Mega Fair, Mega Ibrah.

bismillah..

salam alaik korang! amacam sihat? apa khabar iman? eheh. Alhamdulillah.. cuti Maulidurrasul plus minus cuti Thaipusam, dekat 5 hari juga free. Cuti kali ni, hanya suara bonda penenang hati yg berdansa mahu pulang. Ahai. Kerja bertimbun, EE dok start lagi, banyak benda kena settle. Yg penting, tak boleh nak tinggalkan markas sebab banyak benda yg nak kena bawa balik plak nanti.

Prolog Januari, masam manis pahit pedas semua bercampur-baur dalam satu resepi pengalaman yg rasanya sukar utk diperoleh di tempat lain. Kalau tak ada MPP, kalau tak ada Mega Fair, aku tak belajar utk jadi orang yg terpelajar. Dah diajar cukup2 dgn tarbiyah ALLAH, dah boleh banyak tick kat checklist kehidupan. Masih panjang lagi senarainya, masih jauh langkauan ke pintu syorga. Baru 19 tahun kot! Berjela lagi benda kena buat. Bergunung lagi amanah yg perlu dimanifestasi. *kesat peluh*

Bila dah tenggelam dlm kesibukan dunia, lelah dgn kerja yg tak pernah putus, acap kali kita lupa tujuan kita bekerja keras. Lupa kita ada Tuan Penasihat sampai sibuk2 nak ber-pillow talk, nak curhat kat rumet, nak lari laju2 lepas tu main buai tinggi2. Eh. Elo elo, kita tak percaya kt Tuan Penasihat ke sampai kena cari orang lain? Huhu. *banjir*

Okelah. Nak cerita sikit pasai Mega Fair tempoh hari. Alhamdulillah, persiapan selama 2 minggu, diulang suara 2 minggu sahaja oke, membuahkan hasil yg agak.... boleh dikatakan GOOD la juga. Lebih baik dari MEDIOCRE. Eheh. Walaupun caca marba cacat cela di sana sini, kitorang tak akan mampu buat tanpa pertolongan dari ALLAH. Kekuatan yg ALLAH bagi utk mata ni terus terbuka, kaki yg lemah ni terus melangkah, minda yg penat utk terus ligat mencari solusi, siapa lagi kalau bukan dari Dia? banyak perkara yg tampak mustahil pada mulanya, dipermudahkan. Yg penting ialah keyakinan. Yakin utk terus sujud memohon Dia tolong lunaskan segala rencana.

sambutan, Alhamdulillah. macam biasalah, tak ramai yg nak buat baik pada waktu yg baik. heh. ada peluang dan ruang utk mencari ilmu, pergilah. oke tak nak komen lebih. 

Even dah ada sesema demam akut semua, aku kuatkan hati utk datang kelas. 2 3 MPP dah syahid dah pagi tu. Diorang pergi klinik sbb demam (MC la yg penting haha). Masing2 nampak penat dalam kelas, yela jaga gerai. Fundraising utk ke Acheh nanti in shaa ALLAH. Jual air tebu fresh fuyohh. Lepas tu ada la common makanan goreng2. Jiran sebelah jual yongtawfuh. Aku ingat dia serve ngn sup, rupanya yg ni spesies sambal kacang je. Senior kat sebelah plak jual roti sira. Bendalah apa tu? haha *batuk* Balik bilik je, dua tiga paket ubat datang. Paracetamol, antibiotik, cetirizine bagai. Terharu gila :’)


Apa yg nak dirumuskan dari Mega Fair, ini tarbiyah ALLAH dari segi kekuatan kita berhadapan dgn manusia dan bagaimana kita handle priority kita denganNya. Yela, busy mana pun mutabaah amal kenalah steady. Err. Tersentap juga sebab akak naqibah pernah cakap ada sorang hamba ALLAH ni akan cuba sedaya upaya khatam al-Quran sebulan sekali even dia busy gila dgn kerja, family bagai. Dia cakap, guna teknologi yg ada, ambil setiap ample time utk buka al-Quran digital dan baca. Aku? *geleng kepala* tenggelam.

Hubungan dgn manusia; respect, ikhtilat, sabar, husnuzon, percaya, bantu, korban. Moga ALLAH redha dgn setiap perkara yg kita buat, sahabat.

Selepas Mega Fair, semalam qasidah. Alhamdulillah, semua akhwat bagi response best! Kitorang buat qasidah Burdah dan Ya Badrotim. Bertepatan sekali dgn sambutan Maulidurrasul esok. Allahu.. :’)

In shaa ALLAH, event ni akan kerap diadakan. Dakwah kena kreatif, hadaf kena jaga. Ahai.

Masa Mega Fair UNIC ngn Hafiz Hamidun dtg buat show. First time kot jumpa artis haha. Teruja. Bagi aku lagu2 UNIC ni evergreen. Since kecik dah jadi halwa telinga. Lepas tu stop kejap *krik krik*. masuk KMB, dah banyak koleksi lagu2 nasyid. Start dari local sampailah international. Banyak amek lagu dari Zati hehe. Syukran ukhti! Ada certain lagu tu, ada yg aku nak cari since aku baca novel Hlovate. Heh. Epik. Terfikir kenapa makcik Dayah tak terus singgah lepas aku banyak khatamkan novel2 tarbawi Hlovate. Lama juga. Terbukti kan, ALLAH yg pegang hati kita, ALLAH yg hantar makcik Dayah tu bila2 Dia nak. *senyum senget sebelah* pokok pangkalnya, sama ada kita nak jemput masuk makcik Dayah, buat dia rasa macam tinggal kat homestay ke macam kat banglo ke. Hahai.





CAS (social service) kali ni kat PDK Semenyih wuhu! Alhamdulillah, it was an eye-opener. rasa bersyukur sangat Anas ngn Ayin normal. adik2 ni special. ada yg cerebral palsy, down syndrome, masalah pembelajaran.. ALLAH hadirkan diorang utk bina hati kita, utk kuatkan hati ibu2 mereka. next week kitorang datang lagi! yah, kena plan aktiviti betul2 ni. tak nak la jadi macam sem lepas masa kt SK(A) Bt Tadom huhu.



Sekarang ni musim EE proposal. Menda Ey-ey tu kak? Extended essay la dik, kena tulis 4000 patah perkataan. Alaa cam mini thesis. Buatlah kajian apa2 yg significant. Masalahnya, arghhh tak start lagi! Sahabat2 lain dah banjir sebab kena reject, aku ni feelingless je haha. Shaufi dah 3 kali kena reject utk Malay. Peh. Dah2, 5 hari ni sediakan 2 3 proposal. Puhlezz la.

Alhamdulillah, elaun dah masuk. Cuma tak tunaikan lagi je cek tu. Dan lebih tepat lagi, memang tak ada duit lagi sebenarnya *krik krik*

jom selawat ramai2, kita raikan junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad~

buat perarakan lalu jogging track jom? *krik krik*

Post a Comment

0 Comments