Bila yang tersirat tersurat.

Salam. Lailatu sa’iedah! Apa habaq semua? Alhamdulillah. Kalau masih boleh baca coretan aku ni, okeletuhhh;) Hari ni 1 Rejab, lepastu Syaaban dan menjelmanya Ramadan yg dirindui. Kepada kaum hawa, inilah masa untuk melengkapi tuntutan puasa qada bagi yg belum sempurna lagi. Dari apa yg aku pelajari dan baca, wajib dahulukan puasa qada dari puasa sunat. Jadi habiskan puasa ganti dulu, lepas tu rebutlah keberkatan puasa sunat sepanjang Rejab ni. Bidznillah.

Acap kali diajukan soalan, “ Dapat mana?”, “ Lepas ni sambung mana kak?” dan soalan yg sewaktu dengannya. Apa yang boleh aku khabarkan, insyaALLAH aku akan meneruskan musafir menuntut ilmu di UIA, asasi sains fizikal di Putrajaya. Dalam masa yg sama masih berteka-teki dgn keputusan dari pihak MARA, permohonan utk menuntut di KMB – IB -> MBBS di Manipal University, India dan Manipal Melaka. I Jun ni segala persoalan akan terjawab dan keputusan yg terbaik perlu diambil. Soalan ini tak akan sempat terjawab dalam masa 24 jam selepas 1 Jun, jadi aku tanya sekarang,


“ Jika aku dapat MARA dan dalam masa yg sama perlu daftar dgn segera di UIA 3 Jun ni, apa tindakan yg perlu aku buat?”

Terima kasih kpd mereka yg akan menjawab – “ Pilih yg terbaik, buatlah istikharah, kau pilih apa yg kau minat, tanya senior dsb”

Tak jadi masalah jika aku masuk UIA kerana aku boleh tukar course kpd asasi perubatan/pergigian. Jadi dua2 ialah peluang ke arah kedoktoran. Kepada individu yg dapat memberikan jawapan konkrit kenapa aku perlu pilih MARA berbanding UIA dan sebaliknya, jangan segan utk mencoret pandangan di bahagian komen, syukran~~

Baru2 ni buat x-ray di Klinik Kesihatan Mengkibol. First time youuuu. Dalam tempoh 18 tahun ni, boleh dicongak dengan jari berapa kali aku menjejakkan kaki di hospital/klinik dan mendapatkan rawatan. Kalau sakit, destinasi yg dituju oleh ayah ialah farmasi Kg. Tengah. Mula2 pergi Hospital Kluang yg kat Jalan Kota Tinggi, merasa juga jejakkan kaki kat situ hewhew. Memang luas dan hampir sesat -.- tanya kat kaunter, kat mana nak buat xray. Dia pun tunjuk pergi depan, belok kanan. Jumpa la nanti. Pergi kat situ, ramai youuu. Tanya abang kat kaunter, dia cakap kat sini utk emergency cases je. Medical check up kat Hospital Mengkibol. Erkk. Dengan kebengangan dan muka cover segan, keluar balik dgn ayah. Pfttt. Pergi kat klinik yg dikatakan hospital tu, papppp aku tak bawa surat yg mention pasal buat xray je bukan full medical check up. Duhhh. Ayah cakap pergi esok je, dah penat. Ikut jelahhh..

Hari2 yg ditunggu-tunggu telah tiba. Masuk je klinik, tunjuk dokumen semua, nurse suruh pergi hujung sekali, ada bilik xray. Gulp. dengan lagak cover macho jalan sengsorang pergi bilik tu. Dah la ramai orang hari tu. Masuk je ada 2 orang kat itu, budak baya2 aku jugalah, kot. Pergi kaunter kat situ *banyaknya -.-‘* bagi dokumen semua, dia suruh masuk bilik dan baca arahan nombor 1. Hah? Oke2. Baca arahan, dia cakap kena pakai gaun warna pink tu.

“ Dah siap belum?”

Suara lelaki? Gulp. Arahan kena buka tudung, tapi aku pakai skaf nak cover rambut. Ya ALLAH memang teragak-agak nak keluar. Takuttt makkk! Pergi kat mesin tu. lup dab lup dab.

“ Oke dah,”

Hayema? Fuhh siap dah. Tak sampai 2 minit dia scan ngaaa. Cepat2 keluar. Makkk! Sampai kat kaunter dia bagi la xray film tu. Nampaklah rib cage, pectoral girdle, scapula semua. Makaihh ni baru betul2 aplikasi ni. Dah siap semua pekena mee kari kat cafe. Mantap youuu. Lepas tu balik aku google apa sebenarnya yg terjadi masa kena xray tu.


Sinaran x/radiasi yg dipancarkan ke arah mana2 anggota badan akan direkodkan di atas sekeping filem dan warna hitam akan terhasil. Kira densiti setiap objek/organ yg menghalang sinaran akan membentuk warna seperti putih, kelabu dan hitam. semakin tumpat, semakin susah sinaran utk sampai ke filem. Kewujudan gelembung udara di paru2 akan muncul dalam bentuk warna hitam. Organ seperti jantung/tisu/lemak akan hasilkan warna kelabu. Tulang warna putih. Kira kalau doktor nak check xray film aku ni dia akan tengok sama ada jantung aku terlebih besar atau ada masalah di paru2. Errk. Utk hasil yg terbaik, aku sepatutnya kena tahan nafas, tapi pembantu perubatan tu tak cakap pape pun -.-

Firdaus dapat KPTM Cheras utk certified accounting technician (CAT). Foundation 1 ½ tahun dan akan fly ke UK utk degree 3 tahun. Walawehh tahniah bro! *kongsi berita gembira*

bakal merantau, mengenal dunia!
ma'assalamah wa'ilal liqo':)

Post a Comment

3 Comments

  1. tahniah sebab dpt Uia . *jeles sbb mmg nk sgt blaja kt Uia* ye mmg blh tuka kos nanti . pergilah Mara sbb mmg dh tntu awk bkl seorg doc kn . hehe . mst rizat gempak ni , kita xmntk pon Mara , keh-3 . xlyk ! dusss

    ReplyDelete
  2. waaa jadik dak uia la dia..untung lah dia..haha..best of luck in your all future undertaking. :)

    ReplyDelete
  3. wawa - Alhamdulillah dapat offer pergi sana. tape wawa, rezeki kt mana2 pun oke, janji niat kita nak belajar;) result da lama simpan hehe. skg ni tumpu benda baru plak:D

    abg apai - naa.. baca entri terbaru nt ye:) thanks btw!

    ReplyDelete