Asalnya husband nak cuba beriani viral yang masak lauk kambing guna tebu di Pontian. Lepas makan Rin terus ajak ke Taman Negara Tanjung Piai alang-alang dah jauh berjalan.
*Sekarang ni husband yang aktif cari kedai viral & FOMO makanan di Thread 😂🙏🏻
Tempat Menarik Pontian
Pokok Cherry D'Jelutong
Maaf cakap, beriani kali ni kurang menepati selera kami. Kami order beriani kambing RM15x2 dan RM3x2 untuk air cedok free refill. Nasi beriani kering dan tawar.
Walaubagaimanapun daging kambing empuk dan kuah rempah pekat cuma portion agak sedikit. Makanan semua sejuk huhu.
Nasi beriani available Sabtu & Ahad sahaja. Menu sarapan menarik sebab ada makanan tradisional Bugis seperti burasak dan lepat loi. Rin berniat untuk cuba suatu hari nanti.
Taman Negara Tanjung Piai
Kalau datang sini kena ready untuk briskwalk 1.2KM laluan berpapan sepanjang hutan pokok bakau. Jadi Rin cadangkan pakai kasut yang selesa, bertopi dan bawa air minum. Kipas pun bawa sebab panas dan tak ada angin. Masa kami datang masih berjerebu.
Jeti 3 Kerajaan
Adam excited sebab nampak banyak haiwan seperti ketam, siput dan ikan belacak main di lumpur. Ada banyak spesis burung, boleh baca papan info yang disediakan lalu observe jika bernasib baik boleh nampak.
Penghujung Benua Asia
Selepas berjalan ke Jeti 3 Kerajaan, kami patah balik untuk ke monumen Penghujung Benua Asia. Kena jalan lagi "briskwalk" untuk ke sini.
Kopi Tenggek Tanjung Piai
Balik ingat nak singgah Kopi Tenggek tapi dah tutup pukul 4.30 petang. Rin sertakan di sini untuk rujukan masa hadapan.
Pontian Mural Street
Jalan-jalan ambil gambar di Pontian Mural Street, kebetulan ada event pasar hujung minggu sedang berlangsung. Ada jualan makanan dan pakaian.
Cendol Pontian Noor Mohd
Rin baru tahu ada kedai cendol famous dekat sini tapi tak sempat cari & rasa. Maybe next time kalau ada rezeki ke Pontian lagi.
Warung 3K
Sebelum bertolak balik ke Kluang kami singgah makan dulu. Rin order kuetiau seafood, mi sup, sotong goreng tepung & nugget & 3 air.
Husband tak check google review pun masa ke sini, tak sangka rate rendah 😂 Total makan hampir RM50, tak recommend makan seafood. But overall makanan berasa & masih enjoyable.
Warung 3K lokasinya di dalam food court, jadi banyak pilihan makanan & gerai lain yang boleh dicuba.










2 Comments
Teringin nak pergi Tanjung Piai tapi belum ada kesempatan lagi. Nak bergambar dekat landmark penghujung selatan tanah besar Asia tu.
ReplyDeleteAlamak tak sedap pulak makanan kat 3K tu ye. 3K tu gelaran family saya dekat saya & anak2 sbb nama kiteorg bertiga bermula dgn huruf K 😂
Banyak perubahan di Pontian, esp port makan. Few yrs ago rajin ikut husband Akk ke sana.
ReplyDeleteKalau sampai sana mmg wajib ke Taman Negara Tg Piai ni. Rasa bangga dapat jejak kaki ke titik paling Selatan di benua Asia ni.