Assalamualaikum.
apa khabar? harap antum sihat-sihat saja. selamat hari raya? harap tak terlambat. kalau di Manipal, manis raya dah bertukar jadi masam-masam pasca keputusan Blok 1 haha. dah nak kena fokus untuk Blok 2 pula. teruklah Blok 1 aku aish. struggle weh. tapi aku perasan juga aku tak pulun habis lagi, journal last minute nak siapkan, habis masa kat situ.
tahun ni, kali kedua aku puasa dan raya di perantauan. alhamdulillah. walaupun aku rasa tak layak nak berkonvo hasil tarbiyah Ramadan, nikmat yang paling besar -sekurang-kurangnya- Allah bagi aku puasa penuh -1 hari dan bagi aku beraya. aku rasa Allah jawablah doa "Allahumma bariklana fi rejab wa syaban" tu.. terharu beb!
hampir 2 minggu Syawal berlalu, nampak gayanya macam boleh aku persoalkan iman yang berbaki. mana bekal 11 bulan yang dikatakan dulu? adakah aku orang yang Rasulullah celakakan itu? Allah. boleh tak aku kata bukti Allah ampunkan kita bila dia buka lebih besar ruang kebaikan untuk kita selepas Ramadan? masalahnya mungkin aku yang tak masuk betul-betul dalam 'pintu' tu.
jujur aku kata bila Allah tak rezekikan aku untuk lulus Blok 1, aku sedih sikit. bak kata seorang sahabat, "Kau tengah rebel ke weh?" "Mana kau tahu?"
Target aku untuk jadi orang yang lebih baik. baik agamanya, baik dunianya. aku tak nak ulang kesilapan lalu. tersilap langkah kali ini, masa hadapan aku berada di hujung tanduk. penaja mungkin akan terus bagi kata putus untuk tak tanggung yuran pengajian. aku kena berhadapan dengan situasi yang menjadi mimpi ngeri saban hari, serius aku tak mampu. aku tahu tak boleh lari mana (gerakluu!), kena juga doa untuk diberi kekuatan. boleh jadi bukan Dr. Nars.
baru-baru ini aku diuji masalah hati. bukan riak takabur, masalah cinta. er, rasa macam salah tempat pula nak letak perkataan cinta. sebab makna hub tu lagi istimewa dan suci. masalahnya 'cinta' aku ni tak suci weh, maksiat! astaghfirullah syeikh harom!
bila tengok kawan-kawan kita sebelah bilik, sebelah kelas masa dekat KMB berwalimah- fikiran aku mulai cenderung pada keinginan memiliki pasangan hidup. alaa macam hangpa tengok budak-budak up status bakal imamku, siapakah bakal tulang rusuk kiri tuuu. macam tulah perasaannya. akulah orang yang dok gelak-gelakkan depa ni dulu, sekali terjadi dekat batang hidung sendiri.
kalau cerita dekat orang, mesti mereka dok kata- "hah ni mesti tak fikir benda besar ni. tu yang pusing fikir diri sendiri je. umat tengat tenat weh, Turki tengah perang!" dush dush.
terjelepok aku jatuh, dah tak nak bangun-bangun.
aku tak nafikan perkara tu betul, tapi la ni aku tak nak dah lari dari menjawab persoalan-persoalan hidup ni. aku nak kata putus, prinsip yang aku boleh pegang.
jadi 2-3 hari ni aku diingatkan kembali pada erti sebenar mencintai dan dicintai.
"A warrior does not spend his days trying to play the role that others have chosen for him." - Paulo Coelho.
aku sedar wujudnya perasaan 'insecured', sebab tak belajar untuk mencintai diri sendiri maka aku mengharapkan penghargaan oleh orang sekeliling aku. mungkin 'traumatised' dengan kehidupan masa kecil aku, entah. tuhan saja yang tahu. orang tak akan faham. jadi perasaan untuk mempunyai pasangan niatnya adalah untuk membuktikan bahawa aku bernilai untuk dimiliki. "see, ada juga orang nak kat aku," kedengaran macam menakutkan, tapi itulah realiti bisikan-bisikan hati yang terpesong landasannya fuh. mungkin kat luar kita boleh kata nak berbaitulmuslim untuk mengelakkan maksiat, nak lagi kuat berubah bila dibimbing, untuk lagi kencang buat dakwah tapi sebenarnya dalam hati tu tak murni lagi. jadi aku memang tabik pasangan-pasangan yang berkahwin betul-betul kerana agamanya, bukan hawa nafsu. untuk aku, belum lagi.
It is not strange that I love You because I am a weak servant, but it is strange that You love me when You are the King of Kings. -Sufi saying
unconditionally, Dia mencintai aku. sejak dari aku hanya segumpal roh hinggalah 22 tahun hidup sebagai manusia.
“A woman’s heart should be so hidden in God that a man has to seek Him just to find her.” - Google
dan aku harap agar aku dapat membalasnya cinta-Nya.
Robert J. Sternberg, A Triangular Theory of Love.
"Jalan cinta para pejuang adalah jalan kesetiaan dan pengorbanan. komitmen adalah ikrar kerelaan berkorban; memberi bukan meminta, berinisiatif tanpa menunggu, memahami dan bukan menuntut. komitmen adalah ikatan kesetiaan." - Salim A. Fillah.
kelihatan seperti aku memberat-beratkan cinta. ya betul, sebab cinta ini mahal. aku cuba keluar dari penjara stereotaip masyarakat tentang cinta- seks, lelaki kacak, wanita cantik, nikah, anak. cuba mendefinisikan cinta dari sudut pandang Quran- tanpa menidakkan naluri manusiawi. tak terlalu syadid sampai tidak berkahwin, tak terlalu longgar sehingga meringankan ikhtilat. aku tak nak dilihat selemah ini, aku kuat.
perasaan yang dominan ini Allah hadirkan ini bukan untuk dikeluhkan, tapi energinya bisa disalurkan untuk membuat perubahan. sampai satu saat aku fikir aku boleh berdiri sendiri tanpa seorang lelaki. bukan untuk feminis, tetapi berdikari dan buktikan wanita tak selemah yang digambarkan.
6 Comments
Laaa. Kata dah move on. -_-
ReplyDeletemove on la ni
DeleteMoga dipermudahkn dik blajar medic. Betul, fail tu sgt sakit. Moga Allah terus beri kekuatan 💪
ReplyDeleteTerima kasih ye Salwani :) nama macam familiar je hehe
DeleteT.T Muhasabah cinta saya baca post awok qila. Hewhew
ReplyDeleteHi Sab, I miss you yknow. I'm so sorry I run away from you guys. But don't worry, one day we will see each other again for sure. Thanks for all the loves and prayers Sab and Yani.. :)
Delete