Salam Alaik! Alhamdulillah..
jarang aku meng-hupdate blog petang2 ni, selalunya Mr Idea akan datang bergelen-gelen dua tiga pagi haha. tapi time tu sepatutnya.. aku berblog dengan Dia. fikir2, ALLAH redha ke dgn apa yg aku buat ni? gulp.
menyelak lembaran akhbar berita-muka-depan-paling-'panas', ada satu cerita yg betul2 menangkap hati. *tebar jala*.
''Bearskin Hat'', seindah namanya topi bernilai RM3200 ini dibuat daripada kulit beruang hitam atau coklat yg berpopulasi di Kanada. bagi aku, ''rambut-bapak-lebat'' ni sinonim dgn cerita Mr Bean; siri dia bercuti di London, spesifik di Istana Buckingham.
bukanlah pasal Mr Bean hias topi pengawal tu yg nak di-highlight -.-'' tapi, kontroversi yg mendapat perhatian media apabila seorang pengawal Sikh di Istana Buckingham menggemparkan dunia dengan menjadi pengawal istana pertama yg tidak memakai topi beruang ni. Sebaliknya Jatinderpal Singh Bhullar memilih untuk mengekalkan pemakaian turban iaitu penutup kepala bagi penganut Agama Sikh. *applause*
Pada 5 Ogos yg lalu, masalah kaum dikatakan punca utama tragedi serangan kuil Sikh di Wisconsin. Walaupun terdapat sedikit pertikaian berkenaan
pemakaian Turban ini, beliau di benarkan untuk
meneruskan pemakaian penutup kepala ini ketika sedang bertugas. Lagipun dalam sejarah divisyen pengawal istana, seorang Kapten pernah dipilih dalam kalangan orang Sikh.
nak cerita sikit lagi, ada akak2 kita stok2 student obersi pernah juga bikin 'kontroversi'. fuh.. panas. pihak universiti tempat diorang belajar ni dikatakan menafikan hak pelajar Muslimnya memakai tudung! mereka juga menjadi mangsa 'jelingan skeptikal' daripada masyarakat setempat yg masih bergelumang dgn doktrin Islamophobia yg wujud selepas 9/11. mencabarnya Islam di negara Barat. Ah bukan saja di negara terbitnya Twilight mahupun The Hobbit itu, kalau mahu kita tebarkan lagi jala pandangan kita ni, jelas terlihat diskriminasi terhadap Muslimah even di negara Arab.
isu doktor Muslimah misalnya, dilarang memakai tudung yg didakwa boleh menjadi sumber jangkitan kuman sewaktu di operation theater. kena pakai sterile sekop plastik tu je! pehh.. tapi apa yg mereka buat ialah memperjuangkan hak seorang Muslim dgn mencapai satu solusi iaitu menggunakan tudung special yg diperbuat dari bahan yg sudah di-sterile. Allahuakbar!
kat Malaysia, kat tanah air sendiri.. kita tiada halangan utk berhijab. bebas! macam2 fesyen. janji kena dengan guideline yg ditetapkan syarak. tapi macam biasa la, ada je yg masih tak nak berhijab. bila non-hijaber berdebat dgn hijaber, macam2 hujah ditembak berdas-das. fuhh..
aku tak nak berbicara tentang hati2 mereka yg berhijab bukan kerana ALLAH. aku juga tak mahu ulas hakak2 artis yg berubah 360' selepas menyahut ketukan hidayah bertalu-talu di hati mereka. aku juga tak mahu sinikal dgn mereka yg berturban, ber-hanatajima, berkhemah mahupan ber-dinabahrin. itu hak mereka.
aku cuma mahu mereka tahu, kebenaran itu dekat dan kau perlu terima hakikat.
· Wahai Nabi, suruhlah
isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang
beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya
(semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka
dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak
diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani. [33:59]
2 Comments
Ber-hanatajima dan ber-dinabahrin.Huhu pesen ni aku selalu nampak bila prgi shopping mall.
ReplyDeleteboleh je nak bertudung style macam2 ni, tapi satu jelah. ikut guidline y dah ditetapkan dlm syara'. Islam tak larang pun nak berfesyen semua ni. kenalah bersederhana. jgn tabaruj :D
ReplyDelete