Ayam panggang Baker's Cottage masak lemak cili api

Baker's Cottage pertama kali Rin masuk bukan ayam yang Rin beli tapi Macau egg tart! Beli combo 4 pieces terus dapat harga RM10 berbanding beli satu RM3.50. Sekarang tak pasti berapa dah lama tak beli. Egg tart inti custard creamy, tak overly sweet. Pastri pula crispy. 

Kisah ayam panggang pula, husband nampak di TikTok orang masak lemak cili api ala-ala ayam salai. Bahan dapur cukup, Rin masakkanlah. Surprisingly memang sedap ye. Rin approved Tiktok hack ni. 

Resipi Ayam panggang masak lemak cili api 

Bahan-bahan: 

Cili api merah & hijau
Kunyit hidup 
Serai 
Santan 
Asam keping (Rin gantikan dengan tomato sebab tak ada) 
Garam secukupnya 
  1. Kisar cili dan kunyit bersama sedikit air dan reneh bersama serai yang diketuk. 
  2. Masukkan santan dan reneh lagi. 
  3. Masukkan ayam panggang & tomato serta perasakan. 

Nasi ayam Baker's Cottage 

Setengah ekor lagi Rin buat nasi ayam untuk menu keesokan harinya  Memang ala-ala gitu je tak lengkap condiment nasi ayam belum beri groceries. Sos tu pun dari Baker's Cottage. 

Bahan-bahan nasi ayam: 
2 pot beras 
Bawang putih 
Halia 
Serai
Oyster sauce 
Salted butter
Kaki & leher ayam 
Garam secukupnya
  1. Basuh beras dan letak air seperti biasa lalu masukkan semua bahan. 
  2. Bila nasi masak, masukkan ayam panggang di atas nasi untuk panaskan ayam. 

Post a Comment

9 Comments

  1. Menarik hack ni. Macam nak kena cuba jugak hihi

    ReplyDelete
  2. Macau egg tart Baker's cottage memang sedap. Selalu beli jugak combo 4 pieces tu. Pernah beli ayam panggang dulu tapi sekarang macam tak suka dah sebab macam dah lama dipanggang gitu.
    Menarik juga idea ni. Boleh tiruvasi. Nampak sedap pula ala ayam salai gitu. Masak lomak cili api lagilah sodap. Terima kasih Rin share.

    ReplyDelete
  3. guna ayam panggang baker cottage ke ayam masak lemak tu? mesti sedap tuh

    ReplyDelete
  4. Tq share. Lately pun PH kerap beli ayam BC ni. Bojeb try

    ReplyDelete
  5. Aduhaiii...rasa nak buat jugak la...kena beli ayam bakers cottage la ni....kira jadi macam ayam salai masak lemak cili api kan...tq rin share idea...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum .. saya datang membalas kunjungan ... salam kenal juga..
    okay one follow blog sini yang menarik = follower ke 199..

    ReplyDelete
  7. Biasa beli itik salai buat masak lemak tapi kali ni guna ayam panggang..
    menarik juga sebab konsep yang sama... boleh la try juga bak kata blogger Carnyezs :D

    ReplyDelete
  8. wahhh sedappp niii
    boleh mkn bertambah2 nasi👍

    ReplyDelete