Bismillah..
Berlalu Januari membawa bersama 21 tahun yg lalu, menjadi sejarah yg terukir di dalam buku amal seorang abid. Masa berlalu begitu pantas, tinggal sebulan lebih lagi sebelum berangkat pulang ke tanah air- bumi tarbiyah yg dirindui.
Cukup 21 tahun- nampak begitu panjang dan.. Matang- tapi ia hanyalah secebis 30 minit yg sudah berlalu di sisi tuhan.
Dan mereka meminta kepadamu (wahai Muhammad) menyegerakan kedatangan azab, padahal Allah tidak sekali-kali akan memungkiri janjinya; dan (katakanlah kepada mereka): sesungguhnya satu hari dari hari-hari azab di sisi Tuhanmu adalah menyamai seribu tahun dari yang kamu hitung. [22:47]
Ada satu ketika, aku seakan-akan takut utk melihat jam dan sentiasa berharap agar jarum minit bersimpati dan berhenti seketika utk aku. Aku terkejar-kejar dlm putaran kehidupan yg menyempitkan dada dan memeningkan kepala. Masalah ummat tak pernah habis- Sydney, Paris, Peshawar, Myanmar, Korea, PK Amir Khan, banjir, MH dll. Ditambah lagi dgn sahabat sendiri yg seakan-akan menyumbat jari ke dlm telinga, mengkaburkan pandangan sambil menghafal nama-nama tulang. Aku berkira-kira sama ada ingin belajar atau menghabiskan odoj, tak yakin dgn 30 minit yg tinggal utk pergi muayashah, tak yakin “dikejut malaikat” pukul 3.00 pagi cukup utk qiam dan memenuhi tuntutan2 dunia.
Sungguh, Allah tu al-Muqit, Yg Maha Mencukupkan. Merasakan sedikit itu adalah kerana kita tak yakin dgn berkat, barakah, bless. Nikmat diluhurkan dan dibersihkan waktu- agar merasakan setiap saat cukup utk segala-galanya dan berbuat sehabis baik. Merasakan secubit dua nasi, sudah mengenyangkan. Merasakan 2-3 jam lelap sudah cukup menyegarkan dan memulihkan. Sebab kuantiti itu hanyalah petunjuk dan bukanlah penentu kualiti. Kerana kualiti pekerjaan kita adalah ikhlas dan jihad.
“..maka laksanakan dgn mastatoktum.” [hadis 9]
Sehingga jantung dan otak yg memberi arahan utk shut down, selagi itulah jgn pernah berhenti berlari dlm mujahadah. Cukup indah utk berbicara tentang berkat. kadang2 aku merasakan berkat itu hanyalah pada butir nasi terakhir, masa yg terasa panjang dan rezeki yg sedikit namun terasa muai. sehinggakan aku tersedar kehidupan yg melelahkan seperti Rasulullah dan sahabatlah yg dinaungi keberkatan.
Namun keberkatan itu boleh dicorakkan pada kehidupan. Ia hadir pada roda2 yg sedang berputar. Ia hadir dari reaksi kita kpd aturanNya.
"Biarlah bahagia menjadi makmum bagi Islam, iman dan ihsan kita; membuntutinya hingga ke syurga." - Lapis-lapis Keberkahan, Salim A Fillah.
#Projek Mengenal Allah
Al-Haq
As-Sami'
Al-Qawiy
Al-Jabbar
Al-Wasi'
2 Comments
Menuntut khabar berita dari si penulis yang diam menyepi di seberang lautan sana
ReplyDeleteAn-Nisa, sy ada update oke. hehe. cuma kadang2 lambat sikit.
Delete