McDonald's bagi Samurai Burger free, redeem cepat di McD App terbaru

Terfikir McD menu murah nak dapat macam mana? Husband kata dia dapat Samurai Burger FREE dari McDonald's. Jimat lunch hari ni, bayar untuk air kopi susu je. Rupa-rupanya husband redeem dari McD App yang menggantikan  McDonald's Delivery yang dia pakai sebelum ni. 

McD menggunakan sistem point reward/cashback iaitu 10 point setiap RM1.00 yang dibelanjakan di McD. Point yang terkumpul boleh redeem apa-apa makanan, minuman, pie atau aiskrim. Untung betul! Apa lagi mcd app hacks yang kita boleh buat? Baca artikel di bawah ok!

mcd menu


McD App 

Cara install McD App


mcd app hacks


Cara kumpul point

  • Buka app dan pergi ke bahagian Reward
  • Tunjukkan QR code loyalty di bahagian Reward untuk diimbas kalau order di kaunter/kiosk layan diri
  • Teruskan pesanan makanan di restoran untuk dine-in, pick-up, drive-thru atau McDelivery
  • Bayar semasa check out dan RM1=10 point akan secara automatik ditambah ke dalam akaun.



McD App Hacks

Macam-macam tawaran hebat yang McD beri melalui app mereka. Jom tengok beberapa mcd app hacks yang kita boleh guna di bawah.

Dapat burger free dengan point terkumpul 

Mcdonald's gunakan sistem cashback untuk beri burger dan item lain secara percuma seperti McFlurry, nugget, iced latte kepada pelanggan. Tawaran ini hanya boleh redeem secara walk-in di restoran sahaja. 
  • Pilih bahagian Reward di McD App 
  • Pilih produk yang boleh di redeem mengikut point yang terkumpul
  • Scan atau key in Rewards QR code di kiosk layan diri/kaunter
  • Tunggu makanan disediakan 

mcd menu

Main dino run adventure untuk dapatkan hadiah sundae 

Boleh main game Dino Run Adventure untuk dapatkan Sundae atau Fries dengan harga yang murah. Scan barcode yang diberi di kiosk layan diri/kaunter. 

Combo menarik setiap hari 

Boleh tebus combo menarik yang ditawarkan oleh McD setiap hari melalui app mereka. Available untuk pickup order dan walk-in ke restoran. 

Baca juga:

 


Belian kedua tambah RM1.00 sahaja 

Dapatkan chicken nuggets, fries dan Oreo Mcflurry dengan harga RM1.00 untuk pembelian kedua. Tawaran ini sah untuk mobile order dan pick up sahaja. Lengkapkan bayaran di app menggunakan GrabPay, Boost dan online banking.

Weekday Special tawaran ala carte murah 

McChicken RM5, Spicy Chicken Mcdeluxe dan Double Cheeseburger RM8 hanya melalui mobile order. Check out dan selesaikan bayaran di app sebelum pick up makanan anda. 




McCafe Wednesday 50% off

Dapatkan kopi kegemaran dengan harga yang murah setiap Rabu dan 2x iced latte (M) dengan harga RM9.99, Iced Chocolate RM7.99.



Review Samurai Burger McD

Sos Teriyaki 

Semua sedia maklum Samurai burger menggunakan sos teriyaki Jepun. Teriyaki secara literal bermaksud kilau dan panggang kerana kebiasaanya digunakan sebagai "glazing" pada makanan panggang seperti ayam, daging, takoyaki dan okonomiyaki. 

Rasa yang kita boleh jangkakan ialah manis, masin dan umami kerana sos teriyaki diperbuat daripada gula, kicap, dan mirin (wine beras) atau sake. Untuk menjadikannya halal, mirin ditukar kepada bahan yang lain seperti cuka dan perisa tambahan.

Produk Halal Teriyaki di pasaran 

  • Kewpie Teriyaki Sauce
  • Lee Kum Kee Teriyaki
  • Otafuku Teriyaki Sauce

Samurai Burger McD Yes or No?

Jadi kita boleh jangkakan rasa Samurai Burger lebih ke arah manis. Disebabkan tekak Melayu yang lebih menggemarkan sensasi pedas dalam makanan, Samurai Burger mungkin bukan pilihan semua orang. Lagi-lagi bila dibandingkan dengan burger Ramlee yang dagingnya sedikit pedas dengan rempah kari dan sos cili. 

Patty daging Samurai Burger yang digunakan pula hanya patty biasa dari seleksi burger McD yang lain seperti BigMac. Bagi aku Samurai Burger boleh diolah lagi sama ada dengan tambahan sedikit wasabi atau bonito flakes ala-ala takoyaki. Setuju tak? Baru berani macam samurai!
@syafiqrx90

I feel that #mcdonaldsmalaysia Samurai Burger tasted good. What do you think? #BukaPuasa #makanlokal #ramadan2022 #foodreviewmalaysia #penangfoodhunt

♬ Wait A Minute! (Duckhead Edit) - Duckhead Dj Kasur

Catat Ulasan

2 Ulasan

Close Menu