Hi guys. Happy new year, 2022! Sekarang ni memang sejuk sebab Kluang tengah hujan berterusan sejak 1 Januari. Lagi-lagi sebab rumah aku sebelah gunung. Air paip macam ais. Alhamdulillah rumah mak tak naik air. Parit pun dah didalamkan.
Teringat masa travel Kashmir, sejuk hingga ke tulang! Nasib baik chalet ada tilam panas dan tong heater, sedihnya tak ada bathtub nak berendam dengan air panas haha. Terpaksa guna baldi rendam kaki cramp. Actually diorang pun tak suka winter sangat. Sebab sejuk kering, jalan licin. Orang Malaysia je yang excited haha.
- Safi Dermasafe Gel Cleanser ni actually dah keluar since 2018. Aku memang nak cari gentle cleanser, low pH. Lepas guna, kulit tak rasa kering/cekang, that's a good sign sebab cleanser ni ada SLES.
- Safi Micellar Cleansing Oil aku beli sebab Hada Labo cleansing oil dah nak habis. Perform! Makeup senang tanggal dan tak ada rasa oil residue compare to HL.
- Vaseline Dry Serum Bright & Repair aku beli dekat Lotus RM10 sahaja. Aku beli sebab ketiak luka lepas wax, overdo. Tekstur lotion, cepat kering. Bau wangi sederhana sahaja.
- Lipbalm Wardah aku nak guna untuk siang sebab ada SPF15. Cara untuk elak bibir kering dan hitam, kena pakai sunscreen juga.
- Cosrx Acne Patch tu memang favourite bila ada jerawat.
Aku tak ada azam sangat. Sebab hari-hari aku memang battle nak jadi lebih baik dari semalam. No pressure, no regrets. But I do have missions for this blog:
- Cepat-cepat nak lulus Adsense. Aku ada dapat feedback, jadi aku dah go through mana-mana post yang kurang 300 patah perkataan aku dah unpublished sebab diorang tak nak "thin content".
- Aku dah update info About Me, Contact Us, Disclaimer, Privacy Policy, Sitemap.
- Yang merisaukan sekarang diorang oke ke ada link Affiliate? Aku dah setting "rel=nofollow" dah.
- Aku nak target view cecah 100,000.
Kehidupan seharian aku:
- 9 Januari ni sekolah buka balik. Macam biasalah aku akan buat chocojar dan roti RM1 hantar ke kedai mak. Aku ada plan nak buat chocolate chip cookies juga ni.
- Masalah aku bila buat business kan, aku selalu dapat duit terus belanja haha. Modal pun hilang. Harap aku dapat manage duit.
- Adam dah masuk setahun 4 bulan, target aku nak ajar lagi banyak perkataan dan potty training.
- Relationship? Belajar untuk berkomunikasi dengan lebih baik lagi. Hehe..
0 Comments