Jangan salah beli roti Gardenia hijau untuk diet

Kecoh sebentar dalam group diet terkenal di Facebook apabila seorang wanita menunjukkan roti Gardenia hijau yang dibelinya untuk sarapan. Masing-masing mula melontarkan komen mengatakan bahawa wanita itu tersilap! Roti hijau yang dibelinya adalah Gardenia Toast'em Pandan Kelapa bukannya Gardenia Wholemeal. Kedua-dua bungkusan roti keluaran Gardenia Bakeries ni memang mengelirukan, tapi jangan salah beli sebab nutrisinya sangat berbeza.

roti gardenia


Roti Gardenia harga baru 2023

JENIS ROTI GARDENIA

HARGA LAMA 2021

(RM)

HARGA BARU 2022 – TERKINI (RM)

Original Classic

2.80

3.00

Original Classic Jumbo

4.00

4.30

Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat

4.00

4.60

Breakthru Whole Wheat

3.60

4.00

Bonjour Le Classique Sesawhite with Sunflower Seeds

4.30

5.00

Sommerset Cottage Multi Grain & Seeds

4.70

5.50

Double Choc Muffins

2.00

2.20

Twiggies (semua perisa)

1.80

2.00

Squiggles (semua perisa)

1.30

1.50

Roti Frankfurter

2.60

2.90

QuickBites (semua perisa)

1.00-1.20

1.10-1.60

Fluffy Buns 6pc

3.70

4.00

Puazz! Sambal Mackerel

2.20

2.50

Puazz! Kari Ayam

2.20

2.50

Puazz! Sambal Bilis

1.30

1.50

Roll-Up Wraps (semua perisa)

4.90

5.20

Toast’em (semua perisa)

5.00

5.50

Toast’em Waffles (semua perisa)

1.40

1.50

Auntie Rosie kaya

2.70

3.50

Delicia Chocolate Spread

13.00

13.70

Numee

1.70

1.90

Numee Keluarga

2.50

2.80


roti gardenia

Kalori 2 keping roti Gardenia

ROTI GARDENIA

KALORI 2 KEPING (KCAL)

Original classic

172

Breakthru Whole Wheat

145

Breakthru Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat

150

Toast'em choco raisin 

202

Toast'em butterscotch

211

Toast'em raspberry milk & cranberries 

206

Toast’em butter raisin 

205

Toast’em pandan kelapa

220

Jenis-jenis roti Gardenia untuk diet dan kencing manis 

Berikut ialah pilihan roti Gardenia yang lebih baik untuk penghidap kencing manis dan golongan yang mengamalkan gaya hidup sihat serta ingin menurunkan berat badan. Roti wholemeal turut disarankan bagi ibu mengandung yang mempunyai GDM (gestational diabetes mellitus).

Gardenia Breakthru
  • Wholemeal (Sekarang dikenali sebagai Whole Wheat) - warna hijau
  • Wholemeal Bread with Canadian Purple Wheat - warna purple 
Roll-Up Wraps
  • Wholegrain - sekeping wrap mengandungi sebanyak 145kcal kalori bersamaan 2 keping roti wholemeal. 



Kenapa roti Gardenia Wholemeal lebih bagus untuk diet?

Senarai Ramuan: 100% tepung gandum penuh berprotein tinggi, air bertapis, protein gandum, gula pasir, ragi, susu dan terbitan susu, garam, lemak sayuran (berasaskan kelapa sawit, tanpa penghidrogenan), ekstrak malt (barli), Vitamin C, Vitamin A, Zink, Vitamin E, Zat Besi. 

Kalori bagi saiz hidangan 2 keping roti Gardenia Wholemeal ialah 145kcal sahaja dan kebaikannya ialah:

  1. Tinggi protein iaitu 8.5g, penting bagi pertumbuhan dan membina serta memulihkan tisu dalam badan. 
  2. Mempunyai Vitamin E untuk melindungi lemak badan daripada pengoksidaan. 
  3. Turut mengandungi Vitamin A yang menyumbang kepada fungsi mata dan kesihatan kulit. 
  4. Rendah lemak iaitu 1.7g sahaja dan sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan. 
Roti Gardenia Toast'em Kelapa Pandan pula mempunyai 220kcal untuk 2 keping roti serta mempunyai gula dan lemak lebih tinggi berbanding Gardenia Wholemeal. 

Kebaikan Wholemeal yang digunakan oleh Gardenia

Tepung wholemeal ialah tepung yang dihasilkan daripada bijian penuh yang dikisar halus merangkumi bahagian bran, endoperma dan germa (benih). Proses ini menjadikan roti wholemeal dapat mengekalkan serat, lemak sihat, vitamin dan mineralnya. Berbeza dengan roti putih yang menggunakan tepung yang melalui proses yang lebih lama dan diletak bahan peluntur lalu menghilangkan banyak khasiatnya. 

Kandungan nutrisi dalam tepung wholemeal dapat mengurangi risiko penyakit jantung, kanser, strok dan kencing manis kerana:
  • Tinggi serat 
  • Vitamin B, Zat Besi, Zink, Copper, Magnesium, 
  • Fitokimia 
  • Antioksidan 
  • Indeks Glisemik (GI) Rendah

Apa itu Indeks Glisemik?

Indeks Glisemik atau Glycemic Index (GI) ialah ukuran relatif proses sesuatu jenis makanan yang mempunyai karbohidrat memberi kesan kepada turun naik gula dalam darah. Skala GI ialah 1 hingga 100 dan dikategorikan kepada 3:

GI Tinggi : 70-100
GI Sederhana : 56-69
GI Rendah: 0-55

Secara ringkasnya, kumpulan makanan yang tinggi GI lebih pantas diproses dalam badan dan menaikkan tahap gula dengan cepat. Jadi kumpulan makanan yang rendah GI seperti roti wholemeal, rolled oat, yogurt, kekacang dan sayuran lebih bagus untuk diambil dalam diet seharian dan penghidap kencing manis. Ia akan memberi rasa kenyang yang lama dan kandungan gula dalam darah lebih stabil. 

Baca juga:

Resipi diet roti Gardenia 



Sandwich telur 

Bahan-bahan:
  • 2 keping Roti Wholemeal Gardenia 
  • 1 biji telur rebus
  • 1 sudu makan Kewpie Half Mayonnaise
  • Sedikit serbuk lada hitam
  • Sayur salad 
  • Timun jepun
Cara penyediaan:
  • Rebus telur selama 8 minit dalam periuk
  • Kupas telur dan hancurkan bersama mayonnaise dan serbuk lada hitam 
  • Isikan ke dalam roti yang telah dibakar sekejap dan letak salad serta timun jepun

Roti telur pisang 

Bahan-bahan:
  • 2 keping roti wholemeal Gardenia 
  • 1 sudu makan Mentega Kacang Yogood (Tanpa tambahan gula dan garam)
  • 1 biji pisang berangan 
  • 1 biji telur 
Cara penyediaan:
  • Oleskan mentega kacang pada roti
  • Potong pisang kecil-kecil dan susun di atas roti 
  • Salut roti dengan telur dan masak di atas kuali non stick 

Kek pisang oat wholemeal

Resipi asal: Nyta Gh

Bahan-bahan:
  • 3 keping roti wholemeal Gardenia 
  • 3 biji pisang berangan 
  • 3 biji telur 
  • 2 biji kurma 
  • 1 cawan rolled oat 
  • 1 cawan susu low fat
  • 1 sudu kecil baking soda 
  • sedikit esen vanilla 
  • 1 sudu kecil ovalette 
Cara penyediaan:
  • Kisarkan semua bahan dalam blender dan masukkan ke dalam loyang
  • Bakar di dalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama sejam atau hingga masak


Gardenia doorgift

Gardenia doorgift adalah roti kahwin atau Numee mi kuning yang sempurna untuk tetamu dalam setiap majlis. Gardenia juga menyediakan penghantaran percuma di Semenanjung Malaysia apabila anda membeli sekurang-kurangnya 50 kotak hadiah roti kahwin. 


Cara-cara order Gardenia doorgift

  1. Untuk membuat pesanan, sila hubungi Jabatan Jualan di 03-5161 3228 seminggu sebelum majlis. Harga doorgift bermula RM2.20-3.20 bersama kotak cantik
  2. Pilih nak roti putih atau mi kuning
  3. Pilih design kotak dan tentukan kuantiti yang ingin dibeli
  4. Gardenia akan beri invoice harga yang perlu dibayar melalui email 
  5. Buat bayaran ke nombor akaun bank Gardenia dan balas email dengan bukti pembayaran
  6. Lori gardenia akan hantar roti kahwin pada waktu yang ditetapkan di rumah atau venue perkahwinan

Alamat HQ: Lot 3, Jalan Pelabur 23/1,Seksyen 23, , Shah Alam, Malaysia
    No telefon: 03-5542 3228

Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Warna bungkusan itulah yang buat orang keliru ye.

    BalasPadam
  2. wak suka dan selalunya beli yang toast'em

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak jadi masalah wak janji terkawal pengambilannya hehe

      Padam
  3. Hehehe sekali pandang memang tersalah ambik kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. bila nak cepat kan tersalah ambil

      Padam
  4. Ye, kena tengok betul-betul. Roti pandan tu pernah rasa sekali dulu. Sekarang beli roti whole wheat saja.

    BalasPadam
  5. selalu beli yg wholemeal masa kononnya diet dulu skrg diet kelaut haha

    BalasPadam
  6. Bab bersenam tu yang payah tu. haha. semoga mendapat hidayah utk bersenam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun jarang, tapi bila ada masa tu banyakkan berjalan je walaupun di shopping mall haha

      Padam
  7. wholemeal tu dulu tak pandai nak makan tapi try makan sandwich org lain buat uishh sedapp.haha. lepastu jadi suka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul.. lagi-lagi kalau filling dia sedap

      Padam
  8. saya pun suka makan roti gardenia, memang sekali hadap dah habis. sedap sangat.

    BalasPadam
  9. memang kat rumah stok roti gardenia memang sentiasa kena ada..

    BalasPadam
  10. Kan, masa awal-awal dulu memang ada je yang tersalah. Penting untuk membacanya terlebih dahulu, maybe orang yang terkena tu dalam keadaan nak cepat ke tempat lain kot. Tu main suak je..

    Btw, roti pandan tuh sedap! Campur dengan aiskrim Vanilla lagi mantap!

    BalasPadam
  11. Adakah roti wholemeal dengan breakthru sama ke

    BalasPadam

Close Menu