Erti Dirinya.

slide hijau. tunggu talian disambung.

..........

"please try later. thank you for using..."

*hembus*

slide hijau lagi.

............

"Assalamualaikum, ye kak?"

*terbang!*

"waalaikumussalam, ibu! sihat? rinduuuu.." menggedik.

perkara wajib. dengar suara dia. tanya tengah buat apa. tanya dia masak apa hari ni.  yada yada *baca style Tara hiks*

semua bermula kecaknaannya apabila tersentap dengan sorang akak ni.

" Akak... sihat? lama tak nampak.. huhu."

" Laa awak ni. akak ada je kat sini. awak tu yg busy sangat... *tona suara sarkasme*. awak nak tahu tak, petang Jumaat la yg paling best bagi akak..," senyum sekilo masing2.

" Yeee.. semestinya," masing2 bertukar pandangan riang.

" Yela, time ni la nak rehat. nak lari kejap dari dunia ni.. time ni la nak call mak. eh, awak dah call mak awak?"

" Err.. da.. se.." pantas disampuk.

" bila? semalam? 2 hari lepas? 3 minggu lepas?" bertubi-tubi macam machine gun!

" haa.. dah call. semalam.. err.." langkah mulai laju. hati mula meronta utk lari dari pandangan lasernya.

------------------------------------------------------------------------------------------------------



kita dakwa kita sayang ibu 
tapi sampai telefon dia berdebu
tunggu anak tanya khabar
walau hati selalu berdebar
tunggu kata2 sayang 
tapi duit dia yg selalu melayang!

aish.

telefon ibu sebab nak ngadu elaun tak masuk lagi, purse pun penuh dgn resit je. alahaii.. sayang ibu itu bawa ke syurga. kenapa perlu dibeli dgn harapan palsu dan perhatian yg tak semengah?

" tengok muka mak ayah pun da dapat pahala. pasai tula aku letak gambaq depa kat phone ni. buat wallpaper huahua.'' sengih bangga. 

menyengat. bila tengok wallpaper; grafik "How to be a good Muslim" yg digigibiru dari seorang sahabat terpapar.

fuhh.

3 kali Rasululluh mention terma IBU tu bila seorang sahabat bertanya siapakah yg berhak dilayan sebaik-baiknya, nak emphasized punyalah tinggi darjat seorang ibu tu. berapa kali pula kita lontarkan perkataan, "sayang ibu, muah muah", "thanks mak"..

minta doa nak.

reflect diri juga. bila balik rumah, adakah kita guna masa yg ada bersama mak ayah utk betul2 berbakti kepada mereka? kita tak ada 100% assurance kita ialah kita yg sekarang pada masa akan datang. sama ada lebih baik, atau berubah ditelan mehnah dunia. sempat ke nak bahagiakan mak ayah?

sorang sahabat diuji apabila ibunya jatuh sakit dan terpaksa menjalani pembedahan. runtun hati apabila melihat dirinya tak keruan. terdetik di hati jika ujian itu ALLAH beri kepada diriku. mampukah aku menghadapi realiti itu? di mana panggilan-Nya sampai sebelum panggilanku.....

arakian, hierarki cinta itu wajib.

Rasulullah SAW. yang bermaksud: "Keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa dan kemurkaan Allah pula terletak pada kemurkaan ibu bapanya." (Hadis riwayat at-Tirmizi dan Hakim).

p/s: ibu ayah, kuserahkan kalian kepada ya Rabb. tunggu kepulanganku. 

Post a Comment

1 Comments

  1. hmm.. dompet penuh dengan resit ya... sian.

    come & join
    http://lovingwantie.blogspot.com/2012/11/ga-hadiah-dari-love-is-all-around.html

    ReplyDelete