“Barang siapa meminjami Allah dgn pinjaman yg baik maka Allah melipatgandakan ganti kepadanya dgn banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” [2:245]
Qardon hasana.
...
i.
“Assalamualaikum.. Wan..”
“Wa..alaikum salam wbt,” Wan terkesima saat tetamu yg tak diundang itu muncul di depan pintu. Sebentuk senyum ikhlas terukir di bibir.
“Syraf..” Wan mendepakan tangan dan merangkul erat tubuh Asyraf. Terasa beban yg menghempap kepala jatuh berderai ke lantai. Tangannya dah penat menulis chemical equation di kertas Chemistry HL edisi November 2012, matanya sudah letih memandang struktur Ibuprofen dalam Data Booklet. Hatinya.. arghh kalau dikeluarkan saat ini, tak mampu rasanya nak menahan ‘busuk’ segumpal daging itu.
“Kau sihat?” Asyraf bertanya khabar tanda prihatin bukan hanya pada fizikal Wan tetapi rohaninya juga. Hampir sebulan juga tak berbulatan gembira dengan Wan. Silapnya juga tak mencari alternatif selepas murobbi mereka, Abang Haiqal terpaksa ke luar kawasan utk menguruskan tempat kerjanya yg baru di Kelantan.
“Err.. kau rasa?” Wan cuba berdalih daripada menjawab. Ada getar di hujung bibir.
“Heh.. dah la Wan. Jom.. kita pergi satu tempat ni..”
“Ehhh! Esok paper chem kan.. kau dah habis study ke?”
"Lepas pergi 'tempat' ni confirm habis study," Asyraf memberikan 'thumb up' kepada Wan.
Angkat kening. Wan teragak-agak nak membontoti Asyraf keluar dari bilik.
Tak boleh jadi ni.
Monolog Wan cepat dihidu oleh Asyraf. Usrahmates la katakan. Lantas Asyraf menarik tangan Wan bergegas keluar dari Blok 3B.
Alamak! Dah agak dah!
Dari jauh dah nampak sekumpulan ikhwah sedang berhalaqah. Ada yang berjubah, ada juga yg hanya berkemeja-T. Tak semua yg berserban. Tapi yg pasti mereka adalah blood brothers-nya. Berdaurah bersama, berjaulah bersama. Cuma kebelakangan ni, aktiviti bawah tanah mereka 'dicutikan' sebab IB Exam.
"Wan..." Asyraf mendekati separa berbisik.
"Kita cari Allah bukan time free je, time kita dah habis study. Takkan kita nak bagi masa 'sampah' kita kt Allah.."
Mata Wan mula panas. Ia mula mengalir mencengkam hatinya.
Astaghfirullah..
.....
bersambung.
0 Comments