Al-Quran, Manusia dan Kebenaran

“ You are not the future, indeed you are the present and you should start now."

10 Muharam 1434H. 24 Nov 2012M
Semangat. Hari pertama; lapang hati lapang minda. Sahabat2 yg lain pun dah recharge dgn qiam dan tazkirah sahabat Rasulullah waktu Subuh tadi. Sesi pertama bersama Ustad Farid. Orangnya kebapaan, penuh berprinsip dan mesra menjawab segala persoalan kami. Maksud ‘mesraaa’ (buat gaya Bob AF) di sini ialah beliau tidak terus menyatakan hukum atau terus menfatwakan sesuatu persoalan (yg pada dasarnya sudah termaktub dlm Al-Quran), tetapi menggunakan pendekatan; fikir, cari justifikasi dan dapatkan solusi melalui kaca mata Islam. jadi mesra2 juga segala pandangan beliau menyerap ke hati kami semua.

Siapa itu manusia?


Surah al-Insan 76:1-5

Ayat 1: Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?

Manusia pernah satu ketika, bukanlah satu entiti yg wujud.Tak ada makhluk ALLAH yg mengenali siapa dan apa itu insan. Sampai satu waktu, Al-Baqarah 2:30.

Ayat 2 : Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.

Penciptaan manusia dari setitis air mani dari lelaki dan perempuan, lengkap penceritaannya dari seketul darah, ditumbuhkan tulang belulang, dibaluti daging dan ditiupkan roh. Jelas dari al-Quran sebelum termaktubnya teori sains kewujudan manusia dari pencantuman ovum dan sperma – zygote – embryo – blastocyst – feotus.

Hadirnya kita di dunia bukanlah hanya utk menjadi anak kepada Encik Shamsi dan Puan Siti Aminah, bukanlah utk menjad pelajar terbaik MRSM PC, atau mendapat honor roll utk sem 1 ni, tapi utk diuji dgn perintah dan larangan ALLAH. Itu sebabnya ALLAH wujudkan kita dgn sebaik-baik ciptaan, mempunyai akal, dapat melihat dgn mata dan dapat mendengar dgn telinga dan dapat bekerja dgn anggota yg lain. Analoginya, adakah anda akan pergi berperang tanpa baju besi dan Ak-47? Berperang tanpa ilmu dan strategi? Anda tak akan diuji jika anda tidak sempurna – sebab itulah orang yg buta atau pekak (dan mereka yg mempunyai kelainan upaya sejak lahir) akan terus masuk syorga :’) ALLAH sweet sangat!

Ayat 3 : Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).

kita ada pilihan. ALLAH dah bentang jalan yg lurus, jalan menuju ke syorga, kenapa kita nak corner2? Sama ada kita bersyukur dgn jalan yg sudah jelas ini atau menjadi orang yg kufur. adakah kita kabur dgn kebenaran ini? kebenaran yg kita akan mati, dan mati itu perlukan bekalan. bekalan sepanjang kita menjadi perantau di dunia. 

Ayat 4 : (Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
Ayat 5 : Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan "Kafur"

jelas, ALLAH dah bagi tahu imbalan dan ganjarannya. Fitrah manusia mahukan ganjaran. Jadi ALLAH dah nyatakan dgn jelas. Syorga bagi mereka yg beriman dan neraka bagi mereka yg kufur.

Konklusinya, manusia ialah abid (51:56) dan khalifah (2:30).

Apa itu al-Quran?


Soalan ini ditanyakan kembali pada sesi terakhir bersama Kak Asma, yg akan dikupas nanti. Memang emphasized pasal al-Quran ni betul2 as foundation utk amal2 yg lain. To gain the ultimate purpose of doing something, we have to know the origin. Masing2 canang jawapan; Al-Quran tu kalamullah, mukjizat, manual manusia, ciptaan ALLAH, penawar (shifa), merangkumi sejarah+masa kini+masa hadapan. Betul! But then ustad tanya, what’s the proof?

"Katakanlah! "Sesungguhnya jika manusia dan jin berkumpul untuk menyusun seperti Kitab Al-Qur’an ini pasti mereka tidak akan mampu membuat yang serupa (dengan Al-Qur’an), sekalipun mereka bergotong royong (untuk membuatnya)". (Surah Al-Israa : 88) 

Selakan demi selakan, baca 1 page, then baca tafsir selintas lalu. Baca al-Quran sebab ibadat SAHAJA, bukan sebab al-Quran itu lubuk ilmu. Kita tak BERFIKIR utk reveal rahsia al-Quran (Quranic revelation) seperti sahabat2 dan intelektual Islam dulu buat! *sentap*
Dan lagi super sentap bila non-muslim yg buat kajian tentang al-Quran! *palmface*

Kisah Professor Gary Miller dan Abu Lahab

Kisah Prof Dr Maurice Bucaille (Prof Dr Yahya) dan penemuan garam dalam jasad Ramses II (Firaun zaman nabi Musa) 




Kebenaran Hakiki


Bila bercakap mengenai kebenaran, kita tak lari dari terminologi “hak dan batil”. Al-Quran dan Hadis pula mempunyai konotasi yg seiring dgn sumber sesuatu kebenaran. Begitu juga kita bersumberkan ijtihad para ulama’. Hukumnya ialah WAJIB utk mengetahui perkara yg betul. Jadi wajib utk belajar ilmu fardhu ain dan bersama-sama belajar ilmu fardhu kifayah. Utk tajuk ni, kami lebih banyak berinteraksi dgn ustad membincangkan beberapa isu panas meletop-letop harhar.

“ Wrong is wrong even if everyone is doing it. Right is right even if only you’re doing it.”

The biggest mistake of human being; “ Listening 1/2, understanding 1/4 and telling double.”

Quotes diatas dikongsi oleh Liyana dari ipodnya. Memang berdebuk-debuk kena ketuk bila fikir diri ni tak cukup haus dgn ilmu, tak cukup lapar dgn kebenaran! Nampak sgt skg ni main telan je apa yg orang kata. Entah betul ke dak. Gulp. Sekarang ni kena banyakkan membaca buku2 ilmiah, join usrah n daurah, tonton UAI dan ustad Don (eh!), dgr radio IkimFm.. fuhh banyak kena buat ni.. dan apa kami buat ini ialah simulasi utk mencari ilmu; mendekati para ustad/ustazah dan orang yg berilmu/berpengalaman tinggi.

- end of 1st session -


Post a Comment

0 Comments