Point of Inflexion

*sebenarnya nak tulis post sedih, tapi nyamuk dok menyerang kaki kat bawah meja. spoiled terlalu. harhar.*

Alhamdulillah. masih bernafas dgn baik, walaupun kadang2 terasa menghimpit. mungkin ini kesan caffeine dan sleep deprivation. exam week la katakannn *tangan di bahu mata ke atas*

esok maths, paper kedua. tapi aku terasa nak mencoretkan sesuatu. agar bila aku terjatuh (baca: futur), bolehlah dibuat modal membakar hamasah as-syabab ecehhh. kat bilik ni, masing2 dah tidur. eh ramainya rumet? tiba2 tadi klasmet datang tumpang tidur, senang sikit nak bangun kejap lagi, katanya.

kebelakangan ni, senang je air mata tiba2 jatuh menghangat muka. banyak perkara yg menyentap hati utk menerawang jauh menjengah masa silam yg....yg sangat bermakna buat aku. aku yakin, kesilapan lalu ialah tarbiyah dari Allah. modal utk aku menghargai apa yg aku ada sekarang. apa kiranya aku bisa menyedari satu perubahan jika tiada titik negatif yg berubah kpd titik positif? point of inflexion.

ada saja bicara sesal yg menerobos keluar dari mulut aku.

"arghh, kenapa dulu malas sangat ni.. teruknyaa..."
"hah, rasakan. masa daurah tidur. ni laa fikrah scattered kau,"
"cakap kencang kat fb, twitter. tapi dakwah malas nak buat..."
"malas lagi buat notes, revision.. result? aishh.."
"kenapa..mesej..dia...hal2 tak penting.."
"nak buat sitting, tapi bahan aci redah je.. tak kesian ke kt adik2?"
"EE bila nak siapkan? ewah2.. mentang2 advisor baik.."
"ib.. knp amek ib.. why.. whyyyy!?"

jatuh terpelosok bawah katil.

memang betullah manusia acap kali mempertikaikan pada Tuhan apa yg tiada pada dirinya. hidup tak pernah faham erti bersyukur. dwell kat perkara2 remeh. kita lupa Allah dah bagi cukup; segala nikmat pancaindera, neurone2 dan kognitif. sejauh mana kita maximize segala kelebihan dan peluang yg Allah dah bagi ni?

headshot.

aku selalu memikirkan penat dan kononnya memberi peluang kpd diri sendiri utk berehat. padahal sesaat selepas ini mungkin aku tak bernafas lagi. dah 19, nak dekat 20. whattt?! cepatnya. dan dekat juga aku kpd maut.

banyak perkara yg scattered dan aku memikirkan alahaii penatnya nak fikir. satu je, sebab aku tak zikir. Allah dah sediakan modul terbaik utk dijadikan rujukan, al-Quran dan Sunnah. tapi acap kali aku memikirkan wahaiii sukarnya nak mentafsir al-Quran! lupa aku ada ustaz ustazah, ada akak naqibah, ada sahabat2 seperjuangan yg faqih dan faham. aku tak pernah meluahkan dan bercerita! macam stagnant water, lama2 busuk sebab tak mengalir. aku tak berani berhujah dan mencabar diri utk melawan orthodoks-nya pemikiran ini. inilah kesan doktrinisasi sekularisme dan pluralisme! *ewah salahkan ghuzwatul fikr plak*

aku mudah merasa cukup. mungkin itu formula jahatnya.

habis usrah, tutup buku. tak pernah mengulang mahupun mencari extension tadabbur dari Syed Qutb mahupun majalah Jom. pastu balik bilik like a boss. kononnya baru lepas upgrade iman. cett.

habis daurah, helaian hitam putih risalah2 diam terkatuk. tak pernah diulang baca utk dihadam. yg penting gist-nya dapat. yg penting dapat berjalan ke masjid2 dan ber-ukhwah fillah.

habis tengok video, tak pernah kaji semula tafsir per kata yg dibicarakan brader Nouman Ali Khan dan konco-konconya. yg penting ceritanya. faham surface cukuplah.

i took many things for granted!

patutlah iman tak berbuah amal. iman compang camping ghupanya! alahaii...

tapi Allah Maha Lembut.. Allah sayang kita. setiap saat Allah entice kita dgn rahmat-Nya, dgn rezeki-Nya.. supaya kita tak jauh sangat tersasar. merangkak sekalipun kita dari lumpur dosa, busuk jahiliyyah.. Allah tetap amek kita balik..

"Katakanlah, "Wahai hamba-hambaKu yg melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. sungguh, Dialah Yg Maha Pengampun, Maha Penyayang." [39:53] 

Allah tak pernah tinggal kita.. kita je makin menjauh.. 
Allah hantar akh Iman, ukht Sumayyah, akh Ammar utk ingatkan aku.. hidup ni tak lama2, apa je kau dah buat utk agama?

......

mohon doa agar sentiasa tsabat di jalan ini sampai di terminal terakhir; syurga.





 


Post a Comment

2 Comments