Menu Best Wajib Cuba di Family Mart Kluang

Hye guys. Family Mart bertapak di Kluang sejak Julai 2020. Waktu tu actually aku memang dah berhajat nak pergi Family Mart Batu Pahat, tup-tup husband kata ada signboard dah dekat bandar. Apa lagi, sanggup beratur walaupun kena jarak-jarak hehe...

Family Mart merupakan rangkaian kedai serbaneka kedua terbesar di Jepun. Bukan setakat dari Jepun, ada juga makanan inspirasi negara lain seperti Korea, UK, Taiwan dan Thailand (Around The World).


Family Mart 📍108, Jalan Haji Manan, Kampung Masjid Lama, Kluang

Makanan 




Apa yang sedap dan worth beli dekat Fast Food Corner? Corn sausage atau lebih famous sebagai corndogs. Jangan beli satu, beli 2 item (boleh campur) untuk dapatkan 50% diskaun. 

Harga Double Cheese RM6.90, Triple Cheese RM7.90. Coating crispy tak berminyak, sosej besar, cheese sedap but beware sos pedas Korea. Dia buat pedas untuk balancekan rasa supaya tak senang muak. Ada sos cheese juga. 


Tak silap aku FM baru-baru dulu viral sebab oden dia kan? Kalau biasa tengok drama Korea, mesti craving nak makan oden. Tapi aku jarang sangat makan oden ni. Kalau nak beli kena beratur dekat line oden lepas tu line cashier pula.

Boleh pilih nak kuah sup atau tomyam. Lepas tu pilih fishcake/fishball bermula harga 80sen. Add on telur atau mi kalau nak. Dulu aku pernah beli paste tomyam FM dan satu beg frozen fishball makan dekat rumah je kalau nak jimat hehe.

Selain itu, ada korean ramen sup/kering boleh beli yang ada cheese, ayam atau crabstick dari seksyen oden. 


Bento ada macam-macam jenis. Boleh panaskan di microwave dulu. Suggestion ialah Spicy Macaroni & Cheese. Kalau beli yang biasa (creamy), agak sedikit muak dan masin. 


Selain pasta, ada bento berasaskan nasi juga. Yang aku pernah cuba Spicy Thai Basil Chicken Bento. Pedas, wangi... Macam aku cakap, tekak jawa ni tak boleh kalau tak pedas. Ambil yang rare baru berbaloi kan. 


Onigiri (nasi sushi kepal berinti) kalau dia kata pedas memang pedas tak tipu ok. Boleh cuba Spicy Syiok. 


Onigiri segitiga illuminati ni pula lebih ringan filling dia. Yang aku pernah cuba Tako (sotong) dan Tuna Mayo. 



Special roti Family Mart ni mereka menggunakan tepung Jepun. Memandangkan aku berniaga roti, tepung Jepun antara yang mahal dan premium berbanding jenama lain kerana lebih lembut. 

Antara roti yang aku pernah makan ialah Korean Garlic Cheese dan Murasaki Sweet Potato Pan. Pan bermaksud roti dalam bahasa Jepun.  

Minuman 



Frappe antara yang unik di Family Mart. Caranya pilih air pilihan dari peti ais dan bawa ke kaunter. Boleh pilih nak susu, coklat atau kopi untuk diadun bersama menjadi frappe/ice blended.

My husband suka sangat Peanut Butter Chocolate, sedap berlemak. Cheese lover patut cuba Cheesecake, so yummy! Harga RM8.90



Actually aku suka Iced Latte dan Brown Sugar Bubble Milk. Tapi kalau tak minat kopi atau boba, korang boleh order Sofuto Milkshake memang sedap dan unik. Tapi yang ni kena ikut aiskrim Sofuto yang available pada waktu tu, mereka akan campur susu dan blend. Matcha Latte pun recommended. 

Dessert


My favourite is Original Pudding (puding karamel) . Lembut, rasa telur creamy dan tak terlalu manis karamelnya. Sangat popular di Jepun, wajib cuba! Satu lagi jenis ada topping cheese atas puding. 


Red Velvet Cake sedap, frosting cream cheese masam memang kena dengan kek yang sedikit pahit. 


Chocolate Lava! Boleh panaskan untuk nikmati coklat cair. 


Sofuto ialah soft serve ice-cream yang popular di Family Mart. Boleh beli dalam bentuk kon/cup (RM2.90) atau pint (RM7.90). Tapi untuk Red Velvet ni +RM1.00. Favourite aku of course Matcha.


Matcha rasa kelat-kelat pahit, berlemak dan tak manis! 

Post a Comment

4 Comments

  1. tengok semua macam nak beli jer.. patutlah orang suka pergi family mart nih..

    ReplyDelete
  2. Makanan apa yg boleh dipanaskan di microwave family mart? Saya tak berapa reti. Ada sekali beli makanan tapi tkthu nak cakap mcm mana untuk suruh staff panaskan:(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bento boleh panaskan, macam nasi dan pasta. Mostly makanan berat. Dekat sini staff yang selalu offer nak panaskan. Awk boleh terus tanya je, diorang ok. Hehe

      Delete