Wahai diari,
Usai mengemas bilik untuk clearance; itu pun sebab puan warden sudah tercegat di depan pintu sambil membebel panjang kerana bilik masih bersepah, aku tarik beg roller yg lama sudah menghuni bawah katil. Hambatan first draft EE dan IA proposal menyebabkan aku tak mahu berpisah dgn laptop tersayang lalu menyebabkan bilik dalam mode perang. Alhamdulillah, siap dua kertas kerja yg sepatutnya dah tiba lama di atas meja puan advisor. Aku masukkan apa yang patut ke dalam beg roller, mostly buku2 yg PERLU dibaca pada waktu cuti. aku asingkan barang2 keperluan secukupnya dalam satu lagi beg hitam bersaiz sederhana. beg daurah. Sambil menvisualkan checklist di dalam minda, aku tercari-cari satu lagi barang yg paling ampuh dan penting. Ya, itu dia. alQuran zip warna krim muda. Terletak diam di tepi katil. Agak lama tak bersentuh. Jauh kiranya aku dari dia.
Selesai solat Asar, aku melangkah syahdu meninggalkan bilik dan rumet yg ditakdirkan tak dapat turut serta dalam daurah kali ni. Hampir. Tak apa, cuba lagi. Aku langkah laju2 melawan inertia beg2 yg agak berat. Risau andai aku tertinggal dalam rombongan kali ni. Ohh, itu dia. alhamdulillah, ramai akhwat join kali ni. Senyum segaris. Pada awalnya, ada konflik yg berlaku. Konflik transport. Teruji kesabaran saat itu. Mungkin ini pasca kestressan yg tak henti2 sejak mula exam sem 2, hari guru dan kertas kerja. Syukur, sahabat2 bertindak tenang sewaktu berhadapan dgn keserabutan aku.
Recheck niat.
Kak Mira faham—sebelum mula kembara hamba2 marhaen ini, dia kongsi satu kisah. Kisah hamba2 juga. Perjalanan ke Mekah utk menunaikan panggilan Haji; atas nama iman yg menuntut pengorbanan dan kekuatan. Terik mentari membakar pepasir di gurun, menuntut kaki2 yg melangkah utk terus terjaga dan berjalan walau ia memakan berbulan-bulan utk sampai ke tanah Haram. Ada yg menanti-nanti malam agar dapat berehat dan tidur. Itu misi sehari-harinya. Lain bagi seorang hamba yg malamnya itu dirindui agar dapat berdamping dgn ALLAH.
When the soul works for ALLAH, the body doesn’t get tired.
Ya, kembara ini untuk cari Dia balik. Atas nama cinta, dengan cinta, aku teruskan. Bermula satu perjuangan utk sampai ke Serdang. Masa menunggu bas CityLiner diisi dengan alunan mathurat di perhentian bas.
Terminal kebangkitan.
Nun jauh, kelihatan bas menuju ke arah kami. Hela nafas lega. Gembira ni.. tiba2.. jawdropped. Makaihh mengalahkan tin tuna kat koop!
Akad dah bertukar lafaz, sudah terlambat utk naik transport lain memandangkan Kak Abin dah buat full payment dgn acik bas.
ALLAH dah set dah ruang dlm bas tu cukup2 utk kita.
Kak Mira, selamat buka puasa dlm lautan manusia dalam bas tu. masa tu, dah tak fikir bau ke lenguh ke. Janji sampai. Aku tahu masing2 tengah tenang. Tenang sebab susah payah ini kerana ALLAH. Just aku keep berdoa tak ada siapa2 berani nak buat benda tak senonoh kat akhwat! Erk. Dalam lautan manusia ni, manalah kita tahu ada ikan josh ke, ikan pari ke. *ketawa awkward.
Sampai di Putrajaya Central. Solat dan snacking. Laju ke terminal berikutnya utk ke TBS. Sampai di sana, masing2 menyerbu food court. Kenalah ajarlah diorang guna prepaid card sebelum berjimba kat dalam tu. bajet budak joho dah biasa kt TBS juga masa tu haha. Usai solat Isya’, destinasi seterusnya ialah KTM Serdang.
Penantian itu memang memilukan. Lagi pedih saat kita tak buat apa2, melanguk tunggu ketapi. Ada je akhwat buat bulatan jalanan, eheh. Sambil menunggu tu, ada yg bagi taujihat, ada yg share makanan dan ada juga yg doze off keletihan.
Lega bila honeystar yg disumbangkan seorang akhwat Penang menjadi pengubat keletihan sahabat2. Bak anesthetic, semua orang kalis lenguh kaki, beg pun dah tak rasa macam nak cabut bahu. Ceria je kat dalam ketapi. Berkat orang infaq.
Akhirnya, sampai di Serdang, yeay! Mata mula melilau mencari wa-mi. Dah la first time sampai sini.
Banyak anjing kat sini. Angkat kain sikit. Organic matter bersepah. Ready nak lari.
WAMY. Eh, apa HOPE Serdang ni? Persoalan itu aku biarkan bersarang sambil melangkah laju menaiki tangga ke atas. Langkah semakin berlahan disebabkan lactic acid yg mencengkam harmstring dan quadriceps. Tercungap-cungap membayar hutang oksigen. Sikit lagi..
Wahh! Sampai. Akhwat lain ceria menyambut ketibaan kami. Termasuklah puan murobbi yg dah risau lambat sangat sampai. Tehee.. maaflah. Lama sangat makan kt TBS tadi.
Selesai al-Mulk. Bump!
0 Comments