Air 'Gedegang'


    Belakang bajunya lecun. Mukanya yang putih kemerahan-merahan disimbah peluh yang menitik dari pelipis. Dia bercekak malas sambil mundar-mandir menahan tujahan jantung yg mengepam laju darah beroksigen. Aku mengerling sekilas. Pandangan tertancap semula ke lembaran mathurat yg sudah hampir sampai ke doa rabitah. Doa cinta, pengikat hati-hati.

“ Akak nak tanya pendapat awak ni. Tak apa, baca habiskan dulu..”

    Aku menghadirkan sebuah pandangan lembut, tanda menurut. Bibirku segera mengalun doa cinta. Perlahan-lahan, biar ampuh.

“ Ye kak?” kulontarkan kembali soalan sambil meraup mulus mukaku.

“ Akak sebenarnya dah lama teringin nak minum air 100plus tu, tapi awak tahu kan akak kan boikot F&N. Sebab.. kan dulu F&N ada kontrak dengan Coca-cola. Tapi.. kontrak tu patut habis lama dah, 2010.”

“ Urm, betullah. Saya pun ada dengar, dah tak payah boikot F&N sebab diorang dah tak contribute kat Israel,”

“ Tapi tu dari internet. Sumber yg diragui,”

    Dahiku mula berkerut tanda kontradiksi pendapat di minda. Bagi aku, senang cerita minum je lah. Masukkan RM1.60, ‘gedegang’ air 100plus tu, minum. Simple. Nak fikir jauh-jauh buat apa. Kita dah usaha cari maklumat pasal F&N. Soal benar tak benar, pasti tak pasti, di luar kawalan kita. Ala, apa sangat RM1.60 tu, dah lama pun kita boikot.

“ Akak nak sangat minum, beli jelah. Dah dekat dah vending machine tu,”

“ Kalau akak tak beli, akak selamat. Kalau akak beli, ada dua kemungkinan sebab kita tak pasti dengan berita tu pun. Akak tak nak masa akhirat nanti, ALLAH persoalkan kat akak balik. Kenapa kau sumbang duit utk bunuh saudara sendiri ni? Even RM1.60, even sebutir peluru...”

Gulp.

Post a Comment

0 Comments