Mixue Kluang Mall Famous Franchise from China

Aku perasan Mixue ni ramai influencer Indonesia yang buat review aiskrim dan bubble tea diorang yang murah. Dekat Malaysia macam kurang sikit. Diorang launch outlet pun banyak di area Johor dulu. Surprising juga bila Kluang Mall antara yang terawal. Selalu kitorang yang dapat lambat haha. 

Franchise Mixue diasaskan oleh Zhang Hongchao pada tahun 1997 di China dan sekarang dah ada 20,000 outlet di seluruh dunia. Kalau baca kisah dia memang inspiring la. Boleh banyak belajar tentang franchise. Diorang secure bahan mentah dengan setup kilang sendiri. Mixue meletup lepas jingle diorang viral di Tiktok since 2021. 

Kalau korang perasan zaman bubble tea meletup, harga minuman dari franchise macam The Alley jual agak merapu jugalah RM10 ke atas. Mixue pula decide untuk kekal jual murah sebab target diorang memang B40, tiber. 


Aiskrim Mixue ni antara signature item sebab kedai ni starting memang jual aiskrim kon dan shaved ice (ala-ala ABC). Masa launching dapatlah RM1 tapi hari biasa hampir RM2 jugalah satu. Aiskrim soft serve dia rasa susu berlemak dan WARNING cepat cair ye. Kena habiskan cepat. Aku rasa ramai prefer flavour vanilla berbanding susu. Korang cubalah rasa dulu. 

Untuk minuman pula, husband pilih Peach Mi-shake. Ada cebisan buah peach dan jelly, campuran aiskrim dan teh oolong. Rasa refreshing dan tak muak pun. Masam-masam peach tu ada sikit. Dekat sini boleh order nak level ais dan gula ikut selera kita. 


Sistem dia order dekat cashier dan tunggu nombor dipanggil. Time aku beli ni agak lambat juga sebab teh habis diorang tengah masak baru. Kalau cashier bagitahu awal bagus juga boleh tukar air lain huhu. 

Sebelah kiosk ni ada tempat dine-in tapi sempit sikit. Masalah Kluang Mall ni memang kurang tempat duduk nak lepak-lepak.


Antara pilihan minuman yang lain ada macam-macam teh, teh susu, lemonade dan milkshake. Ada juga aiskrim letak topping coklat dalam cup ala-ala sundae/mcflurry McDonald's. 

Actually untuk harga ni tak surprise sangat la bagi aku sebab ada kedai local yang jual bubble tea yang murah juga macam ni dan rasa pun sedap. Tapi memandangkan Mixue ni dalam mall dan dari oversea pula tu, kira murah la. 

Menu dan harga Mixue 


Post a Comment

0 Comments