“J je ada, S dah lama hilang,”



Bismillah.. salam alaik!

Alhamdulillah.. selamat juga sampai ke kampung halaman yg tercinta! Masing2 dok tanya awat hang tak balik. Ye, aku balik. Hari ahad.

Semalam IELTS, habiskan 3 components. Syukur, dipermudahkan. 3 jam kot straight exam. Makaiahh.. hardcore betul. Bahasa je kot. Eheh. Aku rasa dia bukan nak uji eloquence ke hape, ni physical and mental endurance ni. haha.

“ Yg mendorong orang bersifat malas adalah, senang beristirahat.”- Ibnul Jauzi

Seminggu sebelum cuti (dan minggu2 sebelumnya secara tak spesifik) merupakan minggu yg paling pack bg kitorang. Semua dateline dah jadi deadline. Ayark! Dan keberhasilan menyiapkan tugasan adalah satu nikmat terbesar bg seorang student IB. Syukur. *fliptudung* Cabaran juga kt rumah ni. konon2nya nak qada’ tidur dan masa yg dikorbankan sebelum ni.

Jadi entry kali ni nak menekan tentang--

Sayonara Jahiliyyah, SJ.

Mungkin agak cliche utk mendiskusikan lagi berkenaan perkara2 maksiat dan dosa. Setiap hari baca kot reminder kt kat newsfeed fesbuk ngn timeline twitter. Apa lagi nak diceramahkan ni? haaa..

“ Barangsiapa yg menisbatkan dirinya sebagai pemimpin bagi manusia, hendaklah ia memulai dgn meluruskan dan mendidik jiwanya terlebih dahulu sebelum meluruskan dan mendidik orang lain.” – Imam Ali Radhiallahu anhu

Sebelum bermula, nak tekankan sedikit tentang MUSLIM tu sendiri. Dalam konteks bahasa Arab, MU- ialah prefix utk “doer”. Pelaku. Contoh, adhan. Orang yg melaungkan azan ialah, Mu-[adhin]. So, kita ialah Mu-[Islam], the submitter, Muslim. Muslim bukanlah corporate image mahupun label, tapi ia ialah kata kerja.

Apa kerja seorang Muslim ni? Beriman kpd ALLAH dan RasulNya dgn melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Syahadah kita bound for meninggalkan perkara2 kufur dan jahiliyyah tu sendiri.

Jahiliyah zahirnya terlihat pada kebodohan dan ketidaktahuan. Melakukan sesuatu yg jauh dari syariat. Jadi sesetengah daripada kita menganggap bahawa jika sudah menutup aurat dgn sempurna dan tidak couple – angelic habis dah. padahal dalam hati bersawang dgn jahiliyah dan maksiat! Allahu.. *headshot*

*pause* serious rasa tak layak nak tulis entry ni T-T
anda, sama2? oke. tolong. tolong ingatkan aku andai aku tenggelam dalam lumpur jahiliyyah. janji?

kita masih berjahiliyah kalau tak settle 5 perkara ni haaa... seram tak? jom settlekan sama2--

1. Akidah yg sejahtera 
meyakini bahawa kitalah hamba bertuanbesarkan ALLAH. kita yakin usaha dan tawakal perlu seiring. segala keputusan yg diterima; kita redha dan Dia redha. tak ada lolongan dan kesedihan yg melampau bila keputusan exam tak seperti yg diharapkan ataupun kematian bonda/ahli keluarga yg tercinta. sebab semua milik Dia, pinjaman cuma utk kita.

 2. Ibadat yg sahih
Ibadat kita kena betul dan ikhlas. bukan bid'ah atau ikut-ikutan disebabkan ramai org post kt fb eheh. ibadah tak boleh kurang atau ditambah suka2 hati je. improve solat kita (try solat ikut cara Nabi), hadirkan khusyuk dan inshaaALLAH akan terbit ikhlas tanpa dipersoalkan. luangkan masa utk hadir kelas2 feqah yg dikendalikan ustaz2 yg bertauliah. clarify tentang masalah2 dalam ibadah.

Menurut Fudhail bin ‘Iyaadh r.a, “Maksud ‘amalan yang lebih baik’ ialah yang paling ikhlas dan paling benar. Mereka bertanya: Wahai Ali (nama gelaran untuk Fudhail bin ‘Iyaadh)! Apakah yang dimaksudkan dengan paling benar dan yang paling ikhlas? Jawab Fudhail: Sesungguhnya amal itu apabila dikerjakan dengan ikhlas tetapi tidak benar, nescaya tidak akan diterima dan apabila amal itu dikerjakan dengan benar tetapi tidak ikhlas, juga tidak akan diterima sehingga amal itu dikerjakan dengan ikhlas dan benar. Yang dimaksudkan dengan ikhlas ialah amal itu kerana Allah dan yang dimaksudkan dengan benar ialah amal itu di atas dasar sunnah.” 

 3. Akhlak yg murni
purely akhlak Rasulullah dan tak bercampur dgn adat yg terpesong. jaga ikhtilat, jaga pandangan. macam mana ye kita di kampung? dari soal pergaulan dgn sepupu, nak sambut salam pakcik ke tak. tak naklah disebabkan budaya kita salam dgn semua ahli keluarga menyebabkan kita langgar hukum hakam ALLAH yg jelas tertulis dlm al-Quran. datang awal ke kelas, masa debat raikan pendapat org lain dan berhujah dgn penuh hikmah. jangan bercerminmatakan judgmental dan berdakwah dgn kasih dan syg.




4. Manhaj hidup yg lurus 
manhaj ataupun sistem merupakan engin yg menggerakkan kehidupan kita. bermula dgn sistem pentadbiran, perkahwinan, jual beli, simpanan wang dsb. adakah mengikut tunas2 Islam? kalau masih melanggan khidmat bank konvensional, bertukarlah kpd Islamic banking spt Bank Islam, insurans kepada takaful. sistem demokrasi? ada ke pada zaman Nabi dan khilafah? so, ini pun jahiliyah la kan! *usap janggut* kalau nak ber-BM dan masih mencongak utk menempah pelamin bertema tradisional kontemporari, itu tak layak lg tu! eheh.

5. Wala’ yg benar; ketaatan yg hakiki kpd ALLAH, Rasulullah dan mukminin.
kita perlu mentajarrudkan (mengasingkan) apa2 saja intermediaries kita dgn ALLAH. kita wajib solely bergantung harap kpd ALLAH. contohnya kalau murobbi kita tgh drive, kita yakin kita akan selamat sampai ke destinasi atas skill memandu murobbi kita ke atas kuasa ALLAH tu sendiri? letakkan wala' kita pada manhaj yg ALLAH dah outline walaupun seluruh dunia menentang sebab kita yakin 100% itulah yg akan lead kita ke syurga. dan yg pasti ghayah (matlamat tertinggi) kita ialah ALLAH. kita follow sunnah Rasulullah dgn ilmu dan amal. kita berukhwah kerana aqidah. mengalirkan iman ke jiwa2 yg kekeringan.

kita sangkakan kita dah bebas jahiliyyah bila tak melepak tonton runningman mahupun movie, tak bergayut malam2 dgn ajnabi mahupun berpakaian baju kurung moden nampak cutting ke kelas. enadei! yg hati tu dok mengutuk org2 yg sedemikian pun da jahiliyah taw. podah!

kenapa cerita pasai benda ni? habaq mai.
sebab jahiliyah ni dosa. dosa dok bertimbun ke neraka la gamaknya.

buang karat jahiliyah sebab kita nak letak hierarki cinta kita betul2 kt tempatnya.
mencinta ALLAH dan RasulNya.

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".
(Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim dan lain-lain)




mujahadah jom? :)







Post a Comment

0 Comments