insyaALLAH barakah-Nya kekal walaupun aku di bumi KMB. Moga bertambah dan moga diimprovasi apa yg selalu kurang, apa yg selalu lekang.
Baru dapat surat dari KMB petang tadi. Makaihh abe posmen boleh melayangkan surat tu terus ke tingkap. Dah la tengah tengok tv time tu .______. Tape dia pakai visor haha. Dapat surat je, operasi printing pun bermula. Ingat nak tunggu eduloan MARA tu, sekali harung, tapi... naaa.. Siap semua ingat nak singgah beli ABC, memandangkan berpuluh juga keluar utk gambar dan xerox, aku membatalkan niat tulus tersebut. Sekarang ni rasa agak terkilan sebab tak dapat ‘jumpa’ Abang Wan utk kali terakhir sebab Buu cakap aku ngaji kat rumah je. Ayin je sorang ngaji ngn cikgu. Oke, Abang Wan jual ABC tadi *time nak beli tak buka pula*, aku tak pandang dia pun. Sebab.. ada satu malam tu lalu sebelah kubur, terang-benderang dgn lampu kalimantang. Ingat rumah sewa yg sebelah kawasan perkuburan tu yg buat BBQ ke apa ke, rupanya ada orang gali kubur! Abg Wan pun ada time tu. Aku TERtoleh masa tengah naik motor dan tepat TERpandang ke arah mata dia. Arghh sampai sekarang pandangan tajam tu berlegar-legar malas dalam fikiran aku .____. Fullstop.
Bercakap soal MARA, masalah teknikal yg berlaku mencetuskan polemik dlm komuniti KMB 2012/2014. Hampir seminggu juga surat yg dijanjikan tak kunjung tiba di laman web eduloan. Biasalah darah muda, aku faham. Aku pun ‘panas’. Tapi chillax r babe, ada cara yg betul utk meredakan kepanasan tu;) salah satunya adalah dengan mengingati semula janji ALLAH kepada hamba-Nya yg sentiasa sabar dan tabah menghadapi segala cabaran. Aku masih belajar dlm aspek quotation tafsir ayat2 al-Quran ni. Tapi yg aku tahu ALLAH tak akan uji kita dgn sesuatu yg susah utk ditanggung oleh hamba-Nya. Senior pun ada kongsi sikit2; tiada kemanisan sebelum kesusahan. Dan itu membuatkan aku terus mencapai tafsir al-Quran Buu, selak satu persatu menyoroti bait2 makna Kalamullah.. rupa-rupanya, aku hanya membaca tanpa memahami lagilah utk menghafaznya. Mengimbas kolum Ustazah Pilihan, hafal dan hafaz beza maknanya. Hafaz itu menjaga, mengulang dan memahami *tak silaplah, kalau salah tolong editkan*. insyaALLAH aku pelajari bahasanya, fahami maknanya.
Sebelum masuk KMB, aku follow Kak Lisa Comey kat KMNS. Ada juga google blog senior lain. Kira yg ni senior dekat la, batch 93 *tak silaplah, kalau salah tolong lupakan*. Terbaik jugalah intro beliau tentang KMB, nak chekidaut? Terjah sini Blog Abe Handsome ;)
Macam2 kat KMB ni, semua lengkap. Bagi aku,
“kat STK itu ini gitu gini, kat KMB? best woaa.”
Bagi sesetengah bakal student,
“sekolah dulu/U dulu lagi best, KMB? urmmm..”
Yg penting niat nak belajar tu, lillahi;)
yg penting indah bumi ALLAH ada di mana2, hadiah utk mata.
Satu lagi yuran RM1750. Urmm.. jadi bagi KMB/MARA dreamers, buat tabungan/simpanan awal2 ye sebab awal2 ni FAMA yg kena support.
Yah, baru2 ni ada tengok cerita My Way ngn MI Ghost Protocol. Biasalah mesti ada special film review dari aku kan. Tungguuuuu~~~ *sebenarnya procrastinate je entri ni .__.*
Sekarang ni dah lights off sebab Anas nak tidur. Agak tak selesa juga sebab lampu lappy ni direct ke lens aku, nak control amount of light sampai perit mata ni.. makin tinggilah kerabunan lepas ni huh.. Ohh ya, dah on balik. dia dah tidur. AA baru je bagitahu eduloan tu dah oke, Alhamdulillah!:D
salam.
0 Comments