Kluang memang terkenal dengan kopitiam culture. Jadi memang banyak kedai kopi macam Hailam Toast, Cawan Mas, Kluang Rail Coffee dan MyKluang. Kedai cina lagi banyak la. Tapi kopitiam ni mostly pakai susu pekat dan susu cair which is basically bukan susu sebenar pun. Prefer enjoy black coffee without sugar.
Masa belajar dulu suka minum Old Town Coffee 3-in1 untuk stay up buat kerja. Yang perisa hazelnut memang sedap. Dekat India pula aku selalu order "cold coffee" dekat kedai akka atau Cafe Coffee Day.
Lepas tu, masa kerja 7 Eleven ketagih minum kopi tin macam Nescafe dan Wonda. Jadi aku nak buang bad habit tu sebab bahaya untuk kesihatan. Apatah lagi kopi campuran yang claim untuk diet atau stamina, kadang-kadang ada racun terlarang.
Aku start minum kopi actually masa mengandungkan Adam. Waktu tu, morning sickness agak teruk sebab bukan morning je tapi sepanjang hari. Banyak kali muntah setiap kali minum air, makan apatah lagi. Hampir 3 bulan baru reda.
Jadi dalam fasa nak recover tu, aku rasa kopi sangat refreshing. Aku start suka minum mocha dari McDonald's masa tu. Bila aku disahkan ada GDM, aku beralih ke latte sebab tak ada gula dan rendah kalori. Kopi dan fresh milk. Satu lagi sebab aku mula ketagih rasa pahit. Lagi pahit lagi best.
Selain daripada franchise terkenal macam Starbucks, ada beberapa kedai/kafe lokal yang jual fresh brew ni. Setakat yang aku tahulah kursus barista ni makan ribu ringgit. Jadi skill nak buat kopi yang sedap tu bukan mudah. Jadi faham-fahamlah kenapa harganya agak mahal.
Tapi memandangkan dah banyak persaingan dan variati, kita boleh buat pilihan yang bijak untuk harga yang lebih murah terutamanya dari kafe lokal.
Tempat best minum kopi di Kluang
1. ZUS Coffee - No 11,Ground Floor, Jalan Duku, Kampung Masjid Lama, Kluang
Waktu Operasi: Setiap hari 8.00 pagi-11.00 petang
Favourite pick: Thunder, CEO Latte
Antara kopi yang sedap dengan harga berpatutan dan banyak promosi. Kalau download apps Buy 1 Free 1.
2. Starbucks - Kluang Mall
Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Favourite pick: Mocha
Jarang minum Starbucks unless ada promosi. Cocoa cloud Macchiato ni dapat RM8.80 untuk Grande.
6. Bevande Coffee - 1/1, Persiaran Seri Impian 1, Taman Seri Impian, Kluang
Waktu Operasi: 12.00 petang hingga 10.00 malam
Pernah rasa sekali sahaja di outlet bandar tapi dah tutup, sekarang beroperasi di TSI. Kopi sedap tapi warna caramel drizzle tu pelik sikit haha.
7. Kopi Pagi - No. 8, Gerai MPK, Jalan Desa 5/1, Taman Desa, Kluang
Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 7.00 petang, cuti Ahad
Favourite pick: Blackforrest Latte
First time jumpa dekat event Kami Kita dan terus follow sampai sekarang.
8. Rasa Cakes Cafe - 10, Jalan Sri Jaya 2, Taman Sri Jaya, Kluang
14 Comments
kopi manis kat kedai mamak je xde kann., hehehe
ReplyDeleteMamak teh tarik yang padu hehe
Deletesaya tak suka zus hahah sorry..citarasa kite berbeza..tapi yg lain lain nmpak best
ReplyDeleteTak apa AD, saya pun kalau boleh nak cari local barista tapi sini tak banyak lagi.
DeleteTq share @kopeefat 😍
ReplyDeleteNo problem! All the best ye 👍🏻
DeleteCoffee lovers memang kena cuba la
ReplyDeleteBoleh cuba mana yang kena selera hehe
DeleteAdoi, bestnya dapat layan kopi... saya peminat kopi tapi bila doktor kata saya ada GERD, saya dah tak boleh ambik kopi lagi sbb akan buatkan acid reflux makin teruk...
ReplyDeleteGERD ada pantang dia kan... Get well soon ok.
DeleteSemua menarik sampai saya terkesima. Signature coffee from tealive adalah yang paling saya suka. Dah lah paling murah lepastu rasanya memang sedap.
ReplyDeleteSetuju wak! Portion besar, puas minum.
Deletewah..great!!! byk pilihan. Ayu pun lately ni byk minum zus...sedap & harga berpatutan, bila guna apps lagi untung banyak... but now ...start minum black coffee...no sugar, byk sgt yg dah tinggi so kena kurangkan la.. he he he. kalau singgah sban, leh cuba projek kopi..pun sedap.
ReplyDeleteInshAllah kalau sampai sana boleh cari. Saya pun kalau dekat rumah bancuh kosong je cepat hehe
Delete