Disember - New chapter

Hi guys.

Apa khabar? Harap semua orang dalam keadaan yang baik. Sebenarnya aku dah berhenti kerja dan menganggur hampir 3 bulan. Alhamdulillah, aku dah mula bekerja balik dan rasa 'make sense' sikit kewujudan diri ini. Bila duduk rumah, keadaan yang terlalu selesa dengan 'jadual' sendiri membuatkan aku 'taking things for granted'. Lagi-lagi bila dah tak ada 'income' sendiri dan bergantung kepada sang suami. Aku bersyukur sangat sebab abang sudi menanggung hutang belajar dan hutang kereta. Terima kasih, sayang.

Selepas berhenti kerja raya lalu, aku bekerja di kedai ekonomi ibu. Yes bekerja, sebab bergaji. Aku gunakan gaji untuk beli barang dapur dan tambah simpanan untuk roadtax/insuran kereta. Aku akui perjalanan kerja aku memang tak lari dengan perniagaan. Jadi, kalau ada peluang memang nak sambung belajar dalam bidang ini, what do you say? Sekarang ni kan zaman e-commerce kan.

Aku sempat juga mencari pengalaman dalam catering makanan. Sampai sekarang bila terfikir pasal catering, sakit kaki tu masih terasa aduhh... Basuh pinggan, serving makanan, susun kutleri. Next please...

Masa menganggur tipu kalau tak terfikir nak buat side income. Aku memang dah berdaftar jadi dropship jual minyak wangi. Stok dah 'secured' letak di kedai ibu. Jualan agak perlahan sebab niche pelajar sekolah. Lama-kelamaan baru ramai pelanggan yang sedar wujud barang aku. Bila jadi dropship, bab branding dan promosi tak risau sangat sebab HQ dah buat marketing. Jadi produk dah terkenal. Cuma masalahnya, penjual dah terlalu ramai di e-commerce. Bila aku cuba jual di Facebook dan Carousell tak ramai yang nak buat pesanan. Jadi aku bersaing dengan penjual yang membeli 'booster' untuk 'reach' yang lebih tinggi. Kalau aku nak melabur untuk belajar marketing/copywriting ni, kenalah betul-betul serius kan. Aku jenis hangat-hangat chicken sheet sikit hahaha. Aku ada juga cuba-cuba jadi 'content creator', tapi sebelum ke Youtube aku cuba di Facebook dulu. Sama juga tergendala di tengah jalan. Sigh. Mungkin sebab tak ada anak lagi kot! Haha. Jadi aku belum terdesak sangat.





Berbalik kepada pekerjaan baru aku, hasilnya adalah header baru dan GIF ni! Yes, I used Adobe Photoshop CC 2019. Asalnya cuma kerani, tapi alang-alang belajar graphic designing. Pengalaman baru, ilmu baru. Atas pertolongan Youtube tutorial dan suami, aku mula design untuk seorang client. Alhamdulillah, dah siap print hahah!

Ok guys, jangan putus asa. Keep exploring! Lepas ni cadang nak belajar Mandarin pula.



p/s: rindu nak minum chai.

Post a Comment

2 Comments