“ It starts with... D minor, F..” tangan kirinya kejap memegang fret. Jari-jari mulusnya membentuk mengikut chord. Tangan kanannya laju strumming mengikut rentak lagu sambil jemari kirinya menari-nari menukar posisi. Arjuna Beta bergema lagi, kali ini suaranya agak serak. Syaf tenggelam dalam dunianya.
................................
“ Syaf... Syafiqah... bangun.. dah pukul 7 ni!” Farah menggoyang-goyangkan bahu Syaf dgn kasar. Dia tahu Syaf takkan bangun kalau dia berlembut.
“ Haa..ye.. hah! Dah pukul 7?!!” Syaf terpisat-pisat bangun dan pantas mencapai tuala yg disangkut di hujung locker. Langkahnya terhenti.
“ Awat gelap lagi ni, kata dah pukul 7... Farah...” Syaf menjeling tajam ke arah Farah yg baru sahaja menyarungkan telekung dan mendakap al-Quran zipnya. Farah tersenyum kerang dan bersedia utk lari.
Kelas habis awal. Suasana di kelas M12L memang dah macam pasar Rabu. Riuh dgn gelak tawa dan omelan kosong pelajarnya yg disogokkan cikgu dgn assignments yg terlalu banyak. Disumbatkan earphone, Teman Pengganti-Black Ft Malique menjadi penemannya menyiapkan soalan Functions Maths SL. Syaf menghayati bait-bait kata dalam rapping Malique.
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias, tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas, hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks.
“ Huh, banyak diksi aku boleh guna dalam Malay A1,” bibirnya mengukir segaris senyum. Tangannya pula laju menyalin kembali frasa-frasa yg baginya sangat indah dan hanya boleh dicerna oleh mereka yg halus jiwanya.
“ Syaf..” Amer menyapa.
“ Eh tak dengar ke budak ni,” getus Amer dlm hati. Dipanggilnya lagi sambil mengetuk-ngetuk laju meja dgn GDC Syaf.
“ Wehh! Kau tau tak benda ni mahal!” terbangun Syaf dari kerusinya.
Kelas menjadi bisu. Masing-masing berpaling ke arah Syaf dan Amer. Sesaat kemudian kelas mula hidup kembali dgn riuh dan gelak ketawa.
“ Wowowo, sorry der. Aku panggil kau tadi. Kau yg tak dengar. Cabutlah earphone tu, aku nak cakap sikit ni,” ujar Amer yg mula pucat lesi setelah mendengar jeritan Syaf tadi.
Bagi mereka yg tak mengenali Syaf, perempuan itu akan dikatakan pelik. Sering kali dilihat berseorangan dgn headphone putih dan menggumam sendirian. Tangannya tak pernah dilihat kosong tanpa sebuah buku catatan berwarna coklat dan sebatang pen. Bagi rakan sekelasnya, Syaf ibarat ‘abang’ mereka. Perawakannya yg kasar tidak menghalang Syaf utk membantu rakan-rakannya dlm subjek Malay A1 dan English HL.
Music doesn’t lie. If there is something to be changed in this world, then it can only happen through music. Kata-kata Jimi Hendrix itu menjadi rukun prinsipnya. Melodi dan puisi. Bagai ombak dan pantai, bagai matahari dan dedaun hijau. dia menghirup realiti dari puisi-puisi jalanan yg telus, antikorupsi, antichauvinisme dan antiextremisme. Satiranya jelas. tak berat sebelah, hanya papar yg benar sahaja. Dia cari kebenaran dengan kecintaannya terhadap sastera. Mana-mana dia telan, karya Melayu, Enggeris mahupun Urdu, dia hanya mahu menghirup keikhlasannya sahaja.
klik klik!
" Eh, Amer whatsapp apa ni.." jari runcingnya laju menyentuh skrin sesentuh Galaxy Tab hadiah dari abahnya itu.
bersambung...
0 Comments