Long-distance meh. Apa mau buat?





Kalau aku mengharapkan ukhwah fillah peluk cium itu hanya sekadar---
Terima mesej sweet dari murobbi dan usrahmate,
di-tag pada gambar quote semesra alam ataupun post-post cintan cintun Islamik,
bergurau mesra dan bergelak ketawa walaupun hanya di ruangan chatting,
terima emoticon lucu di wechat dan mesej bergrafik di whatsapp,

tapi diri masih dalam dilema-----
‘’ Wuarghh, susah la cuti sem je mesti futur. Duktur futur!”
“ Kalau kat kolej, mesti dah lama aku buat. Kat rumah ni lain la. Mencik!”
“ Jiwa kosonglah tak ada usrah.. nak balik kolej la macam ni....”
mungkin dah lama aku kunci pintu dan tekup muka kat bantal!

Yah, mungkin ada yang membaling justifikasi ini ada baiknya juga,
Tapi cukuplah dalam kadar sederhana.
Kerana rencah utama bukan hanya fiziknya saja
Tapi dalaman juga!

Bila dah tiada lagi mesej yang menyinggah,
Tak ada notification bergambarkan murobbi kita,
Itulah yang jadi kunci pintu tekup bantal!

Hadirnya tak selalu
Yang kita perlu bukan hanya peluk ciumnya,
Tapi taujihat membasah jiwa,
Konsentrasi penuh kita,
Permainan cabar minda cabar iman cabuk kita--- utk bertanya ‘’KENAPA PERLU, KENAPA INI DAN ITU”
Ikhlas hatinya,
Dan doanya.

Biar kita ingat Dia selalu
Walau sang peringat lama tak menyinggah
Biar kita praktikkan selalu
Walau sang murobbi tak menegur.

Jalannya bukan satu. Kalau tak dah lama buntu.


" Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada ALLAH dan carilah wasilah (jalan) untuk mendekatkan diri kepada-Nya, dan berjihadlah (berjuanglah) di jalan-Nya, agar kamu beruntung." 5:35

" Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. dan sungguh, ALLAH beserta orang-orang yang berbuat baik." 29:69

Post a Comment

2 Comments

  1. Keikhlasan lah yang menjadi pengukur di kala teman dan persekitaran tidak bersama kita.

    Maka mereka yang ikhlas, pasti tetap terus bergerak walau tanpa teman di mata dan biah yang biasa, bukan? :)

    Wallahu a'lam.

    ReplyDelete
  2. C Ann -- so true. atas dasar apa kita bergerak. tu yg penting sebenarnya. doakan kami d sini!

    ReplyDelete