Ukhuwwah Polymer.

Salam alaik. Alhamdulillah, another chance. Dalam kesibukan menempuh bahang final exam semester 3, ALLAH berikan ilham dan kekuatan utk berada di portal maya ini lagi utk berkongsi secangkir rasa dan sesudu manisnya sayang. Sekarang ni musim IOC malay dan sahabat2 mengalami transformasi luar biasa. Menjadi pejuang bahasa dan penganalisa tegar karya2 Usman Awang dan Shahnon Ahmad. Sungguh, mereka mampu ‘membaca’ pemikiran pengarang menerusi bait-bait kata yg dijalin indah. Cewah.

Al-Quran begitu juga. Sasteranya istimewa dari langit. Perlu dibaca, ditelaah terjemahannya, ditadabbur dan dihayati sedalam-dalamnya. Andai kita rajin membedah al-Quran, justeru nilai entropy akan berkurangan dan dunia akan menjadi lebih teratur. Jelas disorder-nya bila kita lihat kemanusiaan dipijak2, manusia mula bertuhankan dunia dan kebatilan mencengkam kehidupan. Nampak canggung bila Dr Morsi dibicarakan. Mungkin As-sissi yg perlu berada di kandang pesalah atas kesalahan membunuh hampir 5000 rakyat Mesir. Ya, logik yg terkalah. Mungkin anak-anak kecil di Syria dan Khan Younis yg perlu kita concern-kan dari isu kalimah ALLAH mahupun perdebatan mengenai hukum hudud. Mungkin.

Urm, sebenarnya nak cerita yg, errr.. aku tak tahu.. err.. apa tu ukhuwwah fillah sebenarnya?

Welaweh, takkan la da hampir setahun setengah dalam dnt ni tak settle lagi bab ukhuwwah?!

=__=’’

Ye betul. Mulut je ringan melafaz “ana uhibbuki fillah” namun hati ni tak mampu lagi bertopengkan kepura-puraan. Aku tak rasa manisnya ukhuwwah seperti yg dicanang-canangkan pejuang2 al-haq yg lain. kata kita berukhuwwah, tapi masih menuturkan kata2 yg menyakitkan hati, on off datang syuro usrah daurah adik2, tak pernah share ayat, tak pernah belanja makan, jarang singgah bilik lepak2, tak pernah faham perasaan dan perangai, selalu assume, tak pernah point silap... kadang2 aku meragui kata-katamu, aku cemburu melihat kau rapat dgn sebahagian yg lain.. *sigh* inikah ukhuwwah yg kita lagukan?! *hiperbola terlebih*

Hipokrit. Tak merelakan. Wajah akan memancarkan apa yg bergolak di hati walau seplastik manapun kita cuba memaniskan senyuman from ear to ear. Sinarnya tak sama jika ia betul2 datang dari hati. senyuman yg ikhlas akan tembus ke hati! arghhh, virus2 ukhuwwah!


"Waktu ujian itu tidak pernah lebih panjang daripada waktu hari belajar, tetapi banyak orang tak sabar menghadapi ujian, seakan sepanjang hanya ujian dan sedikit hari untuk belajar. Ujian kesabaran, keikhlasan, keteguhan dalam berda’wah lebih sedikit waktunya dibanding berbagai kenikmatan hidup yang kita rasakan. Kalau ada sekolah yang waktu ujiannya lebih banyak dari hari belajarnya, maka sekolah tersebut dianggap sekolah gila." - KH Rahmat Abdullah 

Ghupa-ghupanya, aku sedang memaksa “ukhuwwah-yg-tak-bersalah” utk trang tang tang muncul kat depan aku dan “serve” keinginan aku! aku nak ukhuwwah yg memenuhi intrinsic element; yg inginkan diri ini disayangi, difahami, dibelai-belai dan dimanjai sepenuhnya tanpa memikirkan yg diri inilah yg sepatutnya berkorban utk menjalin buhul ukhuwwah yg sejati T-T


“ Tidak beriman seorang kamu hingga ia mencintai utk saudaranya apa yg ia cintai utk dirinya.” [riwayat Bukhari dan Muslim]

Dgn iman kita menyayangi dan mencintai. Keterikatan kita atas aqidah yg sama; harum bau syurga. Ukhuwwah yg goyah indikasi iman yg goncang! Bukan sebab ke-poyo-an aku atau kamu! Allahu..


“ Rasa kasih sayang yg paling rendah ialah berlapang dada dan yg paling tinggi adalah itsar (mengutamakan orang lain).” Imam Hassan al-Banna. 

Akhirnya aku menyedari formula ukhuwwah yg terbaik ialah “memberi kerana ALLAH tanpa berkira”. Tanpa mengharapkan balasan. Menjaga wala’ kpd mukmin tanpa kompromi walaupun mungkin ada hati2 yg tersinggung ataupun ego yg tercalar. Ukhuwwah ini bukan utk aku, tapi utk kamu kerana Dia. kerana hidup ini hanya permainan dan senda gurauan, hanya persinggahan di pohon fana melepas lelah.

Mungkin kitalah yg perlu dahulu berukhuwwah dgn penuh keimanan, agar rasa itu mengalir ke hati2 yg lain dan akhirnya tersebar harum ukhuwwah sebenar. iman yg membuah amal.


“kubaca firman persaudaraan
dan aku makin tahu, mengapa di kala lain diancamkan;
‘para kekasih pada hari itu, sebagian menjadi musuh sebagian yang lain…
kecuali orang – orang yang bertaqwa”

[Salim A Fillah, Dalam Dekapan Ukhuwwah] 
kita kan complementary base pairing; menerima kelemahan seadanya, melengkapi dan memperbaiki dgn apa yg ada. 






Post a Comment

0 Comments