Cendol N' Crumbs ni husband nampak tepi jalan selepas transaksi beli CPU untuk office rumah. Husband jumpa penjual di Masai melalui Facebook Marketplace, jadi kami dari Kluang datang ke sana untuk COD sambil jalan-jalan. Husband kata jomlah singgah macam menarik je. So random ye!
Cendol N' Crumbs
Alamat: 11, Jln Tembusu 1, Taman Rinting, 81750 Masai, Johor Darul Ta'zim
Waktu operasi: 10.00 pagi - 10.30 malam
Menu utama mereka ialah cendol dan ABC, ada juga kek & pastries. Bila Rin baca google review ramai juga makan makanan berat dekat sini seperti ayam penyet, nasi lemak dan rojak.
Kami pesan Cendol Durian dan ABC Special Ice Cream berharga RM13 setiap satu. Adam pula pantang nampak kek coklat terus nak. Rasa harga kek dalam range yang sama.
Cuma Rin kurang gemar kacang merah yang besar-besar macam ni sebab kurang rasa lemak (kurang empuk) berbanding jika mereka menggunakan kacang merah yang sedikit hancur. Siapa biasa makan Cendol Kadir di Kluang akan tahu rasa perbezaan kacang merah di sini. 


0 Comments