Capybara Desaru Mini Zoo

Desaru Mini Zoo menjadi destinasi kedua "zoo hunting" untuk Rin sekeluarga selepas ke Zoo Johor. 

Desaru Mini Zoo

Harga Tiket

Untuk dewasa RM30 x 2 orang, Adam RM20 dan percuma untuk Aleena. Tambah makanan haiwan RM20, ada sayur, dedak & roti. Jadi boleh bagi haiwan makan ikut guideline yang diberi. 

Untuk justify harga tiket zoo ni, sangat-sangat berpatutan sebab banyak gila haiwan 100+, ada yang unik dan boleh belai. Dari sebesar-besar unta hingga ke sekecil hamster. 

Capybara

Sebelum datang tak jangka ada capybara! Capybara ada kandang khas dan diselia oleh penjaga zoo. Waktu ni capybara dah kenyang dan nak tidur. 

Kolam ikan

Kolam ikan besar dan banyak spesis ikan aquarium dan ikan untuk dimakan. Rin agak gerun lihat ikan besar dalam kolam sebab waktu kecil ayah ada bela ikan keli/haruan dan selalu diingatkan supaya tak celup cari takut ikan lompat sengat/gigit. 

Feeding & Petting Area

Ada unta dan burung unta 😂 bagi makan guna baldi yang disediakan. Kambing pygmy sangat comel. 


Servis & aktiviti berbayar

Ada beberapa aktiviti yang menarik antaranya naik kuda padi dan memerlukan bayaran tambahan. Ada juga permainan ATV dan tank.

Reptiles

Dekat zon ni ramai penjaga zoo yang membantu memberi penerangan dan cara handling haiwan.

Itik & Ayam 

Kawasan kandang luas dan tak ada pun bau yang kurang menyenangkan, suasana harmoni dan bersih. 

Alpaca 

Tak sampai Cameron Highland pun dah boleh main dengan alpaca. 

Hamsters dan guinea pig

Kawasan ni tak ada staff, jadi kena kawal anak sendiri. Aleena geram dia tarik bulu guinea pig huhu. So kena ajar gentle dengan haiwan. 

Burung dan kucing 

Ada banyak burung dan boleh beri makan. Kucing hanya kucing kampung tapi bersih & manja. Tak ada kucing exotic. 

Zon dinosaur

Best kalau anak minat dinosaur dan tahu nama boleh main lama dekat sini. 

Indoor Playground 

Dah penat tengok haiwan, main di playground pula. Rin cadangkan untuk betul-betul explore zoo ni sebab banyak tempat boleh observe dan main dengan haiwan. Kemudahan semua lengkap siap ada ruang makan dan solat. Cuma pilihan menu agak terhad. 

Post a Comment

0 Comments