Tiada duka yg abadi


Rindu mak, beberapa kali mendail "whatsapp call"
tak berjawab, mesej juga tak berbalas
di waktu ada insan tiada ibu utk dibicara
waktu ada insan yg masih membenci bondanya
waktu dunia bangga dengan saiz badan "postpartum" dan parut C-sect.

Dua tiga kali pergi kedai sebelah masjid manipal
mengharapkan goreng pisang tak habis lagi
di waktu gelandangan menadah simpati di Tiger Circle
waktu kanak-kanak Palestin mencatu roti gandum
waktu nilai matawang semakin susut
waktu banyak "lauk instant" expired (lagi-lagi rumah yg BFG)
waktu hijabist nak jadi cosplay
waktu vape berperisa jadi kegilaan.

selalu perlu merasakan masalah ini kecil-
apa aku tak punya perasaan utk disimpati?

kerana itulah manisnya iman-

Dari Anas bin Malik radhiyallahu’anhu, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak beriman salah seorang dari kalian hingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (HR. Bukhari no. 13 dan Muslim no. 45)
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan sebahagian dari apa yang kamu sayangi. Dan sesuatu apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya, [3:92]

aku mohon
utk mencintaimu kerana Allah-
utk sama-sama tunduk kepadaNya.

Post a Comment

0 Comments