Bidadari

salam alaik. #12th

anecdote tercoret di layar mukabuku. aku dedikasikan cerita ini utk pejuang2 kemanusiaan yg sedang gigih mengumpul dana utk saudara di Acheh. mungkin usaha aku tak sederas kalian, maaf. akan aku cari ruang utk mencurah keringat, mungkin bila tiba di sana kelak? tajdid niat. agar usaha tawakal selari dgn bantuan-Nya. biiznillah :)

............................

Petang di Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Datu Beru Takengon, Acheh Tengah.

" Nah, kurmanya. iftar bareng oke?" Suraya menghulur sebungkus plastik yang terikat kemas dengan gelang getah.

"Syukran," tangan Diya menggigil saat plastik kurma itu bertukar tangan. Matanya panas.

...

Diya imbas kejadian tanggal 2 Julai 2013 lalu. Gempa berkekuatan 6.2 Skala Richter telah menggoncang Kabupaten Bener Meriah dan Aceh Tengah.

Seminggu yg lalu dia ambil keputusan utk tinggal bersama Suraya Adiayanti sementara menunggu flight ke Malaysia. berada di jurusan yg sama di Universitas Gadjah Mada membuatkan mereka sudah seperti saudara kandung. pada hari kejadian, dia sedang berbual-bual dengan Suraya berkenaan Ramadan yg akan tiba tak lama lagi.

Diya ingat lagi keengganannya utk berpuasa. dia memberontak. dirasanya Tuhan tak adil. Rumah Suraya dan ratusan yg lain musnah sama sekali. masih tiada khabar tentang orang tua Suraya. itu yg hilang, yg terkorban?

...

gempa itu tak mampu menggoncang iman Suraya. dia tahu ini tanda adilnya ALLAH. dia tahu saudara yg lain akan lebih mensyukuri. dia tahu ujian ini membeli syurga.

" Diya.. dah waktunya," Suraya bersuara serak. dipanggilnya berkali. dilihatnya Diya diam sambil tangannya kejap memegang bungkusan kurma.
 Suraya menghembus lega saat pandangannya menangkap gerakan perlahan bebola mata Diya.


bersambung...

Post a Comment

0 Comments