Baker's Cottage pertama kali Rin masuk bukan ayam yang Rin beli tapi Macau egg tart! Beli combo 4 pieces terus dapat harga RM10 berbanding beli satu RM3.50. Sekarang tak pasti berapa dah lama tak beli. Egg tart inti custard creamy, tak overly sweet. Pastri pula crispy.
Kisah ayam panggang pula, husband nampak di TikTok orang masak lemak cili api ala-ala ayam salai. Bahan dapur cukup, Rin masakkanlah. Surprisingly memang sedap ye. Rin approved Tiktok hack ni.
Resipi Ayam panggang masak lemak cili api
Bahan-bahan:
Cili api merah & hijau
Kunyit hidup
Serai
Santan
Asam keping (Rin gantikan dengan tomato sebab tak ada)
Garam secukupnya
- Kisar cili dan kunyit bersama sedikit air dan reneh bersama serai yang diketuk.
- Masukkan santan dan reneh lagi.
- Masukkan ayam panggang & tomato serta perasakan.
Nasi ayam Baker's Cottage
Setengah ekor lagi Rin buat nasi ayam untuk menu keesokan harinya Memang ala-ala gitu je tak lengkap condiment nasi ayam belum beri groceries. Sos tu pun dari Baker's Cottage.
Bahan-bahan nasi ayam:
2 pot beras
Bawang putih
Halia
Serai
Oyster sauce
Salted butter
Kaki & leher ayam
Garam secukupnya
- Basuh beras dan letak air seperti biasa lalu masukkan semua bahan.
- Bila nasi masak, masukkan ayam panggang di atas nasi untuk panaskan ayam.




9 Comments
Menarik hack ni. Macam nak kena cuba jugak hihi
ReplyDeleteMacau egg tart Baker's cottage memang sedap. Selalu beli jugak combo 4 pieces tu. Pernah beli ayam panggang dulu tapi sekarang macam tak suka dah sebab macam dah lama dipanggang gitu.
ReplyDeleteMenarik juga idea ni. Boleh tiruvasi. Nampak sedap pula ala ayam salai gitu. Masak lomak cili api lagilah sodap. Terima kasih Rin share.
guna ayam panggang baker cottage ke ayam masak lemak tu? mesti sedap tuh
ReplyDeleteTq share. Lately pun PH kerap beli ayam BC ni. Bojeb try
ReplyDelete#boleh (sori typo 🙏🏻)
DeleteAduhaiii...rasa nak buat jugak la...kena beli ayam bakers cottage la ni....kira jadi macam ayam salai masak lemak cili api kan...tq rin share idea...
ReplyDeleteAssalamualaikum .. saya datang membalas kunjungan ... salam kenal juga..
ReplyDeleteokay one follow blog sini yang menarik = follower ke 199..
Biasa beli itik salai buat masak lemak tapi kali ni guna ayam panggang..
ReplyDeletemenarik juga sebab konsep yang sama... boleh la try juga bak kata blogger Carnyezs :D
wahhh sedappp niii
ReplyDeleteboleh mkn bertambah2 nasi👍