Selimut Malam.


Wahai orang yang berselimut! 


"Huh?!" terpisat-pisat Azlan bangun. pandangan kaburnya ditala ke kipas siling yg berputar laju. selaju degupan jantungnya. dingin. Dada Azlan berombak tenang selepas  melihat Haiqal ada di katil sebelah berkelubung dgn kain pelikat. dia baring semula. selimut yg menggelongsor jatuh di tepi kaki dikuis malas. terbangun pada waktu-waktu begini - dalam biliknya yg masih gelap bukanlah sesuatu yg menyeronokkan. macam-macam cerita pernah dimomokkan kepada pelajar baru di kolper itu. impiannya untuk terbang jauh ke negara burung kiwi akan tercapai dlm tempoh setahun setengah lagi. ditangkis segala bayangan seram yg menerjah kepalanya dgn melayang jauh bahawa dia akan menjadi seorang doktor suatu hari nanti. dia mahu mimpi yg indah-indah saja.


bangunlah (utk solat) pada malam hari, kecuali sebahagian yg kecil,
 (yaitu) separuhnya atau kurang sedikit dari itu,
atau lebih dari (seperdua) itu, dan bacalah al-Quran itu dgn perlahan-lahan.
sesungguhnya kami akan menurunkan perkataan yg berat kepadamu.


lamunannya mati. "Urgh, pukul berapa ni.." suaranya yg serak-serak basah memecah hening bilik C116. tangannya mula merayap mencari Samsung Galaxy Young yg terperosok jauh di bawah bantal. Haiqal mengerekot. pasti rakan sebiliknya itu terganggu dgn gema suaranya.


sungguh, bangun malam itu lebih kuat (mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan.
sesungguhnya pada siang hari engkau sangat sibuk dgn urusan-urusan yg panjang.


Ibunya jarinya meluncur laju di atas skrin peka sesentuh itu. "Laa.. baru pukul 3.30," nafasnya menghembus keluh. Lelahnya menyelesaikan 30 soalan Trigonometry masih belum hilang. terbayang-bayang pula rajah Kreb's Cycle yg dilukisnya bersama Adam di concourse. kakinya pula terasa kebas dibentes Fitri sewaktu bermain futsal di gelanggang petang tadi.

.............................
   
"Lan, aku ada video panas ni," jari Aiman pantas menekan aksara di papan kekunci ASUS Eee PC 1015PW berwarna merah jambu metallic itu. Azlan angkat kening persis rage guy dalam 9GAG.

"Apa kena ngan senior aku sorang ni. dalam surau pun nak layan blue ke.." getus hati Azlan tidak senang dgn kelakuan senior yg baru dikenalnya dua bulan itu.  Abang Aiman tampak baik dgn kopiah kelabu dan al-Quran zip biru yg menjadi teman karibnya walau di mana dia berada. Azlan tak sangka yg......

"Dah dah, jangan dok nak kutuk aku plak. meh tengok ni," hala Aiman video yg mula memutarkan Thank You ALLAH - Maher Zain. satu persatu nama yg tidak asing lagi bagi Azlan yg pernah mengaji kitab Sirah sewaktu berada di Darjah Khas 5 tahun yg lalu. Umar al-khattab, Ubaidillah, Bilal, Sumayyah, Salman al-Farisi dan ramai lagi nama2 sahabat Rasulullah terpapar bersama sejarah ringkas pengorbanan mereka dlm menegakkan syiar Islam. itu yg asing baginya. ingat-ingat lupa.

"Lan tahu tak macam mana sahabat2 Nabi ni sanggup berkorban harta dan nyawa demi Islam. dari mana diorang dapat keyakinan tu.. apa sumber kekuatan mereka?" soal Aiman.

" Kena seksa pun lek lagi. memang la time tu Rasulullah masih ada. tapi cukup ke hadirnya seorang insan utusan ALLAH sebagai landas keyakinan diorang ni..? hah.." tanya Aiman panjang lebar selepas skrin bertukar gelap tanda tamatnya video tadi.

"Err, sebab ALLAH janji syorga untuk diorang?" itu bukan jawapan, itu masih satu soalan kerana masih ada keraguan. Azlan sedar silapnya. 

"Eh betul la tu.. cer tengok ayat 73:6." Azlan mengambil al-Quran zipnya yg berwarna merah di atas rak. bau kedai. ada tiga empat pelekat berwarna-warni menghiasi helaian tafsir. Azlan pantas menyelak muka surat 574. jari telunjuknya berlari mencari ayat 6. angguk perlahan dan memandang seniornya kembali.

"Sungguh, bangun malam itu lebih kuat mengisi jiwa, dan bacaan di waktu itu lebih berkesan. bangun qiam?" tanya Azlan bergaharu cendana. 

"Yup. sahabat2 Nabi dulu bina keyakinan dgn solat malam - bertahajud di tikar sejadah. bertaubat atas dosa2 dahulu, dan memohon kekuatan dari ALLAH. merekalah assabiqun awwalun." matanya berkaca.

" Golongan terdahulu yg yakin dgn janji ALLAH, janji yg haq. mereka dapat rasa satu feeling ni.. yg betul2 ALLAH bagi kat mereka yg memperhambakan diri sepenuhnya kpd ALLAH di waktu tengah2 malam."

" Kalau terbangun 2 3 pagi tu, bangunlah. sebab ALLAH dah pilih Lan utk bangun time tu. tu tandanya ALLAH sayang Lan..." jelas Aiman sambil mengenyit matanya. senyum sumbing Azlan sambil mengangguk-angguk faham. 

"Jom, roti canai," ajak Azlan. "Jommm..." laju Aiman mengorak langkah panjang keluar dari surau. Azlan yg baru memperbetul renyuk kemejanya menggeleng-geleng kepala melihat telatah seniornya yg pantang diajak makan. lagilah kalau ada orang belanja. senyum. hatinya berbunga. 

.............................

Azlan terduduk kembali. jam G-shock yg tersangkut di penjuru katil menunjukkan angka 4.10AM. sambil meraup wajahnya dia mengatur langkah ke arah pintu. tombol pintu dipulas. dia berpaling.

" Qal, bangun bangun.. jom qiam.. Qal.." Azlan menepuk-nepuk perut Haiqal sambil memicit hidung kawannya itu bila tiada tindak balas dikesan. Haiqal menggelupar sambil tangannya menampar-nampar entiti yg cuba melemaskannya itu. Azlan mengelak tamparan rawak Haiqal.

" yela la Lan.. aku bangun," jerit kecil sambil bangun membuka pintu locker. 
" Duhh member aku sorang ni.. jom jom.. aku tunjuk pintu sebenar nak pergi toilet.. kau ni locker pun boleh," sambil ketawa dia mengusung Haiqal ke tandas.

Sujudnya lama. cukup lama utk bercerita panjang. muka terasa panas dgn hembusan nafas. sehangat air mata yg mengalir deras membasah tikar sejadah. dia malu sebenarnya utk bercerita, mengadu meminta tolong. ibarat pekerja yg selalu mencuri tulang tapi meminta dibayar gaji penuh dan diberi bonus. dia tahu dirinya kotor, terlalu kotor dgn lumpur dosa. rasa dirinya tidak layak lagi dipandang Tuhan. tapi itu dulu. lama dulu sebelum dia kenal apa itu tarbiyah. sebelum dia betul-betul mahu kenal Tuhannya. 


dan sebutlah nama Tuhanmu, dan beribadahlah kepada-Nya dgn sepenuh hati.

(Dialah) Tuhan timur dan barat, tidak ada tuhan selain Dia, maka jadikanlah Dia sebagai pelindung
 [73:1-9]
  
 Samsung Galaxy Y Azlan menjerit nyaring menandakan pukul 5.30 pagi. Azlan menekan punat dismiss. tak perlu tunggu utk bangun. hatinya bergetar mengucap syukur. cuma dia risau dgn istiqomah dan mujahadahnya. 

"Lan, thanks kejut aku. esok aku kejut kau plak.. tapi kalau kau bangun dulu, kau kejut aku la. tapi jangan macam tadilah.. naya anak orang. kang aku tak bangun-bangun terus!" ujar Haiqal yg terus smack down Azlan yg sedang ketawa terbahak-bahak. 



"kang aku tak bangun-bangun terus......"


- Tamat -

*kolper - kolej persediaan. 




Alhamdulillah. cerpen pertama, ini serious. senyum nampak gusi.

Post a Comment

2 Comments