Petang Jumaat dan Kengkawannya; Sabtu Ahad,




assalamualaikum ya ukhti ya akhi! ni ialah entri formal. err, maksudnya bukan dalam bentuk puisi-janji-update hoho.

" sibuk sangat KE dgn IB sampai tak ada masa nak menulis?"
jawapannya senang; nak sibuk, selalulah menyibuk haha. tadelah. memang overwhelmed dgn assignments, remedial, test, labrep, CAS bagai (ehem teringat sorang student law kat London xD) ada je masa. masalahnya ialah penggunaan masa tu yg tak tepat. *batuk*

" tak cukup KE ALLAH dah bagi 24 jam?"

cukup memang cukup. ALLAH dah atur dah dengan solatnya, tidurnya, makannya. plus belajar. tapi kenapa kadang2 rasa masa tu macam tak cukup, rasa macam nak diskaun je solat, rasa macam nak skip je baca mathurat lepas Subuh sebab takut lambat. lepas tu assignment berlambak berdebuk-debuk datang. pehhh.. *baru sem 1 kak oyyy*. lepas tu lepas tu, tak cukup tidur. ngantuk time dengar usrah Jumaat dalam LT2 sampai terlentokkk habis dekat kerusi "Comfy" tu. *ekhhhh*

"berbaloi KE sibuk2 camtu?"

berbaloi-baloi? *fikir sejenak* berbaloi jika kita tahu tujuan sebenar kita hidup. buat apa kita sibuk2 bagai study, kita spend time masa dgr KULSEM, dgr usrah, pergi daurah dan berbulatan gumbiraa.

hadith niat (trimas kak Adha:)); 

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya setiap  perbuatan tergantung niatnya.  Dan  sesungguhnya  setiap  orang  (akan dibalas)berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena dunia yang dikehendakinya atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.

"akan bernilai" - berbaloi.

semua kembali kpd niat. purify our intentions. (Matluthfi, 2012) 
tujuan hidup ---> Hamba ALLAH dan Khalifah. 

NIAT;
A: hidup+study ---> ibadah (abdikan diri kpd ALLAH)
  B: ibadah --> mengenal dan mencintai ALLAH  dan RasulNya ( bekalan dunia)
C:  mengenal dan mencintai ALLAH dan Rasulnya ----> patuh perintah tinggal larangan
D: patuh perintah tinggal larangan ------> dakwah dan jihad
E : dakwah dan jihad (khalifah) -----> ukhuwwah (Palestin, Syria, Iraq....)
A+B+C+D+E= Akhirat ---> Syurga.


" Saya tade roommate. kadang2 terlajak. assignment banyak, tak siap lagi.. bla bla.. penatnya.." mengadu manja aku dgn Kak Sarah.
" Nah, 33:3. awak pergi tengok sendiri nanti," katanya selepas tergelak-gelak mendengar aduan rakyat aku.




" dan bertawakallah kepada ALLAH. dan cukuplah ALLAH sebagai pemelihara" [33:3]


wassalam. *pecut pergi ds tapau nasi*

Post a Comment

0 Comments