Alhamdulillah.. mewah makan hari ni. Dengan bubur durian kacang hijaunya, dendeng dagingnya.. fuhh.. masyuk.. syukran ibu! Maaf tak tolong buat, tolong makan je -.-‘’ harhar. Tape nanti saya angkut buku resepi ibu pergi India ye :D
Amacam cuti kali ni? Organise tak jadual harian? Boleh follow mutabaah amal macam kat KMB? hoho. jom sama2 istiqomah dan bermujahadah!
10 Muharam 1434H. 24 Nov 2012M
Malam membaluti bumi Bangi. Buka puasa kali ni memang special – dgn sahabat2 :’) esok kena puasa juga. Sebab kita nak bezakan puasa kita dgn puasa orang Yahudi. Contohnya kalau puasa hari sabtu, kena puasa hari Jumaat atau ahad. Tak bole single je camtu. Kena ada partner hari.
Oke back to business. Apa yg dibincangkan malam ni ialah perkara asas atau perkara pokok kenapa kitorang berusroh, berbulatan gumbira, cirle of joy dsb. Dia tanya, dah berapa lama ditarbiyah? Kerana baginya, asal tarbiyah itu ialah utk mengubah ke arah yg lebih baik. Change to betterment. ada jahiliyah lagi tak dalam diri kita? *kesat peluh* seperti yg dikupas sebelum ni, purpose of life kita ialah sebagai abid dan khalifah. pasti, ada tanggungjawab yg tergalas di bahu setiap Muslim. misi paling utama skg ialah utk menegakkan syiar Islam kembali di muka bumi ni! ada tangga2nya. bukan mudah. ye. tapi x mustahil! sejarah telah membuktikan;)
Senang cerita – kita perlu merujuk 7 Maratib Amal. Jadi stage pertama ialah individu Muslim. Kita2 nilah individunya, tapi Muslimkah kita? *fuhh, kesat peluh*
Soalan retoris itu perlu ditanya dalam hati.
Hah! Jadi macam mana nak jadi individu Muslim (fardhu Muslim) ni? Ada tips-tipsnya.. ingat espiem je ke ada tips kecemerlangan :P apa yg patut kita follow ialah 10 muwasafat tarbiyah;
1) Kuat tubuh badan (Qawiyyal Jism)
2) Akhlak yang mantap (Matinul Khuluq)
3) Fikiran yang berpengetahuan (Mutsaqqafal Fikri)
4) Mampu berusaha (Qadiran ala Kasbi)
5) Akidah yang sejahtera (Salimul Aqidah)
6) Ibadah yang betul (Sahihul Ibadah)
7) Mampu melawan nafsu (Mujahadah ala Nafsi)
8) Menjaga waktu (Haarithun ala Waqtihi)
9) Tersusun dalam urusan (Munazzamun fi syu’unihi)
10) Berguna untuk orang lain. (Nafi’un li ghairihi)
Bila dah detect ciri2 individu Muslim ni, akak bagi satu tugasan iaitu extract 10 ciri dari kisah nabi Musa – al-Qasas: 14-28. Mulalah kitorang tadabbur dan interpretasi setiap tindakan Nabi Musa yg memang sah2 seorang individu Muslim yg lengkap dgn ciri2 10 Muwasafat Tarbiyah ni :D lepas habis je aktiviti ni, masing2 mula tersenyum sekilo. Bukan apa, sebab banyak yg kita boleh buat utk accomplish 10 muwsafat tarbiyah ni! Yg penting ialah mujahadah dan istiqomah! Fastabikul khairat!
Next!
Nak implement 10 muwasafat tarbiyah ni macam mana? How to be a well-rounded and balanced Muslim and at the same time as an outstanding student as well?
Praktikalnya ialah melalui mutabaah amal:)
in shaa ALLAH, kita start slow2.. yg penting istiqomah. jgn cuba angkat berkilo-kilo, akhirnya kita penat dan terkandas, sekilo pun tak dapat. heh. konklusinya, nak masuk syorga kena jadi abid dan khalifah. seorang khalifah bertanggungjawab menjadikan Islam sebagai UA. jadi sebelum dia mengubah dunia, dia perlu ubah diri sendiri dgn menjadi seorang Muslim yg OSEM. utk menjadi seorang Muslim yg OSEM dia kena ada ciri2 calon menantu pilihan, eh, bukan2, kena ada ciri2 individu Muslim iaitu 10 muwasafat tarbiyah nilah. nak train diri jadi OSEM kenalah beramal tahap giga!
sama2 jom masuk syorga!
p/s Please watch and subscribe my Youtube Channel. Thank you!
2 Comments
Salam akak nars.
ReplyDeleteI ve been in gerabak tarbiyah ni long enough that i should already khatam all these basic things. Jazakillah khoir untuk peringatan yang jitu and penguat kembali tiang seri perjuangan tarbiyah.
Mari menjadi hamba!
waiyyaki Munirah Hamzah. semoga Allah terus tsabatkan kita hingga ke sorga.
Delete