Sambut Birthday Kek Percuma | Review ZUS Coffee

Hye guys. January was my birthday month! ZUS Coffee baru sahaja bertapak di Kluang beberapa bulan lalu. Awal-awal dulu aku dah install apps untuk claim Buy 1 Free 1 Voucher, kena bayar guna online banking/e-wallet. 

Bila check apps, mereka bagi Birthday Voucher, percuma satu potong kek dengan pembelian minuman minimum RM1. Boleh guna dalam masa sebulan.

Zus Coffee📍No 11,Ground Floor, Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, Kluang (Versis Boulevard)



Iced Spanish Latte RM10.50 - Sedikit manis berbanding latte biasa (bukan syrup tapi sweet milk). Seakan-akan kopi tarik. Creamy susu seimbang dengan pahit kopi. Rate 8/10

Iced Cafe Latte RM9.45 - Selalunya bila datang kedai kopi, aku akan rasa latte tanpa gula/syrup. Rasa pahit kopi memang sedap, confirm boleh segar serta-merta. Rate 9/10

Biji kopi yang mereka guna ialah Brazil Cerrado, Papua New Guinea Lamari & Indonesia Kerinci yang memberikan rasa caramel, creamy dan dark cocoa. Hot selling mereka ialah CEO Latte.



Iced Cafe Mocha RM12.60 - Mereka menggunakan coklat Bali dan frothed milk. Bagi aku rasa dia agak heavy tapi husband suka. Rate 6/10



Burnt Cheese Cake RM12.70 (Free) - Creamy and smooth! Tak terlalu manis. Rate 9/10



Biscoff Cheese Cake RM12.70 - Biscoff memang sedap pair dengan cheesecake, tapi yang ni manis sikit. Rate 7/10



Creamy Mushroom Chicken Pie RM9.55 - Biasa-biasa sahaja, sedikit masin. Mushroom sedap. Rate 5/10



Selain air di atas, aku pernah beli Iced Japanese Genmai Matcha Latte. Aku tak minat sangat sebab ada roasted brown rice. 
Boleh cuba juga Iced Roasted Hazelnut Latte (nutty) dan Iced French Vanilla Latte. Tapi husband kata vanilla tak rasa sangat.

Untuk frappe, husband pernah try Double Chocolate Chip Frappe, not bad. Satu lagi air yang ada Himalayan Salt, masin weh haha. Siapa yang berani minum rasa yang unik, boleh cuba. Ada review kata kalau Gula Melaka campur Himalayan Salt rasa ok sikit. 

Berbanding Starbucks dan CBTL, ZUS Coffee lagi murah dan rasa tak kurang hebatnya sebab mereka menggunakan bahan premium. 

Post a Comment

6 Comments

  1. Zus coffee memang all time fav....paling suka Hazelnut Latte dia....kalau pi mmg requst barista yang biasa buatkan, kalau dia takde...sanggup x beli,...hahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahah kan, ikut barista juga buat air sedap ke tak hehe.

      Delete
  2. Baca blog ni sbb nk tau cara claim Cake untuk birthday esok 😆. Terima Kasih kak untuk infonyaaa.

    ReplyDelete
  3. Firsr try CEO latte ZUS tapi too milky , kopi langsung x rasa mungkin sb sikit sgt coffee dan susu byk sgt n kuat . Rasa mcm minum susu je . Mungkin i jenis yg kuat kopi . Tgk org lain komen sedap tapi kurang kaw utk org. Better lagi kopi warung .. coffee bean sedap, starbucks pun ok so far. . Personal taste.. Ada saranan kopi yg lebih kaw?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually barista pun main peranan. I suggest you try Thunder, americano campur sparkling water and honey. Hope it suits your taste!

      Delete