Kenduri-kendara.

salam alaik everyone! Alhamdulillah.. *pandang luar, 'rasa' angin yg mengelus lembut*

aman.

tengok sticky note, wahh panjangnya list cerita yg nak ditulis *ceh ceh* yela, balik kampung macam2 cerita yg nak dikongsi. sekilas mengenai kenduri 3in1 (doa selamat lepas sunat, potong jambul, tahlil arwah), alhamdulillah semuanya berjalan lancar. bapak dia penat. ahaii.. tapi bestlah. sebab nak elak kerja jadi berat penat, hati kena sentiasa ikhlas huhu. walaupun level ikhlas tu kadang2 terjatuh ibarat turun bukit dgn basikal dan berakhir dgn terbongkang di atas katil haha. sweet epoch.

aku banyak handle kat dapur, amek tender basuh pinggan. kat depan, layan nasi beriyani, ayam masak merah, dalca, satey bagai. fuhh.. bujang2 yg lain kena jadi kendarat. nenda dan atuknda biasalah kat depan hulur bungkusan nasi dan goody bags (baca : beg jajan) dan terima 'duit raya' ehemm. menjadi tradisi, setiap tetamu yg hadir akan 'hulur' seikhlas mungkin dua tiga sepuluh duaploh ringgit kpd tuan rumah. bagi aku ia lebih kpd sedekah dan bukanlah simbolik membayar kembali makanan yg disediakan. dengar cerita berkepuk juga nenda dapat *kenyit2 mata kt nenda*

bagi seorang kanak2 perempuan berumur 6 tahun yg mempunyai seorang kakak yg berumur 18 tahun, bertemu sepupu yg baru sekolah darjah 2 sangatlah.....best. Aku rasa aku tak cukup ‘wanita’ untuk dijadikan role model oleh Ayin -.-'' dia sekarang sedang menjadi seorang ‘kanak-kanak perempuan feminin’ dengan meniru segala perlakuan sepupunya tu. berkemban dgn kain batik sebelum ke tandas utk mandi. Losyen dan hair oil selepas mandi. rambut kemas diikat ekor kuda. Merah jambu pula melatari beg pakaian dan juga barang-barang comel berpolkadot putih. Alahaiiii..
 *yg akhir2 tu hiperbola sikit*

yg bestnya, dia follow juga jadual harian sepupu dia tu. bangun pagi2, mandi, lepas tu breakfast. masuk zohor, solat. lepas tu berjimba dgn sepupu2 kecik yg lain. asar, solat. lepas tu jalan2 dgn atuknda kat depan rumah. senja, mandi dan ready utk maghrib. lepas tu ngaji. isya, dah terlentang atas katil.

Ayin yg dulunya sering mengomel selepas pulang dari tadika, dikhabarnya solat itu wajib 5 waktu, diceritanya kisah anak Nabi ada tujuh orang, kadang2 terdengar selawat yg diulang-ulang awalnya sahaja. solatnya hanya dijaga pada waktu maghrib. waktu itulah dia paling rajin bertelekung penuh dan ber-alFatihah sahaja sebelum laju rukuk sujud. pantas dia capai tudung sarung dan bergegas ke depan bila deruman motor ayah mula kedengaran. malam ni ngaji lagi. comel.

aku nak Ayin sampai bila2 comel. comel dgn agamanya, comel dgn tingkahnya. aku nak masuk syorga dgn mereka. mampukah aku jadi qudwah untuknya?

mari, kita berpimpin tangan, jangan lepas.

cecair panas tumpah di pipi. 

Post a Comment

1 Comments