpd gegaran awal dan susulan. petang tu ayah macam biasa pergi jala, yg peliknya ikan memang luar biasa banyak. namun begitu cuaca yg agak buruk memaksa ayah utk balik awal. dari petang tadi sampai Isya' hujan lebat disusuli petir dan guruh. Subhanallah~
ketakutan mula menyelubungi atmosfera. masing2 mula bertakafur dlm gigil ketakutan. takut kiamat. takut diri ini kosong utk menghadapi kematian. namun ada juga yg bersikap sarkastik dan skeptikal terhadap mereka yg mahu insaf dan menghampiri taubat.
apa punya orang.
0 Comments