Dah ada kipas nak 'ekon' pula.


bismillah. Assalamualaikum awak2 semua;)

*seru semangat*

tengok buku2 dgn pandangan kosong. untouched.  entah malam ni emosi agak tak stabil. berombak. swing. mungkin sebab perembesan hormon yg tak stabil. ehh.

Alhamdulillah.

sama ada ujian atau nikmat, aku tetap bersyukur kpd-Mu ya Rahman ya Rahim. menyelak senarai "what-did-i-do-today", banyak juga benda best yg ALLAH bagi. rezeki melimpah ruah dgn nasi goreng an-Nur dari kariah surau, keropok sira Umi bagi, makan kat ds tadi pun sodap2. dannn supper utk ke sekian kalinya selepas berbulan tak turun makan. dapat jog seround, tertinggal kunci dalam bilik rasa gelabah gila, dapat buat box-type-notation utk chemistry.. tapi malam ni rasa macam tak bersemangat plak, dah nak mengeluh itu ini. plethora of nikmat vs ujian kocik. buat apa je ye nak balas balik hadiah yg ALLAH bagi ni? cukup ke sedar melafazkan Alhamdulillah semata? macam mana nak tunjuk gratitude kita?

jawapannya;

"dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu kecuali untuk beribadah kepada-Ku" [51:56]

bila cakap pasal ibadah je mesti teruih pop-up; solat, pose, baca al-Quran SAHAJA kan. kenapa kita selalu bagi jawapan stereotaip dan cliche padahal ada jawapan yg lebih BERNAS lagi PANAS? 

"hidup=ibadah"
semua yg kita buat itu ibadah; start dari kita bangun tidur, makan, mandi, study, jogging, borak2 ngn kawan,senyum ngn berterima kasih ngn acik DS/KFC, tengok sunset, lowering gaze bila muslimin hensem lalu sebelah, masuk tandas keluar tandas n bla bla..

if and only if....

" niat lillahi" :)

siapa cakap Islam itu limit kita utk buat itu ini? nak berhibur, nak challenge diri kita buat aktiviti lasak, nak bersosial, nak buat benda2 rare, nak pakai gajet canggih manggih dll yg seumpamanya.

" No limitations, but options."
ada dua jalan; kita pilih.

1. jalan Islam as the way of life.
2. jalan syaitan as the way to hell. 

ada pilihan, utk apa? utk dipangkah, ehh utk dipilih. bukan utk digilir.


jom tajdid niat dan pilih jalan yg tepat! biar berbaloi-baloi hidup kita;)

" Tunjukilah kami jalan yg lurus, iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat " [1:6-7]

 

Post a Comment

2 Comments

  1. err, kenape lower gazemase lalu sebelah muslimin hensem? mcm mane muslimin yg kurg hensem mcm sy ni? ehh.

    ReplyDelete
  2. eh, ada unsur litotes di situ :P sebenarnya agreement dia camni.

    A: ALL ikhwah hensem osem
    B: lower gaze if nampak ikhwah
    C: lower gaze bila nampak ihkwah hensem osem.

    LULZ.

    ReplyDelete