Hadis Ghulam - Mencari Kebenaran.


Bismillah..

Alhamdulillah.. jari2 ini masih lagi atas kuasaNya diberi kekuatan utk menari-nari menyusun aksara. Dah masuk minggu kedua cuti dan kerja masih berlambak. Duhh. "am a slow walker but i never walk back." *grin* yg penting setiap hari ada progress.

Mengimbas tawarikh aku menghadiri IPK sem 1 yg lepas, hadis ghulam antara hadis yg didiskusi sepanjang daurah 3 hari 2 malam tu. Hadis evergreen ni – tiada spesifik masa, tempat mahupun nama watak – menjadi inspirasi kepada ghulam2 moden (pemuda/remaja generasi Y). Heh. Bukan inspirasi utk kita2 je, malah dah turun-temuran hadis ini dijadikan rujukan dlm membentuk individu Muslim yg mantap. Antara supersaiya yg membarisi kepimpinan dai’e2 sedunia, mereka telah mencorak mentaliti mereka dgn strategi2 yg Rasulullah sampaikan ini dan mengimplementasikannya dalam proses membina individu Muslim. Cer baca sikit. Buka hati, buka minda ;) 




Hadis ghulam.

Dari Suhaib bahawa Rasulullah SAW pernah bercerita:

Di zaman sebelum kamu dahulu ada seorang raja yang mempunyai seorang tukang sihir. Bila tukang sihir merasa dirinya telah tua, dia berkata kepada raja tersebut: “aku telah tua. Carilah seorang budak (yang paling cerdik) yang boleh aku ajarkan kepadanya sihirku. Lalu dicari seorang budak dan tukang sihir tersebut mengajarkan kepadanya ilmu sihirnya.

Di pertengahan jalan menuju ke tempat belajarnya, terdapat seorang rahib. Budak tersebut telah duduk sebentar mendengar ajaran rahib tersebut dan merasa seronok dengannya. Selepas kali tersebut, setiap kali melalui tempat rahib, budak tersebut akan berhenti dan mendengar ajarannya. Ahirnya bila tiba kepada tukang sihir, ia dipukul (kerana terlambat). Lalu ia mengadu kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakana kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.

Waktu berlalu dan pada suatu hari budak tersebut telah bertemu dengan seekor binatang besar yang menghalang laluan orang ramai. Budak tersebut berkata di dalam hatinya, “Pada hari ini, aku akan tahu siapakah yang lebih hebat, tukang sihir atau rahib. Lalu diambilnya seketul batu dan dibaca: Ya Tuhan, jika sekiranya rahib lebih Engkau cintai dari tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini dan berilah laluan kepada orang ramai.”

Lalu dilontar batu tersebut dan binatang tersebut pun mati (orang ramai sangat kagum dengan budak tersebut dan mengatakan dia mempunyai ilmu yang kita semua tidak mengetahuinya).

Perkara tersebut diceritakan kepada rahib. Rahib berkata kepadanya: “Engkau pada hari ini telah menjadi lebih hebat dariku. Engkau telah sampai ke peringkat yang aku dapat lihat sekarang. Tapi ingat, engkau akan diuji nanti. Apabila engkau diuji oleh Allah, maka jangan sekali-kali engkau memberitahu tentang ku.”

Budak tersebut berjaya mengubati penyakit kusta dan sopak. Dan juga dapat mengubat semua penyakit yang dihadapi oleh orang ramai. Suatu ketika seorang yang dekat dengan raja telah terkena satu penyakit hingga buta matanya. Apabila mendengar tentang kehebatan budak tersebut, dia telah membawa hadiah yang banyak. Dia berkata kepada budak tersebut: “ Semua ini untukmu jika engkau dapat menyembuhkan mataku.”

Budak berkata kepadanya: “Aku tidak mampu menyembuhkan sesiapa. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan. Jika engkau beriman dan percaya kepada Allah, aku akan berdoa dan Allah akan menyembuhkan penyakitmu.” Lalu si pembesar buta tersebut percaya dan beriman kepada Allah. Budak tersebut mendoakan untuknya dan matanya pun sembuh seperti sedia kala.

Pembesar tersebut datang seperti biasa kepada raja. Raja terkejut dan bertanya kepadanya: “Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?” Kata pembesar tersebut: “Tuhanku.” Raja sangat marah dan mengatakan: “Ada ke tuhan lain selain dariku?”

Lalu pembesar tersebut ditangkap dan diseksa hingga dia pun membongkarkan ajaran budak tersebut. Budak tersebut dibawa kepada raja lalu raja bertanya: “Aku telah mengetahui kehebatanmu, sekarang kamu dapat menyembuhkan penyakit itu dan ini dan dapat melakukan itu dan ini.”

Lalu budak itu menjawab: “Aku tidak dapat menyembuhkan sesiapa. Hanya yang dapat menyembuhkan ialah Allah.” Lalu iapun ditangkap dan terus diseksa sehinggalah ia pun membongkarkan rahsia rahib (kerana tidak tahan dengan seksaan).
Lalu rahib pun ditangkap. Ia diserahkan supaya meninggalkan agamanya tetapi rahib menolak. Lalu dibawa gergaji dan diletakkan di atas kepalanya dan digergaji. Tubuhnya terbelah dua dan keduanya melerai jatuh ke bumi.

Budak tersebut lalu dibawa lagi kepada raja. Raja berkata: “Balik semula kepada agama asalmu.” Budak menolak lalu raja memanggil sebahagian dari kumpulannya dan dikatakan kepada mereka: “Bawa budak ini ke bukit sekian-sekian dan jika sekiranya ia tetap enggan, campakkan dari atas bukit.”

Tiba di sana, budak berdoa kepada Allah: “Ya Allah, tolonglah aku dengan cara yang Engkau kehendaki.”

Tiba-tiba bukit bergegar dan jatuh kesemua orang-orang raja tersebut. Budak balik berjalan kepada raja. Raja bertanya: “Mana dia kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.” Lalu raja memanggil sebahagian lagi kumpulannya dan berkata: “Bawa budak ini ke tengah laut. Jika ia enggan, campakkan ia ke dalam laut.”
Bila tiba di tengah laut, budak tersebut berdoa dengan doa yang sama. Tiba-tiba perahu tenggelam dan semua kumpulan raja mati lemas. Budak balik semula kepada raja. Raja terkejut dan bertanya: “Mana kawan-kawanku?” Jawab budak: “Allah telah menolongku menghadapi mereka.”

Lalu budak tersebut berkata kepada raja: “Kamu tidak mungkin akan dapat membunuhku sehinggalah kamu menurut apa yang aku minta.” Tanya raja: “Apa dia?” Kata budak: “Engkau kumpulkan semua orang ramai di satu padang, kamu ikatkan aku di pohon kurma. Kemudian engkau ambil satu dari panahku dan letakkan panah tersebut pada busurnya. Kemudian engkau baca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini. Kemudian engkau panahlah aku. Kalau engkau melakukan begitu, kamu akan dapat membunuhku.”

Lalu raja pun mengumpulkan orang ramai di satu padang. Budak itupun diikat pada sebatang pohon kurma. Kemudian diambil satu panah dan diletakkan pada busurnya. Lalu raja membaca: Dengan nama Allah, tuhan budak ini dan terus dipanahnya. Panah tersebut mengenai bawah telinganya. Perlahan-lahan budak meletakkan tangannya pada tempat panah tersebut dan terus meninggal dunia.

(Tiba-tiba orang ramai berkata: “Budak ini mengetahui perkara yang kita tidak ketahui)* “Kami percaya kepada Tuhan budak ini.”

Raja menjadi kelam kabut dan mengatakan: “Telah berlaku apa yang aku tidak mahu ianya berlaku.” Lalu raja menyuruh digali parit-parit di laluan-laluan orang ramai dan dinyalakan api di dalamnya. Sesiapa yang lalu akan diarahkan supaya kembali semula kepada agama asal. Jika tidak, akan dicampakkan ke dalam parit tersebut.

Lalulah seorang wanita dengan seorang anak kecilnya (bayi). Wanita tersebut gementar takut dicampakkan ke dalam api tersebut. Tiba-tiba bayinya bercakap dan berkata kepada ibunya: “Wahai ibu, sabarlah. Engkau berada di atas kebenaran!”

Hadis riwayat Muslim (No.5327 Kitab Zuhud dan Raqa’iq), Tarmizi (No.3263 Kitab Tafseer al-Quran) dan Imam Ahmad. Hadis disebutkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab Riyadhus Solihin di bawah bab Sabar.
*di dalam kurungan ialah beberapa tambahan yang ada dalam riwayat Tarmizi

Di akhir riwayat, Imam Tarmizi menyatakan bahawa:
Budak tersebut kemudiannya dikebumikan. Pada zaman Sayyidina Omar r.a telah ditemui mayatnya dalam keadaan tangannya masih diletakkan di bawah telinganya yang masih luka.

Diskusi


Jika kita melihat dari sisi kaca mata seorang pelajar Muslim, kita dapat andaikan bahawa;

Ghulam : kita.

Ilmu sihir : ilmu duniawi (ilmu perubatan, kejuruteraan, kemahiran, law, perguruan, TESL etc)

Ilmu rahib : ilmu2 agama/ukhrawi – ilmu yg haq, ilmu yg kita belajar dari ustad/ustazah, dari naqib/naqibah (Ilmu Al-Quran, Tauhid, Ibadah dll)

Ahli sihir : guru2 kita, pensyarah.

Rahib : ustad/ustazah, naqib/naqibah, murobbi.

Kita ulas sikit kisah di atas. Ghulam belajar ilmu sihir dari tukang sihir diraja dan dalam masa yg sama belajar ilmu agama dari rahib secara rahsia. Di mana ghulam menggunakan helah bagi mengelakkan kemudaratan (dipukul) oleh ahli sihir dan dimarah oleh ibunya. Dengan helahnya itu, ghulam berjaya menuntut kedua-dua ilmu tersebut. suatu hari, ghulam mahu menguji manakah di antara ilmu sihir dan ilmu rahib yg paling benar. Dan akhirnya dgn kekuasaan ALLAH, ilmu rahib terbukti yg paling benar. Ghulam graduate dan menjadi seorang ahli sihir. Dgn menggunakan title sebagai seorang ahli sihir, dia menggunakan peluang itu utk menarik pesakit2nya masuk Islam (beriman kpd ALLAH). Namun begitu, Raja yg tergugat kedudukannya (menganggap dirinya Tuhan), telah membunuh Rahib dan merancang membunuh ghulam. cubaan demi cubaan, raja tetap gagal membunuh ghulam. ghulam akhirnya memberi jalan kpd raja utk membunuhnya. Ini adalah pengorbanan terbesar ghulam kerana dgn tindakannya ini dia telah mewujudkan kepercayaan dlm diri orang kampung utk mengimani Tuhan ghulam iaitu ALLAH. Bila raja memaksa orang kampung revert, ada yg sanggup terjun ke dlm parit daripada kembali menyembah raja kerana dia yakin mengimani ALLAH itulah kebenaran yg hakiki.

Bila kita letakkan diri kita dalam cerita ini, iaitu ghulam itu sendiri dan mewujudkan dimensi kita sekarang, secara amnya kita akan dapat melihat 1 jalan cerita.

Contoh; Arsyad seorang pelajar perubatan di sebuah kolej persediaan. Dia sangat rajin belajar dan dlm masa yg sama bergerak aktif di jalan dakwah yg penuh dgn tol dan road block setelah berjaya ditarik oleh abang2 senior. Eheh. Namun begitu, tanggungjawab sebagai seorang pelajar dan dai’e amatur kadangkala menyebabkannya tersepit antara 2 pilihan. Tambahan lagi, ada pula rakan2 yg tidak menyokong gerakan dakwahnya. Antara group discussion dan usrah, dia akan memilih utk mengutamakan usrah, prioritize the priority. Oleh itu, dia terpaksa menggunakan helah utk menyediakan alasan yg paling kukuh demi kemaslahatan dirinya dan utk agama Islam itu sendiri. Alhamdulillah, selepas tamat persediaan dia berjaya ke luar negara. Setelah graduate, dia menjadi seorang doktor di sebuah hospital swasta. Dia sangat prihatin dgn pesakitnya. Dia akan menyuruh pesakitnya membaca basmallah dan berselawat ke atas Nabi sebelum mengambil ubat. Tambahan lagi, dia selalu menekankan bahawa yg memberi kesembuhan itu ALLAH, bukan doktor.

Hah. Nampak x? Heh. Comel.



Simple je konsepnya ni. Arsyad gunakan title-nya sebagai seorang doktor (siapa tak dengar cakap doktor?) utk berdakwah dan mengajak orang dekat dgn ALLAH. Macam tu jugaklah kita sekarang ni. Belajar rajin2, jadilah guru ke, pensyarah ke, akauntan ke – jadi orang yg bekerjaya profesional dan sebar dakwah. Sebab orang nak dengar ceramah/dakwah ni dari authority – dia respect. Bila dia dah dengar, terserah dia nak ikut ke tak (itu kerja dia dgn ALLAH). Yg penting kita as khalifah dah jalankan tanggungjawab – amal makruf nahi munkar. Sebenarnya banyak yg boleh kita elaborate dari cerita ni sebab ia bersangkutan juga dgn hadis logam, aulawiyat dan analogi kuning telur. Tapi apa yg ingin dikongsikan ialah tentang teknik2 berhelah itu sendiri.

Cuba kita singkap cerita Rasulullah..

Di dalam sirah Nabi saw., para sahabat dan juga mereka yang terdahulu memberikan petunjuk terbaik dalam melakukan helah atau menyembunyikan maksud asal, demi maslahat dakwah. Pernah di awal kisah peperangan Badar, Rasulullah saw. bertemu dengan seorang tua yang memberikan maklumat kepada Baginda tentang perjalanan kaum Quraisy dan kaum Muslimin. Di saat itu Baginda ditanya, “Dari mana asal kamu berdua?” lantas dijawab Nabi saw. “Kami dari Ma’ (air)”. Setelah Nabi saw. beranjak pergi orang itu lalu berkata, “Tidak ada yang datang dari air. Apakah dari mata air Iraq?”, yakni sebuah tempat yang bernama Ma’ di Iraq tetapi yang sebenarnya Nabi saw. bermaksud “Kami dari air mani” seperti firman Allah swt.:

“Dan Allah telah menciptakan semua jenis haiwan dari air”(An-Nur: 45) 

“Bukankah Kami menciptakan kamu dari air yang hina?”(Mursalat: 20)

Begitu juga dengan jawapan Abu Bakar ra. kepada salah seorang yang bertanya kepadanya perihal orang yang menunggangi di hadapan ketika peristiwa hijrah ke Madinah, yakni Rasulullah saw. Utk melindungi Rasulullah, lantas beliau menjawab, “Orang yang menunjuki jalanku” yang bermaksud penunjuk jalan. sedangkan yang dimaksudkan Abu Bakar ra ialah Rasulullah saw. adalah manusia mulia yang menunjukkan jalan ke syurga. Adakah Abu Bakar ra menipu? Tak kan. Beliau berhelah.

Macam jugak dalam kisah Rasulullah SAW. Rasulullah melihat seorang pemuda Mukmin yang dikejar oleh musuh. Musuh tersebut tidak mengenali Rasulullah dan bertanyakan Rasulullah, adakah Rasulullah melihat pemuda tersebut. Apa Rasulullah lakukan? Rasulullah ubah kedudukan dia dengan melangkah ke tempat lain dan Rasulullah mengatakan, ”Sewaktu aku berada di sini, aku tidak melihatnya”. Rasulullah menipu ke? Tidak, tetapi sebaliknya Rasulullah berhelah atau berdalih.

Begitu juga bila kita imbas kembali cerita ghulam ni;


Rahib berkata kepadanya: “Jika kamu takutkan tukang sihir, katakan kepadanya bahawa ibu bapaku menahanku (di rumah). Jika kamu takutkan ibu bapamu (kerana lewat pulang), katakan kepada mereka berdua tukang sihir telah menahanku.

Pada awalnya, aku pun keliru dgn kenyataan rahib ni. Inikah yg dikatakan berhelah? O.o nampak macam nipu je? Hah.

Bila dah baca betul dan mencari logik di sebalik kenyataan ni, jelaslah bahawa ghulam tak menipu pun kalau dia bagitahu parents dia atau ahli sihir perkara ni.

Sebab, dia tak cakap pun dia tak jumpa rahib. Tapi dia cakap perkara yg memang boleh berlaku, di luar kawalan iaitu dia mungkin lewat sebab parents/ahli sihir tahan. Dia tak mention pon pasal benda yg fixed, iaitu masa dia berjumpa dengan rahib. Ahah.

* kalau nak tera penjelasan, boleh tanya aku personally huhu*

Baiklah, apa yg kita dapat cerna di sini ialah bagaimana utk menyusun ayat utk cover apa yg sebenarnya berlaku dengan menyatakan perkara lain yg memang berlaku. Tak ada isu memalsukan fakta atau berbohong di sini. Sebab berbohong itu menyatakan perkara yg tidak benar. Kita tahu mak kita tak suka kita pergi usrah/daurah, then kita cakap kat dia, kita nak pergi program motivasi. Pergi usrah pun termotivasi juga kan – dapat motivasi utk menjadi Muslim terbaik!

Fuhh. Islam itu syumul. Islam itu addeen.

in shaa ALLAH, kita dapatkan ibrah dari hadis ni. maaf kalau ada khilafku, tegur. sesungguhnya, ini semua dari ALLAH. may ALLAH ease us ;)

rujukan;
Hasnulhadiahmad 
Dakwah.info 
Tarbiyah Dzatiyah 

Honorarium kpd Kak Abin dan Kak Laili :)

Post a Comment

0 Comments