Seruan dari Al-Muhaimin

Bismillah. Nampak gayanya susah juga utk konsisten dlm menulis. Lagilah utk menghasilkan sebuah travelog tarbiyah sepanjang di India. Adakah itu sekadar angan-angan?! Tapi diri ini cukup yakin pada kuasa mimpi. Mimpi yg akan menjadi visi jika diberikan tanggal, seperti apayg tercoret pada naskhah Jalan Cinta Para Pejuang. Tanggal atau lebih tepat jangka masa perlaksanaan. Albert Einstein juga percaya bahawa visi lebih bernilai berbanding ilmu kerana visi adalah masa hadapan manakala ilmu adalah masa lalu. *ni nak sedapkan hati ke apa


Alhamdulillah.. Sekarang ni tgh cuti midsem selama sebulan. Pada waktu ni Allah menguji dgn nikmat masa yg sgt diharapkan pada 6 bulan yg lalu. Allah menguji (atau lebih tepat Allahbagi bukti nah depan mata) adakah tempat yg menjadi faktor kefuturan ataupun diri sendiri yg masih tak jelas dgn matlamat utama ToT



Sesungguhnya tarbiyah tak pernah menjatuhkan malah makin membangkitkan. Seruannya tak pernah jemu memanggil jiwa2 yg kekosongan dan hilang arah tuju. Seruan yg melembutkan (malah bisa menggantikan!) hati yg keras dgn hati yg baru.


"Wahai org yg beriman! Penuhilah seruan Allah dan Rasul apabila dia menyerumu kpd sesuatu yg memberi kehidupan kepadamu," [8:24 ]


Ruhul istijabah. Ruh yg menyahut seruan kebangkitan jiwa dan ummah. Sepanjang perjalanan di bumi Allah, tak tipu Allah buka mata dan hati utk melihat luas. Sehingga menjangkau ke 'daerah2 asing' yg tak pernah terfikirkan.


Di bumi India, Allah perlihatkan pilihan-pilihanNya utk berada di jalan DnT ini. Senior KMB dulu yg 'biasa2' je orangnya, kini sebaris dalam saf perjuangan Hisbullah. Malah lebih ruhiy berbanding diri yg telah disentuh seawal tahun pertama di kolper. Ahh cemburu, sungguh. Merindui diri yg lama. Seakan-akan sudah hilang, tapi Allah sering ingatkan kembali. Sebab Allah itu Al-Muhaimin, yg maha melindungi, mengawal dan mengawasi.


"Maka Dia mengilhamkan kepadanya jalan kejahatan dan ketakwaannya, sungguh beruntung org yg menyucikan jiwa itu dan sungguh rugi org yg mengotorinya," [91:8-10] 
       "Tidak ada jiwa pun melainkan ada penjaganya," [86:4]


Ish malu. Malu dgn Allah yg tak pernah jemu 'kutip' kita balik, kita yg rebel dan selalu ikut kepala sendiri- utk berada di jalan yg suci ni. Jalan para anbiya yg basiroh, mengajak manusia kembali tunduk kepada Rabb dan Ilah yg satu, [12:108]


Bukan apa, kadang2 terasa lucu bila ada yg mempertikaikan kita ni 'hanya' ada 2 tujuan hidup, menjadi hamba yg baik (51:56) dan khalifah kpd dunia (2:30). Ni pun dah berat kak oyy! Sampai gunung pun tak sanggup nak pikul amanah nak jaga bumi ni. Lagilah kalau ada 5 ke 12 tujuan hidup! Pengsan. Konsepnya sama dgn rukun Islam, pada hadis 3 Nabi kata Islam dibina dgn 5 pilar ini. Asasnya sahaja perlu tiang seri yg paling kukuh, lalu baru dibangun villa perfect 5! (sila rujuk JOM! Isu 36).


Tujuan hidup ini yg akan memandu kita utk menuju matlamat yg satu. Matlamat yg datang sebelum yg lain, yg override perasaan, kepentingan peribadi, medic dan halangan keluarga. Apa lagi yg akan buat kita tsabat di setiap perubahan fasa (HO, BM, kerja dll) kalau bukan matlamat yg jelas.


"Apa yg ada di langit dan apa yg ada di bumi bertasbih kpd Allah, dan Dialah Yang Maha Perkasa, Mahabijaksana." [61:1]


Dlm arus semasa, Islam menuntut utk kita berfikir dan mengkaji. Bermula dari isu halal haram GST dan kesannya kpd rakyat (sgt teruji ilmu BMS, tapi pengiraan tax sgt mengelirukan!), feminisme (ni org Canada la yg start dulu), isu vaksin, Dr MAZA dan DUKE dan konco2 politikus yg lain. Jika kita tak faham framework Islam (dicadangkan utk sama2 memahami Usul 20) mungkin interpretasi dan solusi kita akan mengundang salah faham dan kekeliruan.


Justeru sangatlah penting utk kita kembali kpd 'core business' kita sebelum tenggelam dalam isu2 khilaf. Yg sangat penting adalah kita terutamanya utk sabbahalillah sebelum menyeru kpd org lain.


Kadang2 kita sangka, Allah nak hidupkan hati kita balik dan betul tunduk kpd Allah dgn scene duduk tepi pantai angin sepoi2 mengusap pipi, tapi mungkin juga Allah buat kita terkejar-kejar sebab tertinggal keretapi! *pengalaman sebenar*







Post a Comment

4 Comments